- You already mine sayang -
Iman mengeluh sedikit melihat katil di dalam bilik Isma itu.
"Dia ni memang suka sepuk barang atas katil ke apa?" Soal Iman sendirian.
Kau bayangkan, katil king yang besar gedabak ni penuh dengan barang Isma ja? Tuala, baju, seluar, sikat, iPad, Macbook, iPhone, Headphone, AirPods semua ada atas katil.
Iman memincingkan matanya ke arah timbunan buku di atas katil itu sebelum dia mengeluh lagi.
Jangan cakap kerja pun dia buat atas katil. Dia ni memang tak teratur betul lah.
Muka handsome tapi bilik macam bilik beruang ja. Hampeh.
Iman menyangkut tuala Isma di penyidai, segala baju dan seluar yang berada di atas katil Isma itu Iman kutip lalu meletakkannya di dalam bakul baju. Baju pakai ke belum pun Iman tak tahu.
Dia menyusun iPad, Macbook, iPhone, Headphone dan AirPods Isma itu di atas meja kerja milik Isma. Dia mengutip buku - buku lalu disusun di dalam rak buku.
Dia mengemas katil itu hingga kemas. Iman ni memang pantang nampak benda selerak. Kalau ada benda berselerak memang dia rasa nak marah ja.
Tiba - tiba pintu bilik dibuka dan Isma masuk ke dalam bilik.
"Eh sayang dah kemas ke katil?" Soal Isma.
Iman menolehkan kepalanya dan dia memandang Isma tajam. Isma meneguk air liur kelat.
"Kenapa katil awak ni bersepah sangat? Baju seluar semua sepuk, handphone, laptop, headphone dengan AirPod semua letak atas katil. Pastu segala kertas kerja ada atas katil. Tak takut hilang ke?" Bebel Iman.
"Tak hilang kot hehe."
"Menjawab eh?" Iman membulatkan matanya.
"Tadi kan sayang tanya, saya jawab jela."
Iman memandang Isma kecil besar kecil besar. Silap hari bula ada jugak dia mengaum nanti.
"Alo jangan lah marah sayang. Saya janji saya tak sepahkan lagi." Isma mengangkat tangan kanannya.
"Kalau buat lagi?"
"Saya janji lagi."
"Banyak lah hang janji lagi." Iman mencubit lengan Isma. Isma berkerut tahan sakit.
"Auch auch sakit laa sayang." Isma mengaduh sakit.
Iman melepaskan cubitannya.
"Dah jangan marah dah. Saya sayang awak." Terus Isma memeluk tubuh Iman.
Kini majlis bersanding di Kuala Lumpur pula. Ini semua arahan suami nya lah. Nak jugak buat majlis dekat sini. Yang dekat Penang haritu kemain ramai dia jemput. Ish ish.
"Sayang, awak dah siap ke belum?" Soal Isma dari luar bilik.
Terus memerah muka Iman jadinya. MUA yang menjadi jurusolek nya harini hanya tersenyum sahaja.
"Okay, dah siap! Awak ni tak payah nak make up banyak mana pun. Lagipun awak kan pakai purdah." Ujar MUA itu.
Iman menganggukkan kepalanya. Dia sekadar berhias ala kadar saja. Tidak sesuai lah dia nak bersolek berlebihan. Dia kan berpurdah.
"Terima kasih, akak. Cantik sangat hasil tangan akak ni." Puji Iman.
Kakak MUA itu tersipu - sipu malu. "Aih tak ada lah. Terima kasih sebab gunakan perkhidmatan akak ye."
YOU ARE READING
Mrs Isma Mikhael | C
Romanceبِسْمِ الله الرحمن الرحيم - Complete - " setia dengan saya hingga akhir nafas " Tengku Isma Mikhael Nur Iman Humaira Selepas selesai kes putus tunangnya dahulu, Iman menjadi trauma untuk membuka pintu hatinya untuk lelaki-lelaki lain. Iman berjanji...