- You already mine sayang -
Iman keluar dari rumah agam itu. di bahunya terdapat handbag kepunyaannya.
dia melangkah laju ke keretanya dan apabila tiba terus sahaja dia membuka kunci kereta dan masuk ke dalam kereta.
Iman menghudupkan enjin kereta lalu menukar kereta ke reverse. dia mengundurkan keretanya.
' maaf abang, pia ' bisik hatinya.
dia bukan apa, dia cuma ingin pulang ke rumah di Cheras sahaja untuk ambil baju kerja serta barangan mengajarnya.
harini dia sudah mula untuk masuk mengajar di tempat mengajarnya. dia keluar ni pun betul - betul lepas dia solat subuh.
dia keluar pun tak bagitahu siapa - siapa langsung. dia bukan apa tapi dia nak cepat. faham tak?
dia meneruskan perjalanannya ke Cheras. Alhamdulillah, jalan hanya lancar sahaja.
Iman memakirkan keretanya di hadapan Tadika An - Nur itu. dia menghela nafas lemah. masib tak lambat dan lagi penting nasib tak sesat!
maklumlah lama tak datang tadika. alah acah lah kau.
Iman berjalan perlahan ke arah tadika. dia membuka pintu tadika dan dia lihat semua anak - anak muridnya melihat ke arahnya.
"Teacher Humaira!!" jerit mereka semua lalu berlari ke arah Iman. Iman mengukir senyuman manis. mereka semua memeluk Iman, tidak kiralah murid 4 tahun, 5 tahun dan 6 tahun.
"assalamualaikum, semua sihat?" soal Iman lembut.
"waalaikumussalam, sihat teacher!" jawab mereka semua.
"alhamdulillah"
Yasmin, cikgu untuk murid 4 tahun dan Qaireen cikgu untuk murid 5 tahun menghampirinya. mereka bersalaman dengan Iman.
"selamat kembali, maira" ucap Yasmin dan Qaireen.
"terima kasih" ucap Iman.
mereka memulakan sesi pembelajaran.
sementara di rumah, Puan Zulaika tidak henti - henti bermundar - mandir di ruang tamu.
Isma, Iqbal, Tengku Irfan hanya mendiamkan diri.
"macamana Humaira boleh hilang?! angah buat apa dekat dia hah?!" marah Puan Zulaika.
terkejut dia jadinya apabila menantu nya tiada di rumah. sudah lah telefon tidak dibawa, tinggal sahaja di bilik Isma itu.
"angah mana buat apa - apa pun!" nafi Isma. dia pun tak tahu kemana isterinya pergi. dia keluar je dari bilik air, bayangan isterinya langsung tidak kelihatan.
dia husnudzon jelah, mungkin isteri dia turun ke dapur ke apa. tapi dia turun je, langsung tidak nampak susuk tubuh isterinya.
lagi buat dia pening adalah kereta Honda Hr - v milik Iman pun tiada di garaj. apabila ditelefon, langsung tidak diangkat. rupanya berada di dalam bilik atas meja kerja Isma.
YOU ARE READING
Mrs Isma Mikhael | C
Romanceبِسْمِ الله الرحمن الرحيم - Complete - " setia dengan saya hingga akhir nafas " Tengku Isma Mikhael Nur Iman Humaira Selepas selesai kes putus tunangnya dahulu, Iman menjadi trauma untuk membuka pintu hatinya untuk lelaki-lelaki lain. Iman berjanji...