Bab 3:Akademi

84 7 0
                                    

Ketika aku mencari cincin itu,Fai terus memerhati aku tanpa membiarkan aku bersembunyi dan ketika aku berpaling ke arah dia,wajah ramahnya terus dipasang.Dasar penipu tak guna,dia tidak mahu sampah-sampah di sini dicuri tanpa di bayar.

Aku tak tahu sejarah kedai ini,tetapi aku yakin dia mendapatkannya dengan menipu.Rasanya benda ilusinya sama seperti yang aku gunakan saat ini.Tetapi cincin penyamaran aku tidak mengubah penampilan,tetapi membuat setiap orang yang melihat aku akan terus mengabaikan aku.Jadi ia tidak tergolong sebagai benda ilusi.

Tapi Fai dapat mengubah penampilan dan suaranya,itu pasti benda tingkat tinggi yang entah bagaimana didapatkan oleh lelaki sepertinya.Fai sendiri dalam cerita Knight Hero sama seperti Leon,seorang penjahat bodoh.Ketika dia cuba menipu watak utama untuk mencuri gelang kesatria cahaya,dia ditangkap.

Jika tidak salah,dia menjadi pembawa informasi untuk watak utama nantinya.Tapi aku tidak akan mengubah cerita itu.Setelah mencari untuk waktu yang lama,aku akhirnya menemukannya.Cincin itu terlihat sangat buruk dan berhabuk.Dengan mengambil beberapa sampah lain,aku meletakkannya di kaunter.

"Ah,jadi kamu ingin membeli semu ini?Tunggu saya kira sekejap."Dengan melakukan gerakan seperti mengira,Fai memberitahu harganya.

"Semuanya 1000 Fian."Katanya dengan wajah serius.

"Hah!?Kenapa mahal sangat?"Kata aku dengan wajah terkejut.Ini sudah biasa,dia menipu semua orang dengan menggunakan helah yang sama.

"Setiap benda ada nilainya dan sebagai orang yang mencintai barang antik,tentunya saya tidak boleh memberi harga yang murah."Kata Fai.Heh,jangan berpura-pura sebagai pencinta barang kemas.Aku yakin hampir kesemua benda ini dikutip dari tong sampah.

"Apa tak boleh kurang?Saya juga baru tiba di kota ini."Kata aku dan Fai bermasam muka.Dia memetikkan jarinya dan muncul orang dari belakang tirainya.

"Jika tidak mahu bayar,saya rasa kamu harus keluar dari kedai ini."Kata Fai.Ilusi yang hebat untuk budak sepertinya,tapi aku sudah dapat apa yang aku inginkan.

"Baiklah!Aku akan mengambil separuh dari barangan ini!Jadi ianya 500 Fian,kan?"Aku memisahkan barangan aku tetapi Fai terlihat tidak mahu.

"900 Fian."Katanya dengan senyum sinis.

"Urk!"Aku berpura-pura ketakutan dan mengeluarkan wang aku dan memberikannya kepada dia dan melarikan diri.

"Datang lagi."Kata Fai dan mengambil semua wang aku.Bodoh sekali,ini bukan masalah wang.Jika dia tahu nilai dari Ring of Protection,dia tidak akan memberi harga seperti itu.Raja sekalipun akan menggunakan separuh kekuasaannya untuk mendapatkan cincin ini.

"Jom."Aku memberitahu penjaga kami dan aku membuang barangan lain selain cincin itu.Ia terlihat seperti cincin kayu,tapi magis di dalamnya ialah sihir kuno kerajaan bunian yang hancur 500 tahun lalu kerana Great War.

Dalam Knight Hero,kaum lain sudah musnah dan hanya menyisakan beberapa dari mereka yang bersembunyi dari manusia.Oleh itu,manusia menjadi bangsa yang paling kuat di dunia dan seiring waktu,manusia mencapai teknologi baharu.

Aku menggosok cincin itu dan terlihat tulisan bangsa elf yang tidak boleh dibaca dan darah raja elf yang berwarna hijau.Ini memang Ring of Protection.Dengan ini,peluang aku hidup akan meningkat.

Kami kembali ke rumah agam Moriet dan masa berlalu dengan pantas.Aku menghabiskan sebulan ini untuk membantu ayahku menyiapkan baju kesatriaku dan berlatih menembak dan berpedang.Tubuh ini sangat lemah,jadi aku harus melatih stamina tubuh ini.

Pejam celik,sudah sebulan berlalu dan hari ini aku akan masuk akademi sebagai tahun pertama.Entah kenapa aku sangat berdebar,bukan kerana ini hari pertama,tapi kerana takut bertemu watak utama.

Akademi kerajaan ialah akademi untuk orang berbakat.Jadi tidak kira kamu dari golongan rakyat ataupun bangsawan,asalkan memiliki bakat semua orang boleh masuk akademi ini.

Akademi ini juga memiliki peraturan ketat dimana anggota keluarga bangsawan tidak kira tingkat mana,tidak boleh menggunakan kekuasaan keluarga mereka.Tapi itu hanya peraturan dan tetap saja akademi tidak boleh menutup jurang antara bangsawan dan rakyat jelata.Apalagi,jumlah bangsawan lebih ramai dari rakyat.

"Haaa,perut aku sakit."Kataku perlahan.Untungnya setiap pelajar diberi bilik mereka masing-masing.Jadi aku tak perlu risau dengan ancaman orang lain.

Aku segera menyusun rancangan hari ini.Aku menyembunyikan Ring Of Protection di sebalik pakaianku untuk kemungkinan aku terbunuh atau dikutuk.Cincin ini hanya sekali guna,jadi akan aku gunakan ketika terdesak.

Saat ini aku menunggu dalam bilik aku untuk menunggu majlis penyambutan pelajar baharu.Pertemua Leon dengan watak utama akan bermula di sana.Aku sedang memikirkan cara agar tidak bertemu dengan dia.

Watak utama ialah seorang lelaki yang berasal dari desa petani dan akan bagus jika dia seorang watak utama yang naif seperti cerita fantasi pada umumnya,tapi di novel ini dia seorang yang licik dan pandai menghasut.Hanya orang bodoh yang akan mencari masalah dengan orang seperti dia contohnya Leon Moriet.

[Diminta semua pelajar baharu berkumpul di dewan untuk upacara penyambutan pelajar]

Suara pembesar suara di dalam bilik bergema.Baiklah,inilah saatnya.

Just a Dumb VillainWhere stories live. Discover now