Bab 35:Oracle

11 3 0
                                    

Di kawasan pergunungan kembar,

Oman dan anak buahnya sudah tiba di tempat yang dipenuhi mayat.Melihat dari cara pembunuhan,si pembunuh menggunakan senjata tumpul.Ia cukup kuat untuk melubangi tubuh manusia biasa.

"Apa ini dilakukan keempat orang itu?Hanya pengguna sut kesatria yang boleh mengalahkan orang dalam jumlah besar."Kata Oman.

"Tuan,kami sudah menjumpai identiti semua mangsa dan mereka ialah perompak yang buat kacau di desa berhampiran."Kata anak buah Oman dan memberikan laporannya.Oman mengambil dan melihat wajah mereka sama seperti yang dikatakan saksi.

"Jadi,mereka tiada kaitan.Tapi kenapa membunuh mereka?Apa kerana dendam?"Oman mula berfikir dan membuat beberapa kesimpulan dalam kepalanya.Sehinggalah.

"Tu-Tuan!Lihat itu!"Jerit semua anak buahnya.Mereka semua melihat ke arah langit dan ada pancaran cahaya membelah langit.Itu terlihat beberapa kilometer dari sana.

"Apa itu?Seingat saya tiada pemukiman di sekitar sini."Kata anak buah Oman.Cahaya itu kemudian perlahan-lahan malap dan hilang.

"Nampaknya itu petunjuk kita!Saya akan pergi dulu dan akan hantar lokasi ketika sampai.Persiapkan senjata kerana kita tak tahu apa yang menunggu kita!"Kata Oman dan berlari ke arah cahaya itu.Dia mengeluarkan pisau kecil dan menekannya.

Seluruh tubuh Oman dipenuhi dengan cahaya kuning dan sut kesatria dipasang di seluruh tubuhnya.Ia memiliki reka bentuk yang seperti ninja dan memiliki pedang di tangannya.

Ia memiliki reka bentuk yang seperti ninja dan memiliki pedang di tangannya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

(Sekadar Contoh)

"Demi kesejahteraan Sirgion,saya tidak akan benarkan kalian berbuat sesuka hati di tanah kelahiran kami!"Kata Oman dan memecut ke arah pancaran cahaya itu berasal.

Di Temple of Light,

Kami melangkah masuk ke dalam Temple of Light dan ia mula mengimbas seluruh badan kami.Namun imbasan itu lebih dipusatkan kepada Xai.

"Eh!Kenapa ni!Aku buat salah ke?"Jerit Xai dan cuba mengelak imbasan itu.Hati-hati,jatuh Dian nanti.

[Selamat datang,tuanku]

Suara robot memenuhi ruangan dan muncul robot kecil dari depan kami.Ia kelihatan seperti kotak TV terapung dengan wajah emoji.Jadi,itulah Oracle.

"Apa kau ni apa?Kau tinggal sini ke?"Tanya Xai.Lina dan Dian terlihat ingin memeluk robot kecil itu.Tapi nampaknya mereka faham situasi kami.

[Nama saya ialah Oracle,sistem yang menjaga dan menunggu pemilik kesatria cahaya seterusnya.Saya telah menunggu cukup lama untuk melihat anda,tuan]Kata Oracle.

"Tuan?Aku ke?"Tanya Xai.Hai,siapa lagi.Tak faham ke apa yang Oracle cakap?Setiap pengguna sut kesatria cahaya akan memiliki Oracle sebagai pembantu pengguna sut kesatria cahaya seterusnya.

[Benar.Saya telah mengimbas cincin sut kesatria cahaya dan telah memastikan anda pemilik sut itu.Anda pasti ke sini untuk mendapatkan menaik taraf sut kesatria cahay,bukan?]

Xai melihat ke arah aku dan aku hanya mengangguk.

"Y-ya,bagaimana cara untuk naik taraf sut itu?"Tanya Xai.

[Jangan risau,tolong ikut saya dan cik di sana.Maafkan ketidaksopanan saya]Kata Oracle dan terbang menuju kaki Dian.Dia mengimbas kaki dan memancarkan cahaya hijau.Luka di kaki Dian sembuh dengan serta merta.

"Eh,kaki aku....dah sembuh!"Kata Dian dan turun dari belakang Xai.Dia cuba berjalan dan langsung tidak terasa sakit.

"Wah,hebat!Bagaimana kau melakukannya?"Tanya Xai kepada Oracle.

[Tidak terlalu sukar,dengan mengimbas saluran darah cik itu,saya mendapati ada beberapa sauran yang bengkak dan menghalang pergerakan partikel darah merah.Ada juga beberapa sendi yang berada di tempat yang salah.Hanya dengan menyejukkan salur darah akan membuatkan sendi kembali ke tempat asal dan aliran darah akan lancar.Namun diperlukan rehat yang cukup untuk sembuh sepenuhnya,jadi saya galakkan anda untuk mengambil beberapa herba untuk memulihkan kaki anda,mahu saya senaraikan semua herba itu?]Kata Oracle panjang lebar dan membuat Xai memandang kosong.Pasti dia tidak faham apa yang dikatakan Oracle.

"Err,tak payahlah."Kata Xai menolak senarai herba itu.

"Apapun,kita harus cepat.Xai."Kata aku dan dia mengangguk.

"Kami tiada masa,boleh langsung bawa kami ke tempat untuk menaik taraf sut saya?"Tanya Xai.

[Baiklah,maafkan saya kerana membazirkan masa anda.Sila ikut saya]Kata Oracle dan terbang ke dalam kuil.Kami mengikuti dari belakang dan melihat reka bentuk kuil yang lebih terlihat seperti makmal daripada kuil kuno.Setiap penjuru dipenuhi dengan teknologi canggih yang lebih maju dari di akademi.

"Oracle,siapa tuan kau?"Tanya aku.Di novel tidak mengatakan siapa pengguna pertama sut kesatria cahaya,jadi aku mahu tahu siapa orang jenius yang memulakan revolusi teknologi di dunia ini.

[Oh,nama tuan saya ialah Kailan Moriet,saintis jenius yang menggunakan kecerdasannya untuk membuat sut kesatria cahaya untuk menumpaskan Dark Lord,bencana paling dasyat dalam dunia.]

Semua orang berhenti dan tergamam.Xai,Dian dan Lina melihat ke arah aku dan aku juga terkejut.Nama aku Leon Moriet,anak sulung dari keluarga Moriet,keluarga yang membuat sut tercanggih di kerajaan Kronum.Tapi,bagaimana seorang Moriet boleh menjadi pencipta sut kesatria pertama?

Just a Dumb VillainWhere stories live. Discover now