Malam,
Aku memakai sut dan langsung menuju ke pasar sebelumnya dan aku melepaskan dron aku untuk memeriksa keadaan.Waktu itu pasar sudah tutup dan aku melihat lampu sudah dipadamkan.
Aku menyelinap masuk dan mula mencari markas tersembunyi mereka.Aku merakam jejak lelaki dengan tato itu dan dia menghilang di sekitar lorong sempit ini.Aku mengimbas tempat itu dan menemukan ada geseran di dinding.Pasti ada tuas yang akan membuka jalan rahsia.
Aku mencari di sekitar dan menemukan tong sampah yang tidak sepatutnya ada di situ.Kenapa mereka meletakkan tong sampah di tempat yang jarang dilalui orang lain kecuali ianya untuk pengalihan.
Aku mengimbas tong sampah itu dan menemukan ada tuas di bawahnya.Aku cuba menolaknya dan tong sampah itu tidak bergerak.Aku mengubah kaedah aku dengan memutarkannya dan sesuatu terjadi.Sebuah pintu kecil terbuka.
"Jadi,di sini kalian bersembunyi."Aku masuk ke dalam dan melalui lorong yang sempit dan gelap.Laluan itu sangat panjang dan aku fikir aku sudah keluar dari kota dan setelah beberapa waktu,aku menemui hujung laluan.Aku merasakan besi bulat di atas dan mengangkatnya.Aku mengangkat perlahan-lahan dan melihat bangunan terbengkalai yang penuh dengan anggota Dark Divine.
"Terlihat seperti bangunan yang ditinggalkan.Jadi mereka membuat markas di sini dan diam-diam masuk ke kota mengikut laluan bawah tanah."Bisik aku.
Aku diam-diam keluar dan bersembunyi di sebalik pokok besar.Dron dilepaskan dan dalam keadaan halimunan.Aku mengitari kawasan itu dan menandakan jumlah anggota Dark Divine di sana.
Jumlahnya tidak seramai di novel.Apa mereka menunggu bala bantuan baru menyerang.Aku juga tidak menemukan ketua mereka.Apa di dalam bangunan?
"Nampaknya aku kena menyelinap masuk."Aku melihat langit dan bunyi guruh memenuhi setiap penjuru.Nampaknya akan hujan dan aku berharap ia tidak terlalu lebat.
Dengan menggunakan mod halimunan,seluruh tubuh aku tidak terlihat.Tetapi mod ini akan hilang jika aku tiba-tiba disentuh.Jadi aku perlu berhati-hati agar tidak disentuh oleh orang lain.
Aku menyelinap masuk melalui bumbung dan berjaya masuk.Aku berada di ruangan kosong dan ketika mahu keluar,seseorang tiba-tiba muncul dan hampir saja aku melanggarnya.Fiuh,hampir saja.
Kebanyakkan anggota Dark Divine mempunyai tato di beberapa bahagian tubuh mereka.Itu bukan sebarang tato tetapi sihir yang ditanam di tubuh mereka.Sihir itu berbeza mengikut tulisan sihir.
Dark Divine sendiri ada 12 ketua yang mengukuhkan organisasi mereka.Salah satunya pasti berada di sini kerana di novel ketua ke-12 Dark Divine,Potato,rasanya.Dia menggunakan sihir tranformasi dan jika boleh,aku tak nak melawannya.
Setelah berkeliling dan menghindar anggota Dark Divine,aku mendengar suara seseorang sedang berbicara.Aku mengintai di balik pintu dan melihat seorang bertubuh besar sedang berbicara dengan bola kristal.
"Bila pasukan tambahan akan tiba?"Tanya lelaki itu.
"Tunggu saja,kami ingin memastikan rancangan ini berjaya dengan jayanya.Jika kita mengambil kesatria cahaya dan budak itu,kita boleh membongkar sut itu dan mempelajari sihir kuno di dalamnya."Kata orang di bola kristal.
"Huh,kau terlalu melebihkan budak itu.Aku dengar dari anak buah aku yang dia dikalahkan oleh budak bangsawan dengan teknologi terkutuknya.Mustahil teknologi itu boleh mengalahkan sut dengan kekuatan sihir yang kuat."Kata lelaki itu.
"Itu kerana sut itu bukan dalam keadaan sempurna.Ia dibuat oleh leluhur kita,tapi dicuri oleh bangsawan kerajaan yang gunakannya dengan menggabungkannya dengan teknologi kotor mereka,mereka benar-benar tidak kenal budi."Kata orang di bola kristal.
Itu baru,cerita tersembunyi muncul lagi.Apa jangan-jangan ini ialah kesan rama-rama,seluruh jalan cerita terus berubah.
"Kekuatan sut budak bangsawan itu juga terlihat bahaya,selepas misi ini,kami ingin anda menculik Marcus Moriet kerana dia merupakan pakar sut kesatria."Kata orang di kristal.
Aku terkejut mendengar nama ayahku dan tidak sengaja menolak pintu dan menyebabkan ia berbunyi.
"Hm?Siapa tu!"Jerit lelaki besar itu.
"Anak buah kamu?"Tanya suara di balik bola kristal.
"Tidak,aku memerintahkan mereka untuk menjaga di luar.Tunjukkan diri kau!!"Jeritnya lagi dan ia semakin kuat.Lelaki itu berjalan ke arah pintu dan aku hanya berharap dia tidak dapat mengesan aku dalam mod halimunan.
Dia keluar dari bilik dan jarak kami hanyalah satu langkah.Aku takut jika aku berlari,bunyi tapak kaki akan terdengar.Oleh itu,aku bersiap dengan pedang jika dia menyerang.Lelaki itu melihat ke kiri dan kanan dan cuba mencari aku.
"Bos!Ada penceroboh!"Salah seorang anak buahnya datang.Apa aku sudah tertangkap?
"Apa!?Apa dalam jumlah yang besar?"Tanya lelaki itu.
"Tidak,hanya seorang dan dia seorang saja boleh menumpaskan 10 orang kami!"Kata anak buahnya.
"Nampaknya kalian sudah dikenal pasti,batalkan misi ini."Kata orang di balik kristal.
"Tapi!!"
"Batalkan,kita tak boleh ambil risiko informasi mengenai kita diketahui orang ramai apalagi orang kerajaan!"Kata orang itu dengan tegas dan membuat lelaki besar itu patuh.
"Haa,baiklah.Aku akan mengurus penceroboh itu dan berundur."Kata lelaki itu.
"Bagus,jangan mengamuk terlalu kuat,Porato."Kata orang di balik kristal dan cahaya dari kristal hilang.Jadi namanya Porato.Tak jauh berbeza dengan potato.Tapi untungnya penceroboh itu bukan aku,tetapi siapa yang berani menyerang seorang diri?
Porato dan anak buahnya turun untuk mengurus penceroboh itu dan aku melihat dari atas sini.Beberapa anggota Dark Divine menembakkan sihir api ke penceroboh itu tetapi dia mengelak dengan mudah dan langsung menghabisi anggota Dark Divine yang lain dengan pedang.
"Siapa dia?"Tanya aku dan ketika aku mengimbas wajahnya yang ditutupi kain,itu ialah si elf perak dari pasar!Bagaimana dia boleh ada kat sini!?
YOU ARE READING
Just a Dumb Villain
Fantasía(!Hak Milik Gambar Depan sepenuhnya milik icayenne!Dan beberapa gambar di dalam novel ini hanya sekadar memudahkan imajinasi pembaca.Mohon dimaklum.Saya hanya pinjam gambar tersebut!) Berkisah tentang seorang pembaca novel yang mati dan masuk ke dal...