Semua orang sudah ada di lapangan.Zack,Willy,Enard,Arthur,Reina dan Elizabeth sudah berkumpul di lapangan.Aku berdiri di hadapan mereka dan aku sudah menyuruh untuk memakai pakaian yang sesuai untuk mudahkan gerakan.
"Apa yang kau mahu lakukan?"Tanya Elizabeth.
"Apa lagi,aku nak kalian latih tubuh kalian."Kata aku.
"Kenapa tiba-tiba?"Tanya Reina.Serius,kenapa mereka sangat marah setiap kali lihat aku?Apapun,aku tak tahu nak kata apa.Organisasi Dark Divine mungkin akan datang dan bunuh kita,apa itu sudah cukup,rasanya lebih baik aku sembunyikannya dulu agar mereka tidak panik.
"Itu untuk acara tahunan,bukankah ia akan diadakan sebulan dari sekarang?"Kata aku.Acara tahunan,aku sendiri tak tahu sangat mengenai itu kerana dalam novel ia dibatalkan kerana serangan Dark Divine.
Singkatnya ia semacam pertandingan antara pelajar yang diadakan sekali setahun.Setiap pelajar yang mendaftar akan bertanding dalam pertandingan sut kesatria dan ada tiga tahap untuk sampai final.Aku menggunakan alasan acara tahunan untuk melatih mereka.
"Kenapa aku ada juga?Aku lapar...."Kata Arthur dan memegang perutnya yang gemuk.Dia yang akan aku buat paling terseksa di sini.Aku akan membentuk tubuhnya agar sama dengan watak utama.Setiap kali dia makan dengan gelojoh membuat aku kesal.
"Kau ni lapar memanjang!Tak boleh ke seminit tak fikirkan makanan!"Marah Reina.
"Cih,kau tahu apa,melekat terus dengan si Zack tu.Siapa yang tak menyampah."Kata Arthur.Aku sependapat.
"Apa kau cakap!?"
Pak!
Aku menepuk tangan dan semua orang melihat ke arah aku.Jika mahu melawan Dark Divine,kami harus menjadi kuat di setiap kesempatan dan ketika waktunya,aku akan membuat kesatria cahaya kembali ke wujud sempurnanya.
"Baiklah,kita akan berlari 10 pusingan,push-up 100 kali dan berlatih pedang dan menembak.Siapa yang tertinggal,tidak kira lelaki atau perempuan,aku akan pukul dengan kayu ni."Kata aku dan mengambil sebatang kayu panjang yang sudah aku suruh Willy dan Enard bawa.
"Err,anda serius?Saya fikir itu main-main."Kata Willy.
"Anda berguraukan,hahaha,anda sangat kelakar Tuan Leon."Kata Enard.Batul,ini gurauan,gura kasar namanya.
"Aku kira dalam 10 saat,sesiapa yang tidak berlari akan aku pukul.10,9,8,7!-"Mereka mula berlari dan aku mengejar dari belakang.Aku fikir Arthur yang akan paling belakang,rupanya dua gadis menyebalkan itu.Baru berlari,tetapi mereka sudah lelah.
"Cepat sikit!"Kata aku dan memukul dari belakang.Aku sengaja pukul perlahan kerana ini baru hari pertama,jadi aku memberi mereka keringanan.
"Ah!Kau betul-betul pukul!?Apa kau takde hati nak pukul perempuan."Kata Elizabeth,siapa peduli?Dark Divine akan membunuh sesiapa saja tak kira lelaki,perempuan ataupun bayi.Kalau seksaan ringan ini saja tak boleh,dia akan mati ketika Dark Divine menyerang.
"Bodo amat!Siapa yang berjarak tiga meter dari aku akan aku terus pukul!"Kata aku dan terus menghayunkan batang kayu.Mereka terus berlari sambil mengelak pukulan aku.Aku akan memaksa mereka melampaui batasan mereka.Walaupun kau memanggil aku kejam ataupun psikopat.
"Teruslah berlari sampai kalian memuntahkan darah!Hahaha!"Jerit aku dan mengejar mereka.
"Ah,iblis!Dia berubah menjadi iblis!"Jerit Reina dan aku dapat lihat dia menitiskan air mata.Tapi aku tidak ada pilihan selain memaksa kalian!
Pada akhirnya,aku memaksa mereka menyelesaikan latihan yang aku buat.Hanya Arthur dan Zack yang boleh bertahan dari latihan tanpa mengeluh.Zack nampaknya sudah faham dengan perannya sebagai pengganti watak utama dan Arthur sebagai watak utama asli lebih berbakat dari yang aku sangka.Walaupun dia mesti turunkan berat badannya.
"Haa,aku fikir akan mati!"Kata Willy dan berbaring.
"Tapi apa boleh,ini arahan Tuan Leon,pasti ada kebaikan untuk kita."Kata Enard.Bagus,mental mereka masih elok,kecuali budak berdua yang duduk kat pojokan tu.
"Huu,aku dah tak tahan lagi!"Kata Rein yang menangis di pangkuan Elizabeth.
"Sabar,kita lakukan demi Zack."Kata Elizabeth yang cuba menenangkan Reina.Meluat aku tengok dua orang ni.Zack yang baik hati datang dan menyokong mereka.
"Sabar,ini untuk keselamatan kita.Aku tak nak kalian berdua terluka."Kata Zack dan mereka berpelukan.Muek!Nak muntah aku tengok.Geli betul.Tak boleh ke buat kat tempat lain?
"Leon."Seseorang memanggil aku dari belakang dan itu ialah guru Zarawa.Dia memanggil aku dan terpaksalah aku meninggalkan mereka.Padahal aku nak buat sedikit lagi latihan kalau boleh.
"Leon,saya nak awak jadi wakil akademi untuk acara tahunan dengan akademi kerajaan Xaiverion."Kata Zarawa.Aku terkejut,Xaiverion ialah kerajaan yang bersain dengan kerajaan Kronum.Kenapa tiba-tiba mahu bergabung dengan acara tahunan akademi kerajaan Kronum.
"Kenapa pula tiba-tiba?"Tanya aku.
"Saya pun tak berapa tahu.Kerajaan Xaiverion menghantar surat rasmi kepada kerajaan yang mahu adakan acara tahunan akademi Kronum dengan akademi Xaiverion.Dengan kata lain,mereka mahu mempertemukan generasi baru Kronum dengan Xaiverion agar dapat melupakan persaingan.Kerajaan Kronum sendiri berfikir ini langkah yang bagus untuk membuat kerjasama antara kerajaan."Jelas guru Zarawa.
Aneh,kerajaan Xaiverion yang dikenal sebagai persaing ketat kerajaan Kronum ingin berbaik atau ada udang di sebalik batu.Apalagi kejadian di novel tidak begini,nampaknya pengetahuan dalam novel sudah tidak berguna.
"Faham,tapi kenapa saya?Bukan ke ada ramai lagi pelajar senior?"Tanya aku.
"Kamu ingat tak pertandingan kamu dengan Zack?Semua senior jadi takut kepada kamu sebab kamu ganas sangat."Kata guru Zarawa.Baiklah,itu salah aku kerana terlalu bersemangat.
"Baiklah,jadi apa yang saya perlu buat?"Tanya aku.
"Kamu kena cari dua orang lagi yang akan teman kamu berjumpa dengan wakil pelajar akademi Xaiverion.Pilih betul-betul kerana salah sedikit saja mungkin hubungan antara kerajaan akan longgar.Perjumpaan itu,seminggu sebelum acara tahunan belangsung.Kamu ada masa dua minggu lagi."Kata guru Zarawa dan pergi.
"Haa,kenapa lempar tugas berat macam tu kepada aku?"Kata aku.Baiklah siapa yang mahu aku bawa?Willy dan Enard?Tak,kalau mereka tahu ada orang rendahkan aku,mereka akan melakukan sesuatu yang bodoh.Siapa yang aku kena ajak?
YOU ARE READING
Just a Dumb Villain
Fantasy(!Hak Milik Gambar Depan sepenuhnya milik icayenne!Dan beberapa gambar di dalam novel ini hanya sekadar memudahkan imajinasi pembaca.Mohon dimaklum.Saya hanya pinjam gambar tersebut!) Berkisah tentang seorang pembaca novel yang mati dan masuk ke dal...