Bab 45:Pertemuan Terakhir?

15 4 0
                                    

"Kau akan segera pergi?"Tanya aku ketika Alice tiba-tiba menyatakan itu ketika kami sarapan.Padahal aku dengar dia akan menginap selama seminggu.Tapi baru tiga hari dia di sini.

"Ya,maafkan saya.Saya akan bertolak malam ini."Kata Alice dengan wajah kecewa.Pasti itu masalah di rumahnya.Selain aku,tiada sesiapa tahu yang dia puteri di kerajaan Xaiverion.

"Begitu...pasti orang rumah kamu risau."Kata Loran.

"Y-ya,lebih kuranglah...."Kata Alice dengan nada rendah.Dia terlihat mengkhawatirkan sesuatu.Dia selalunya tak macam ni.Ada masalah di istana ke?Biarlah,bukan urusan aku.

"Hmm,kenapa Leon tidak jalan-jalan dengan Diana?"Kata Marcus dan membuat aku batuk.Aku segera mencapai air dan meminumnya.

"Kenapa tiba-tiba ni?"Tanya aku dan memandang tajam ke Marcus.

"Haha,bukankah kalian berteman?Ayah juga dah berbincang tentang pemasaran sut kesatria.Namun sayangnya itu tidak akan boleh dilakukan dengan kuasa Diana sekarang.Jadi ayah tak mahu dia datang sia-sia,apa kata kamu bawa dia jalan-jalan?"Kata Marcus.Huh?Alice memiliki pengaruhnya sebagai puteri,tapi kenapa dia tak boleh melakukannya?

"Kalian ingin jalan-jalan kekasih?"Kata Oscar yang memberi pendapat yang tidak ditanya.

"Bukanlah!"Kata aku dan mereka tergelak.Kecuali Alice yang terlihat murung.Well,mungkin jalan-jalan sebentar akan buat dia kembali ceria.

.

.

.

Kami menaiki kereta untuk pergi ke Kota Xian menggunakan kereta.Seperti biasa,kami mengenakan cincin penyamaran agar tidak diganggu.Namun suasana sunyi ini membunuh aku.Alice biasanya tak seperti ini.Dia selalu akan mempermainkan aku di setiap kesempatan.Tapi saat ini dia melihat luar tingkap seperti watak perempuan dalam anime jepun yang berada dalam kesusahan!Ah,aku malas nak terus tengok dia macam ni.

"Oi,kau ni dah kenapa?Tengok muka kau pun buat aku meluat."Kata aku dan menyedarkan Alice dari lamunannya.

"Ah,maaf..."Kata Alice dan menundukkan kepalanya.Apa aku buat dia makin sedih?Tch,melihat dia terus begini buat aku rasa bersalah.

"Kau ada tempat nak pergi?"Tanya aku dan Alice menggelengkan kepalanya.Hm,nampaknya aku yang kena tunjuk jalan.Aku kena cari tempat yang mungkin boleh menceriakan dia.

"Tuan,kita dah tiba."Kata pemandu.Baiklah,aku akan tunjuk apa itu seronok.Jangan pandang remeh kerajaan kami.

"Sini,hulurkan tangan kau."Aku menghulurkan tanganku dan Alice terlihat bingung.Kami berjalan ke Kota Xian.

"Tu-tunggu,jangan laju sangat!"Kata Alice.Tidak,selalunya kau yang mempermainkan aku,sekarang aku yang akan mempermainkan kau.Aku menarik tangan Alice dan kami mula pergi setiap tempat yang menarik.

Kota Xian sangat terkenal kerana wilayah perlancongannya.Jadi ada beratus tempat menarik di sana.Aku membawanya ke restoran yang menyediakan manisan yang enak,ke taman bermain dan melihat permandangan kota.Kami betul-betul menghabiskan masa hari itu dan nampaknya dia mulai tersenyum lagi.Tak sia-sia.

.

.

.

Tanpa sedar,waktu senja datang dan kami berehat di tempat yang tinggi.Iaitu tempat yang mempunyai permandangan matahari terbenam yang terbaik.Di sana ada sebuah patung yang memegang alat muzik dan katanya akan memainkan muzik ketika matahari sudah terbenam dan cahaya bulan menyinarinya.

"Haha,terima kasih,Leon.Saya tak pernah boleh bersiar-siar sebebas ini."Kata Alice sambil tersenyum.Tapi aku masih boleh lihat yang dia terlihat sedih.

"Kenapa dengan kau ni?Katakan saja masalah kau."Ujar aku dan Alice kembali murung.Dia mengambil sesuatu dari begnya dan itu ialah sebuah buku lama.Aku melihat nama yang tertulis di atas.

"Leonardo...Lumbrace?"Itu ialah nama keluarga yang dia gunakan untuk menyamar.Jadi dia tidak mereka nama itu?

"Ayah saya seorang petani biasa dan ibu saya seorang kerabat raja.Tentunya cinta mereka ditolak,tapi ayah saya bukanlah orang biasa,dia memiliki pengetahuan seperti peramal.Dia meramalkan atuk saya,raja Xaiverion akan mengalami sakit yang berpanjangan dan suatu hari dia membawa ramuan penyembuh dan atuk kembali sembuh.Dia merestui hubungan ibu bapa saya,namun adik beradiknya tidak terima.Dengan itu,ibu saya memutuskan hak takhtanya."Alice mula menceritakan kisah ibu bapanya.Aku hanya mendengar sambil melihat matahari yang semakin tenggelam.

Dia kemudian menyambung,"Ibu bapa saya diasingkan oleh atuk saya kerana risau akan amarah dari adik-beradiknya.Saya pada mulanya tak tahu yang saya mempunyai darah kerabat diraja.Namun selepas ibu bapa saya meninggal,atuk mula mengasuh saya.Tapi tekanan dari bapa dan ibu saudara saya membuatkan saya membesar dalam tekanan.Demi bertahan,saya mula menyebarkan pengaruh dan perlahan-lahan,saya menjadi calon untuk menaiki takhta.Itu bukan kebetulan,ini semua kerana catatan ayah saya."Alice memperlihatkan isinya dan itu membuat aku terkejut.

Di muka surat pertama tertulis '"Catatan Knight Hero dan bencana besar".Jadi,ayahnya seorang readers?Itu menjadi masuk akal,Alice tak seharusnya wujud,namun kerana ayahnya yang tidak ada dalam cerita membuatkan kesan rama-rama yang mewujudkan Alice.

"Buku ini memiliki ramalan tentang akhir dunia dan hanya ibu bapa saya dan saya yang tahu.Saya secara rahsia membuat pasukan rahsia untuk memusnahkan Dark Divine,penyembah Dark Lord yang mahu memulakan Great War sekali lagi.Di sini tertulis jelas yang Dark Divine akan semakin menggila di awal tahun ini.Saya berjaya menghalang serangan Dark Divine ke atas Kota Zarwais.Itu alasan saya bekerjasama dengan akademi Kronum.Tapi....nampaknya itulah akhir dari perjuangan saya."Kata Alice dan membuat aku bingung.

"Leon,saya berterima kasih,sangat-sangat berterima kasih.Di pertemuan pertama kita,saya merasakan keseronokkan setiap kali menggoda awak.Ini hadiah dari saya."Kata Alice dan memberikan buku catatan ayahnya kepada aku.Dia berbalik dan aku dapat lihat beberapa orang berseragam hitam datang menjemput dia.

Aku ingin menghalangnya,namun Alice berbalik dan aku membaca gerak bibirnya.Dia mengatakan "jangan masuk campur" dengan wajah sedih.Cih,kau tak nak aku masuk campur selepas semua yang kau katakan!Jangan bergurau!

Aku mula berlari untuk mengejar Alice,namun orang ramai yang menunggu patung memainkan muzik terus berkumpul dan menghalang aku untuk mendekatinya sehingga aku kehilangan jejak Alice.

"Sial!"Aku menjerit dengan marah.Bersamaan dengan itu,patung mula memainkan muzik dan semua orang bersorak.Aku melihat buku yang diberikan Alice.

"Apa?Sekarang kau nak aku selamatkan anak kau?"Aku melihat buku itu seperti mengharapkan sesuatu dari aku.Tapi itu mungkin hanya imajinasi aku.


Just a Dumb VillainWhere stories live. Discover now