Bab 28:Kekuatan Naga

16 4 0
                                    

"Jadi,apa kau orang yang mengalahkan Porato,dia tidak akan mati semudah itu.Katakan,di mana dia?"Tanya Karcus.Pelik juga,apa dia mahu menjadikan Porato tentera mayat hidup dia?

"Kau masih tak nampak semua robot aku?Ia dibuat sebahagian dari sihir dia."Kata aku dan menunjuk ke arah robot gorila yang terus terkena serangan dari para Dark Divine,tetapi setiap kerosakan diperbaiki dengan sendiri.

"Kau....dengan teknologi jijik kau itu!Aku akan tunjukkan kepada kau apa itu sihir sebenar.Datanglah,Dead Dragon!"Karcus mengangkat tongkatnya dan asap hitam memenuhi kawasan ini.

"Ini ialah sihir kuno necromancer!Aku akan tunjukkan kepada kau naga dari alam kematian!!"Jerit Karcus.Gumpalan mayat mula menyatu dan membentuk bentuk naga.Jangan risau,itu bukan naga asli.Dia tiada empat kaki dan hanya dua kaki.Itu ialah Wyvern.Naga ialah spesies yang jarang ditemui dan kau fikir orang lain cukup bodoh?

"Kau kata itu naga?Nak tengok naga sebenar tak?"Kata aku dan terbang.

"Dead Dragon!Serang!"Wyver itu mengepakkan sayapnya dan terbang untuk mengejar aku.Aku terus terbang dan wyvern itu terus meludahkan muntahan mayat yang berbau busuk.Aku berhenti dan menyimpan pedang aku.

"Robot helang!"Panggil aku dan robot helang terbang dan menyatu dengan sut aku di tangan kanan aku.Ia berubah bentuk menjadi busur.Aku menarik tali dan tenaga dari permata naga keluar.Cahayanya cukup besar sehingga sebuah bebola cahaya merah muncul di hadapan aku.

"Huh?Apa tu!"Jerit Frejya dan yang lain menatap langit.Bola cahaya terus membesar dan semakin berat.

"Lari dari sana!"Jerit aku.Sebenarnya aku sendiri tak tahu yang kekuatannya sebesar ini.Wyvern itu terbang mendekati aku dan ketika dia dekat.Aku melepaskan tali.

Bola api cahaya itu ditembak dan mula berubah bentuk menjadi seekor naga.Tunggu,bagaimana ia boleh berlaku?Aku tak pernah programkan bola itu berubah bentuk.

Ia terbang dan menelan wyvern dan kemudian terbang ke langit dan meletup seperti bunga api yang besar.Apa itu,ia memiliki kesedaran?

"Jadi kau manusia yang memanggil aku?"

Aku menoleh ke belakang dan melihat tiada sesiapa di belakang.Tapi aku pasti aku mendengar suara seseorang yang garau.Imajinasi?

Di akademi,

Cahaya bola yang besar itu sangat besar sehingga dapat dilihat dari akademi.Tapi semua orang hanya berfikir itu hanyalah sebahagian dari acara tahunan.

"Wah,sangat cantik!"

"Ini kali pertama akademi melakukan ini."

"Berapa bunga api yang diperlukan untuk membuatnya sebesar itu?"

Kembali ke medan perang,

Aku mengabaikan imajinasi aku dan kembali kepada pertarungan.Aku melihat Frejya dan yang lain sudah mengalahkan Servia dan Ezra masih bertarung dengan homunculus yang memanggil puluhan golem.

"Aku kena tangkap Karcus."Kata aku dan terbang ke bawah.Aku melihat Karcus cuba melarikan diri,tapi aku segera menangkapnya.Aku melepaskan robot helang.Nampaknya dia tak tahu nak buat apa tanpa mayat hidupnya.

"Kau nak pergi mana tu?"Tanya aku dan menundukkan Karcus.

"Mustahil!Bagaimana kau boleh memanggil naga itu!Itu mustahil menggunakan teknologi jijik kalian!"Kata Karcus.Aku sendiri tak tahu,nanti akan aku cuba kaji lagi permata naga.

"Diamlah!"Aku memukul belakang kepalanya dan mengikat dia.Aku membawa Karcus ke tempat yang lain dan aku melihat Servia sudah ditangkap,tetapi Frejya dan yang lain berkumpul di tempat lain dengan tatapan sedih.

"Apa ni?Kenapa semua nampak sedih?"Tanya aku.Aku melihat apa yang mereka lihat dan itu Xilia yang terlihat pucat.Aku tidak melihat dia bernafas.

"Xilia....bangunlah...."Frejya memanggil Xilia yang tidak bangun.Lily membuka topengnya dan mengelap air matanya dan Rosaline hanya memalingkan wajahnya.Tapi aku hanya menggaru kepala aku.

"Haaa,terpaksalah nampaknya.Tepi."Kata aku dan mendekat di jasad Xilia.Seluruh tubuhnya dipenuhi urat berwarna hijau.Pasti Servia menggunakan sihirnya untuk menyerang Xilia.

"Hahaha!Kau takkan boleh sembuhkan racun itu!Dia akan terseksa dan semua yang di sekelilingnya akan membusuk!Ini padahnya kerana cuba melawan aku!"Kata Servia yang terikat.Dia memang tak tahu malu ya.

"Apa yang kau nak buat?Dia dah tiada....huu..."Tanya Frejya yang masih menangis.Aku mengeluarkan Ring of Protection yang aku ingin gunakan untuk diri aku sendiri tapi aku rasa bersalah tengok mereka menangis.

"Itu...."Frejya tak terkata.Pasti dia sedar ada aura elf dalam cincin ini.Aku meletakkan cincin itu dalam tangan Xilia yang kaku.

Kemudian cahaya hijau muncul dalam genggaman Xilia dan seluruh tempat itu mula dipenuhi cahaya hijau.Rumput dan tanaman lain mula tumbuh di sekitar Xilia dan wajahnya kembali segar.

"Apa!?Tak mungkin!Seharusnya racun aku tiada penawarnya!"Jerit Servia dan aku langsung memukul kepalanya sampai dia pengsan.Aku melihat kawasan ini mula ditumbuhi tanaman segar.Kekuatan cincin ini sangat hebat.Tubuh Xilia perlahan-lahan kembali pulih dan wajahnya terlihat sedikit lebih muda dari sebelumnya.

"Hah!Apa yang berlaku!?Di mana wanita racun tu!?"Xilia terbangun dan semua orang terkejut.Aku hanya diam kerana sudah tahu fungsi dari cincin itu.Rasanya sayang tapi tak apalah.

""Xilia!""Frejya dan Lily memeluk Xilia dan Xilia terlihat bingung.

"Kenapa kalian ini?Eh,tubuh aku rasa sedikit segar."Kata Xilia dan melihat tangannya.Semua kedutan dan luka yang pernah ada di tubuhnya sudah hilang.

"Jacom,terima kasih."Kata Rosaline.

"Aku cuma malas nak tengok orang sedih."Kata aku dan Rosaline hanya tergelak kecil.Aku melihat ke arah pertarungan Ezra dan nampaknya dia sudah mahu selesai.

Just a Dumb VillainWhere stories live. Discover now