Bab 32:Asing

12 4 0
                                    

"Kami tak bermaksud buruk!Kami hanya nak minta pertolongan kerana rakan kami cedera di kakinya!"Jerit aku dan aku boleh dengar suara mereka berbisik.Tiba-tiba seorang lelaki keluar sebagai wakil.

"Kalian orang luar?"Tanya lelaki itu dengan kapak di tangannya.Aku kena berhati-hati atau kami akan diserang.

"Benar,kami pengembara keliling dan rakanku terluka di kakinya.Boleh kami meminta sedikit ubat tahan sakit?Jangan risau,kami akan bayar."Kata aku dan lelaki itu terdiam dan melihat Dian yang kakinya terluka.Dia berbisik dengan seseorang di balik tembok.

"Baiklah,kami bersedia membantu."Kata lelaki itu dan menyimpan kapaknya.Orang desa yang lain mula keluar dan ternyata mereka semua bersenjata seperti tukul,cangkul dan shotgun.Untungnya aku menyedari mereka bersembunyi,jika tidak kami pasti akan mati.

"Maafkan kami,sangat jarang ada pengunjung dari luar dan baru-baru ini kami mendapat berita ada sekelompok perompak berada di sekitar sini.Jadi kami cuma berjaga-jaga."Kata lelaki tadi.

"Tidak apa,apa yang terjadi?Kenapa kalian terlihat sangat takut dengan perompak itu?"Tanya aku.

"Perompak itu bukan sebarang perompak.Dia menggunakan sihir,jadi kami takut."Katanya.Sihir,di dunia ini tidak ramai yang boleh gunakan sihir.Perbandingannya seperti 1:1000.Tapi lain jika menggunakan sut kesatria jenis magis yang telah diprogramkan untuk meniru kekuatan sihir.

Satu-satunya orang yang aku kenal boleh menggunakan sihir ialah Ezra tanpa bantuan sut dan yang lainnya Dark Divine.Tapi anggota Dark Divine mempunyai tato untuk menggunakan sihir.

"Apa perompak itu mempunyai tato di mana-mana bahagian badan?"Tanya aku.

"Entahlah,kenapa?"Kata lelaki itu.Jadi bukan Dark Divine,jadi mereka tiada di sini itu bagus.Aku tak mahu gunakan sut kesatria di sini kerana mungkin akan menarik perhatian.Aku ragu boleh kalahkan pengguna sihir tanpa sut.

"Tiada apa,boleh rawat kaki rakan saya?"Tanya aku dan lelaki itu mengngguk.Dian dibawa oleh penduduk desa wanita untuk dirawat.Mereka memberi kami tempat tinggal dan sedikit makanan tanda permintaan maaf.Kami juga didatangi oleh seorang lelaki berjanggut putih yang merupakan ketua desa.

"Maafkan kami,pengembara.Pekan agak jauh dari sini,jadi kami kurang boleh berkomunikasi dengan orang luar.Di sini juga tiada teknologi canggih seperti di kota.Perkenalkan,nama saya Diston."Kata ketua desa.

"Tidak apa,selepas rakan saya sedikit sembuh,kami akan terus pergi dan ini,saya takkan minta kalian merawat kami secara percuma."Kata aku dan memberikan segenggam duit yang berjumlah 500 Fian.Untungnya setiap kerajaan menggunakan mata wang yang sama.

"Ohh,terima kasih.Kalian tak perlu susah-susah."Kata Diston tetapi dia dengan cepat menyembunyikan wang itu.Dasar orang tua mata duitan.Diston terlihat melirik ke kanan kiri dan pergi.Mereka meninggalkan kami.

"Baiklah,esok lepas subuh kita terus bertolak.Gunakan ubat yang mereka beri untuk rawat Dian."Kata aku.Xai dan Lina mengangguk.Kami tak boleh duduk lama di sini.Entah apa yang akan menghalangi kami sepanjang perjalanan.

Kami memutuskan untuk berehat dan menyimpan tenaga.Tapi perasaan aku kurang sedap selepas bertemu Diston.Jadi ketika waktu malam,aku menyelinap keluar untuk memeriksa keadaan.

"Huh?Dah tengah malam,tapi siapa yang buka lampu?"Tanya aku dan pergi mengintai.Rumah itu lebih besar dari yang lain jadi aku fikir itu rumah ketua Desa.Aku mengintai ke dalam dan melihat Diston yang sedang memegang telefon.Bukankah dia kata tak memiliki teknologi?

Aku mencuri dengar apa yang dia katakan.

"Helo?Ya,ya.Ada orang mencurigakan yang datang ke tempat aku.Mereka sedang tidur,cepat datang."Kata Diston.Dasar orang tua ni,dia mahu menjual kami?

Aku berlari kembali ke tempat Xai dan yang lainnya dan mengejutkan mereka dan aku boleh lihat yang mereka masih tidak sedarkan diri.

"Cepat!Kita kena lari!"Jerit aku.

"Hah?Kenapa pula ni?"Tanya Xai.

"Takde masa nak cerita.Ada orang akan datang ke sini untuk tangkap kita."Kata aku dan mengemas semua barang kami.Aku mengambil ubat,makanan dan minuman.Padahal aku sudah bayar mereka,tapi mereka mahu jual kami?Dasar tak berhati perut.

"Apa tunggu lagi!?Cepat!"Arah aku dan mereka semua bangun dengan segera.Kaki Dian sudah dibalut dan tidak akan mudah sakit.Tapi dia perlukan bantuan Xai untuk bergerak.

Kami diam-diam keluar dari desa tetapi di tengah jalan kami dicegat oleh lelaki yang sebelumnya.Dia bersama budak yang aku jumpa di sungai itu.Apa mereka nak halang kami?

"Kalian akan mudah dikejar seperti itu,gunakan kereta kuda kami."Kata lelaki itu dan membuat aku bingung.Bukannya mereka mahu jual kami?

"Jangan salag faham,ketua desa kami memang seperti itu.Aku dah agak dia nak berikan kalian kepada orang kota untuk dapatkan ganjaran.Di sana,itu kereta kuda kami."Kata lelaki itu.Tapi aku hanya diam.Entah itu perangkap atau bukan.

"Boleh ke aku percaya kau?"Tanya aku.

"Percaya atau tidak terserah.Kau nak ditangkap ataupun bebas."Kata lelaki itu dan buat aku tiada pilihan lain.Kami menggunakan kereta kuda untuk keluar dari sini dan kami boleh dengar bunyi beberapa motor sedang datang.

"Cepat!Mereka dah tiba!"Jerit budak itu dan aku segera menggerakkan kereta kuda dan melarikan diri.Lelaki dan budak itu menyembunyikan diri dan hilang.

"Ah!Di sana!Kejar mereka!"Diston akhirnya melihat kami dan aku boleh lihat beberapa anggota kerajaan menaiki motor dan mengejar kami.Tak guna!Kelajuan kereta kuda tak sanggup lawan kelajuan motor.

"Ambil kendali!"Arah aku kepada Xai dan memberi tali kuda.Aku melompat ke belakang dan mengaktifkan sut merah aku.Aku menekan jam tangan dan seluruh tubuh aku memakai sut merah.Aku tak nak gunakannya,tapi apa boleh buat,dah jadi begini.

"Mereka sudah hampir!"Jerit Lina yang sedang menjaga Dian.Aku menarik beberapa batang besi dari belakang dan menyatukannya menbentuk pistol.Aku menyasarkan ke arah motor mereka.

"Hati-hati!Dia gunakan sut kesatria!"Kata ketua mereka.Aku menembakkan peluru bercahaya merah dan ia kena tanah di hadapan mereka hingga membentuk kawah yang dalam.Itu akan memperlahankan mereka.Aku segera menyahaktifkan sut.

"Errr,Waron?"Panggil Xai.

"Apa?"Tanya aku.

"Di depan....ada tebing."Kata Xai dan kami terdiam sedetik.

"Pakai sut kesatria dan selamatkan yang lain!!"Jerit aku dan aku kembali mengaktifkan sut kesatria begitu juga dengan Xai.Aku membawa Lina dan Xai membawa Dian.Kuda itu tidak berhenti dan jatuh ke tebing.

Aku dan Xai melompat keluar dari kereta kuda dan berpaut di tebing.Di bawah kami ada sungai dan kuda itu jatuh.Untungnya ia boleh selamat dan pergi melarikan diri.

"Ha...hari pertama di Sirgion...."Kata aku dan memanjat kembali ke atas tebing.

Just a Dumb VillainWhere stories live. Discover now