Ezra menghindar semua serangan golem dan memukul mereka sehingga hancur.Tapi setiap kali golem dihancurkan,golem lain dipanggil oleh homunculus itu.
""""""Kenapa!Kenapa!Kenapa!Dunia ini busuk.Hapus!Harus dihapuskan!"""""
Homunculus itu berbicara seperti ada ramai orang yang berbicara serentak.Itu ialah jiwa yang terperangkap dalam tubuh itu.Suara itu seperti gabungan budak-budak,wanita dewasa dan lelaki tua.
Ezra berlari dan memukul homunculus itu bertubi-tubi sehingga menembus tubunya.Tetapi tubuhnya kembali menyatu.Satu-satunya cara untuk membunuh homunculus itu ialah memecahkan intinya.
"Huarrggghh!"Ezra memukul tanah dan muncul lingkaran sihir.Tanah mulai bergetar seperti gempa dan semua golem tenggelam dalam tanah dan tidak boleh bergerak.
"""""Datang!Tenteraku!"""""
Homunculus ingin memanggil golem lagi tetapi Ezra datang dan ingin memukul homunculus.Tetapi itu hanya serangan tipuan.Ezra merendahkan serangannya dan memukul tanah pijakan homunculus.
Duri tajam tumbuh dari tanah dan menusuk homunculus bertubi-tubi sehingga kehilangan bentuk badannya.Sebuah guli bergolek keluar dan itulah intinya.Ezra mengambilnya dan menatap homunculus.
"""""Kembalikan!Itu milikku...."""""
Homunculus merintih untuk intinya.Dia mengubah suaranya seperti gadis dalam kesusahan.Tapi Ezra menatap tajam dan menghancurkan inti itu.
""""Tidak!""""
Homunculus bergelut dan tidak dapat kemabli ke bentuk asalnya dan berubah menjadi cecair busuk.Semua golem kemudian hancur apabila tuannya ikut mati.
"Nampaknya kau tak perlukan bantuan."Kata aku dan melemparkan Karcus kepada Ezra.
"Apa yang berlaku?"Tanya Ezra dan melihat anggotanya di belakang aku yang meraikan kembalinya Xilia.
"Biarkan mereka,jadi.Apa yang kau akan buat dengan kedua orang itu?"Tanya aku.
"Kami akan soal siasat mereka.Saya ingin melumpuhkan homunculus itu untuk disoal siasat juga,tapi dia terlalu sukar untuk dikawal,jadi saya membunuhnya.Ini semua kerana anda,terima kasih untuk maklumat itu."Kata Ezra dan menghulurkan tangannya untuk berjabat tangan.
"Tidak apa,anggap saja bayaran untuk Frejya yang membawakan aku permata naga."Kata aku dan menolak untuk berjabat tangan.
"Atasan saya ingin berterima kasih secara langsung,apa anda mahu?"Tanya Ezra.Tentu saja nak,tapi aku rasa aku dah lewat sangat,jadi aku rasa lain kali saja.
"Tidak apa,aku sibuk.Boleh aku serahkan semuanya kepada kalian?"Tanya aku dan Ezra mengangguk.Baiklah,saatnya pulang.Aku membuka sayap dan terbang untuk kembali ke akademi.
"Eh?Jacom sudah pergi?Saya tak sempat berterima kasih.Saya jadi semakin cantik sebab dia."Kata Xilia yang wajahnya kini terlihat lebih muda dan bertenaga.
"Dia itu sibuk,jadi apa boleh buat.Saya juga nak tanya tentang cincin tu."Kata Frejya di samping Xilia.
"Abang besi tu hebat!Lily main dengan dia lagi!"Kata Lily di atas baju besi Rosaline.
"Saya harap dapat bantuan dia lagi."Kata Rosaline dan semuanya melihat ke arah cahaya api yang dikeluarkan sut kesatria Jacom.Tanpa sedar,Jacom membuat dirinya berada dalam tempat istimewa dalam Bravely Dead walaupun dia bukan anggotanya.
Di hutan akademi,
Ah,akhirnya habis.Dua minggu ni aku sibuk terus,takde masa untuk berehat.Aku rasa nak terus tidur bila sampai bilik.Aku menyahaktifkan sut dan melepaskan cincin penyamaran.Seluruh tubuh aku berat rasanya.
"Ah,laparnya.Aku nak tengok kalau-kalau gerai mereka buka lagi."Kata aku dan menuju ke gerai Arthur buka dengan Willy dan Enard.Tapi ketika sampai,aku terkejut melihat betapa panjangnya orang beratur untuk membeli wafel.
"Terima kasih!Datang lagi!Hei,ada orang nak order lagi ni!"Jerit Willy.
"Tunggu sekajapmsikit lagi nak siap!"Arthur di belakang sibuk menyediakan tempahan pelanggan dan Enard pula mengurus barisan agar lebih mudah untuk mereka.
"Hah,nampaknya mereka sangat untung.Takde peluang la aku nak makan."Kata aku dan tiba-tiba satu wafel muncul di depan aku dan ketika aku berpaling,itu Alice yang sedang makan wafel.
"Nak satu?"Tanyanya dan tersenyum kepada aku.
"Kau nak bagi aku serangan jantung ke?"Kata aku tapi aku tetap ambil kerana lapar sangat.Alice hanya melihat aku tanpa berbicara.Kenapa rasanya seperti ditatap kematian?
"Kau ni dah kenapa?Tak pernah tengok orang makan?"Tanya aku dan Alice tertawa.
"Hahaha,cara kau makan nampak kelakar.Takde sesiapa yang akan curi wafel kau."Kata Alice.Sebenarnya aku sendiri pelik,rasanya aku tak selalu macam ni.Tiba-tiba je aku rasa lapar sangat selepas keluar dari sut.Ada kaitan dengan suara yang aku dengar ke?Tak mungkin la.
"Oh,di sana kamu rupanya.Puas ayah cari satu hari ni."Kata suara yang tidak asing.Aku melihat ayahku Marcus dan Oscar berada di sampingnya.
"Kenapa tak cakap nak datang?Mana Loran?"Tanya aku dingin.
"Hahaha,maaf,maaf.Loran masih di rumah,dia tak berapa suka berada dalam kerumunan orang,jadi hanya kami yang datang.Oh,siapa gadis cantik ini?"Tanya ayahku kepada Alice dan Oscar menyampuk tiba-tiba.
"Teman wanita?"Tanya Oscar dan aku memukul kepalanya.Jangan mengatakan sesuatu yang menyeramkan seperti itu!Membayangkannya saja membuat aku takut.
"Hahaha,kamu kelakar adik kecil.Nama kakak,Diana Lumbrace.Kamu siapa?"Tanya Alice yang menggunakan nama samaran.
"Oscar Moriet."Kata Oscar dan mengusap tempat aku memukul kepalanya.Alice pula yang mengusap kepala Oscar.
"Hm,baju kamu lain.Apa jangan-jangan kamu dari kerajaan Xaiverion?"Tanya ayah aku.
"Benar,saya pelajar akademi Xaiverion.Gembira bertemu anda Tuan Marcus Moriet."Kata Alice dengan sopan.Kenapa hanya dengan aku dia suka bermain?Buat aku menyampah.
"Oh,saya mengharapkan dapat memasarkan sut buatan keluarga kami ke kerajaan Xaiverion.Saya harap dengan kerjasama ini,kerajaan Xaiverion dan Kronum akan berteman baik."Kata ayah aku.
"Saya juga harap begitu."Kata Alice.Kemudian,Marcus dan Oscar pergi dan meninggalkan kami berdua.
"Kamu memiliki keluarga yang ambil berat kepada kamu,ya."Kata Alice.Dia ni dah kenapa tiba-tiba?
"Bukankah itu namanya keluarga?Bagaimana dengan keluarga kau?"Tanya aku.
"Adik beradik aku cuma melawan satu sama lain.Hanya ibu dan ayahku yang pernah melayani aku dan memanjakan aku.Tapi mereka sudah tiada."Kata Alice dengan wajah sedih yang disembunykan senyuman.Sukar juga jadi keluarga diraja.
"Tapi,selepas bertemu kamu,saya rasa beban saya hilang.Seronok betul mempermainkan kamu."Kata Alice dan melihat ke arah aku.Dah mula dah dia ni.Kau ni memang suka merosakkan suasana ke?
"Dah,aku lapar lagi.Aku pergi dulu."Kata aku dan berjalan pergi.Tapi tangan aku dipegang oleh Alice.
"Jom,saya bawa awak ke tempat ada makanan sedap."Kata Alice dan menarik tangan aku.
"Lepaslah!Tak malu ke orang tengok!"Jerit aku tetapi Alice tidak melepaskanya.Tolonglah,tak boleh ke bagi aku bersendirian untuk menenagkan fikiran?Dasar gadis menakutkan.
YOU ARE READING
Just a Dumb Villain
Fantasy(!Hak Milik Gambar Depan sepenuhnya milik icayenne!Dan beberapa gambar di dalam novel ini hanya sekadar memudahkan imajinasi pembaca.Mohon dimaklum.Saya hanya pinjam gambar tersebut!) Berkisah tentang seorang pembaca novel yang mati dan masuk ke dal...