Bab 18:Perubahan

17 5 0
                                    

Kerajaan Xaiverion,

Seorang gadis membaca surat khabar dan di sampingnya ada seorang pelayan yang sedia melayaninya ketika diperlukan.Dia mengangkat cawan dan menghirup teh dengan anggun.

Tok!Tok!

"Siapa?"Tanya gadis itu.

"Ini saya,Ezra.Tuan puteri."Kata orang di balik pintu.

"Masuklah."Kata gadis itu dan menutup surat khabar dan menyerahkannya kepada pelayannya.Pintu dibuka dan seorang wanita berpakaian tentera masuk dan menundukkan kepalanya.Ketika diberi isyarat,Ezra bangun.

"Jadi,kenapa anda datang ke sini?"Tanya gadis yang bergelar puteri itu.

"Saya mendapat pesan dari Frejya,dia menemukan markas Dark Divine di kerajaan Kronum dan memastikan salah satu ketua Dark Divine,Porato telah dikalahkan."Kata Ezra.

"Dark Divine?Aku tertanya di mana markasnya,tetapi Frejya melakukan pengintaian dengan baik dan dia juga mengalahkan Porato.Bagus."Kata puteri dan tersenyum.

"Tapi bukan Frejya yang mengalahkannya,ia dilakukan oleh orang lain."Kata Ezra dan wajah puteri seketika menjadi masam.Dia terlihat memikirkan sesuatu dan kemudian bertanya.

"Siapa identiti orang yang mengalahkan Porato?"Tanya puteri.

"Nama lelaki itu ialah Jacom,saya sudah cuba mencari maklumat mengenainya,tetapi tiada orang yang bernama Jacom.Jadi saya ambil kesimpulan itu ialah nama palsu."Kata Ezra.

"Dengan kata lain,dia tidak sepnuhnya mempercayai Frejya.Padahal aku sangat yakin dengan kecantikan Frejya untuk meluluhkan hati lelaki tetapi nampaknya ada yang masih tidak terpikat."Kata puteri dengan wajah kecewa.

"Jadi,orang bernama Jacom ini,apa tujuannya?"Tanya puteri.

"Belum diketahui alasan dia melawan Dark Divine,tapi dia meminta Frejya mencari permata naga untuk pembuatan sut kesatria.Tapi Frejya mengatakan dia tidak menyembunyikan sesuatu."Kata Ezra dan puteri langsung terkejut.

"Permata naga?Apa itu?"Tanya puteri.

"Kami juga tidak tahu,tetapi Frejya sudah bergerak ke gunung Gurata untuk memenuhi janjinya pada lelaki misteri itu."Kata Ezra.

"Teruskan menyelidiki mengenai orang bernama Jacom itu.Saya mahu setiap informasi mengenainya.Dark Divine mungkin akan bergerak selepas kekalahan Porato,jadi jangan hilang fokus.."Arah puteri.Ezra yang mendengar itu segera bangun dan memberi tabik.

"Segera dilaksanakan."Kata Ezra dan keluar dari ruangan meninggalkan puteri dengan pelayannya.

"Tuan puteri Alice,mesyuarat akan bermula sebentar lagi."Kata pelayannya dan Alice terlihat menghela nafas.Alice Xaiverion,puteri ketiga dari 7 gadis dan 12 lelaki yang memiliki darah kerajaan rasmi.Ayahnya bukanlah keturunan bangsawan,tetapi petani dan itu membuat keluarga kerajaan yang lain memandang rendahnya.

"Aku sudah bosan dengan semua ini,mereka hanya berbincang mengenai pemilihan penerus takhta dan kenaikan pajak,yang mereka fikirkan,hanyalah harta dan kuasa."Kata Alice dengan marah.Dia mengeluarkan sebuah buku yang tertulis nama ayahnya,Leonardo Lumbrace.Dia membuka dan di sana tercatat beberapa informasi mengenai kesatria cahaya,Dark Divine dan beberapa kejadian yang akan berlaku.

"Saya tidak akan membiarkan kerajaan Xaiverion,runtuh,ayah.Saya akan mencari orang yang tepat untuk menjadi raja Xaiverion."Kata Alice dan mencium buku itu.Kemudian dia bangun dan pergi menuju ruang pertemuan keluarga bersama pelayannya.

Akademi kerajaan Kronum,

Aku hanya duduk dalam kelas dan tidur.Semua peristiwa yang berlaku kelmarin membuat aku merasa letih secara mental.Sut bayang sudah rosak dan saat ini sedang kuperbaiki.Aku bercadang menggunakan sut bayang untuk membuat sut baharu.Tapi perlu menunggu Frejya mengambil permata naga.

Markas Porato aku jadikan tempat persembunyian aku,tempat itu sesuai untuk membina sut dan jauh dari pandangan orang ramai.Aku memasang beberapa perangkap untuk berjaga-jaga jika ada orang pecah masuk.Untuk Porato,aku menjadikan dia bahan uji kaji untuk sut baru aku.Dia layak menerima seksaan selepas apa yang dia lakukan.

"Hei,kau okey?Aku dengar kau ambil cuti sakit,tapi aku tengok kau jadi lebih sakit je."Tanya Zack yang berada di depan aku dan seperti biasa,dua orang itu masih terus melekat dekat dengannya.

"Aku uruskan sesuatu,jadi beberapa kejadian besar sudah dihindarkan.Oh ya,aku nak bercakap dengan kau,sebagai sesama pembaca."Kata aku dan Zack terlihat faham dengan apa yang aku katakan.Selepas kelas,kami berjumpa.Dua orang itu ingin ikut,tetapi perlukan banyak masa untuk lepas dari mereka.

Aku mula menceritakan apa yang aku lakukan ketika cuti dan termasuk beberapa cerita tersembunyi yang sepatutnya tidak ada dalam novel Knight Hero.Zack mendengar dengan teliti,akhirnya dia terlihat seperti watak utama sesungguhnya.

"Jadi,aku sudah tak tahu apa yang akan terjadi di masa depan.Jadi aku nak kau berjaga-jaga dan kalau boleh,aku akan beri kedua gadis kau sut kesatria kerana Dark Divine mungkin akan serang pada bila-bila masa."Kata aku.

"Hm,baiklah.Jadi jalan cerita sudah berterabur.Aku jadi ingin jumpa gadis elf bernama Frejya tu,dia cantik?"Kata Zack dan aku memukul kepalanya dan kami kembali serius.

"Serangan teroris merupakan insiden penting kerana selepas diserang,akademi akan mengumumkan cuti panjang,tetapi ia tidak akan berlaku kerana aku sudah hentikannya serangan Dark Divine."Kata aku.

"Jadi,apa yang kau rancang,kau takkan takde rancangan?"Tanya Zack.

"Kumpulkan kelompok kita di lapangan,aku akan terangkan di sana."Kata aku dengan senyum sinis.Zack yang melihat aku terlihat meragukan aku.Apapun,setiap orang yang aku fikir boleh menjadi kekuatan aku,diperlukan.


Just a Dumb VillainWhere stories live. Discover now