Bab 61:Hutan Aneh

6 4 0
                                    

Kapal ditarik ke dalam pusaran dan tekanan air yang tinggi membuat kaca pecah dan beberapa bahagian kapal rosak.Yang lain menghilang tanpa jejak dan meninggalkan aku seorang diri dalam kapal.

Apa yang aku ingat hanyalah aku menahan nafas dan tenggelam.Tapi aku yakin kita di tengah laut.Tapi macam mana ada kat hutan pula ni!!Ketika bangun,aku melihat tumbuhan berwarna biru.

"Anehnya,ini kali pertama aku melihat tumbuhan macam ni.Well,di dunia ini banyak tumbuhan yang tidak pernah ada di dunia nyata,tapi ini kali pertama aku lihat tumbuhan berwarna biru dan sebanyak ini."Kata aku.Kapal Pegasus masih ada,namun sebahagian kecil kapal hancur,perlu beberapa hari untuk memperbaikinya.

"Red?"Panggil aku dan Red keluar dari tangan aku sambil menguap.Tentu saja dalam wujud rohnya.

"Huh?Kita di mana?"Tanya Red.Aku juga tertanya.

"Bagus,kau tidak hilang.Tapi tubuh fizik kau hilang,entah siapa yang curi."Kata aku dan Red terlihat benar-benar marah.

"Apa!Beraninya orang itu mencurinya!Tapi ke mana yang lain dan bukan ke kita di tengah laut?"Tanya Red.Bagaimana aku harus menjelaskannya.

"Hm,sihir Elf di sini sangat pekat."Pernyataan Red membuat aku terkejut.Elf?Maksudnya kita sudah dekat!Tapi semua menghilang begitu saja.Aku kena cari mereka dan teruskan pencarian bangsa elf.

"Apapun,aku akan tidur lagi,bangunkan aku ketika jumpa badan aku.Oh,benar dan satu lagi,kau tak perlu risau dengan sihir di sekitar sini kerana sihir aku lebih kuat,jadi kau takkan apa-apa."Kata Red dan masuk ke dalam tanda di tangan aku.

Sihir Red lebih kuat?Mungkin itu penyebab kenapa yang lain menghilang,mungkin semacam kekuatan sihir yang menghilangkan mereka.Nasib baik tubuh aku belum menunjukkan tanda-tanda melemah akibat penggunaan sihir berlebihan.

"Rasanya aku boleh gunakan sihir ringkas.Baiklah,ini boleh menjadi senjata aku."

Aku kemudian menyebarkan aura sihir ke sekitar untuk meningkatkan deria.Kemudian aku dapat merasakan kepakatan sihir yang kuat di arah kanan aku.Mungkin di sana ada makhluk hidup.Harapnya salah satu rakan aku.

Aku mula menjelajahi hutan biru itu dan aku dapat lihat bahawa setiap tumbuhan di sini tidak tumbuh secara semula jadi,ia ditanam kerana aku dapat lihat bekas dan alatan pertanian yang telah lama ditinggalkan.

Menelusuri lebih dalam,aku menemukan sebuah tempat yang aneh.Ada sebuah khemah di hutan ini yang pasti itu sangat ganjil.Aku masuk ke kawasan khemah dan melihat kayu api yang masih mengeluarkan asap.

"Hmm,ada orang pernah ke sini dan dia masih di sini."Kata aku dan tiba-tiba satu panah muncul dan aku membakarnya segera sebelum sempat mengenai aku.Namun kemudian tali muncul dari tanah dan perangkap muncul di bawah aku.

"Sial!"Itu terlalu tiba-tiba dan kaki aku terikat pada tali hingga badan aku terbalik.Untungnya aku dapat membakarnya dan jatuh.Kemudian muncul tiga sosok bayang yang keluar dan mengepung aku.

Salah satu dari mereka sangat pantas dan mengancam aku dengan tombak yang hampir mengenai leher aku.Tempat itu gelap dan perlahan-lahan aku dapat melihat sosok di depan aku.

"Arthur?!"Jerit aku seakan tidak percaya.

"Huh?Dia bukan Elf?"Kata Arthur yang memakai pakaian seperti orang pendalaman.Hanya bahagian kemaluan yang tertutup dan beberapa bahagian badan dilumuri dengan lumpur.Tubuhnya lebih gagah dari terakhir kali aku jumpa.

"Bukan Elf?Tapi dia boleh guna sihir."

"Kau tak nampak?Telinga dia macam kita!"

Aku menoleh ke kanan dan kiri dan itu ialah Willy dan Enard yang WTF!!Tubuh mereka yang sebelumnya kurus kini sangat berotot dan wajah mereka berubah!Apa mereka mengambil protein?

"Siapa dia?"Tanya Enard.Ah,dia tidak cam aku sebab aku masih dalam mode penyamaran.Baguslah.

"Mungkin dia terseret ke sini seperti kita?"Kata Willy.Mereka entah kenapa membuat gaya seperti binaragawan sehingga aku mahu muntah.Apa kerana hidup di hutan ini membuat mereka menjadi otak otot.

Berbeza dengan mereka Arthur yang kini sudah terlihat seperti watak utama Knight Hero dengan rambut yang sudah sedikit kemas walau terlihat serabut.Tapi kenapa dia melihat aku seperti itu?

Brrrr

"Aku lapar,jom makan."Kata Arthur dan pergi ke khemah.Hah,sikap laparnya masih ada.Kenapa dia tak boleh hilangkan sifat laparnya itu?

"Apa kau tak apa-apa?Bagaimana kau boleh ada kat sini?"Tanya Enard dan membantu aku untuk bangun.Nampaknya aku harus berlakon.

"Ah,nama saya Jacom dan saya dan kawan-kawan saya pergi ke tengah laut untuk mencari pulau misteri di tengah laut.Tapi kemudian kami bertemu kabus tebal dan pusaran air membuat kapal kami tenggelam."Jelas aku.

"Tapi kau beruntung kerana tak jatuh tepat di atas desa elf.Kami hampir terbunuh dan mereka sangat tidak menyukai manusia."Kata Willy.

"Apa?!Teman-teman saya!Bagaimana dengan mereka?"Tanya aku yang berpura-pura panik.

Pfft!

Huh?Apa itu tadi?Aku sempat mendengar suara tertawa.Itu dari Arthur yang sedang menyalakan api sambil menutup mulutnya agar tidak ketawa.Entah kenapa rasanya deja vu.

"Jangan risau,kita akan cari jalan lain.Elf itu akan kurung mereka beberapa hari sebelum diadili.Tapi kita perlu buat rancangan,apa kata kamu tenangkan diri dahulu."Kata Enard yang mempelawa aku.

Aku yang berpura-pura naif duduk di perapian.Willy dan Enard masuk ke dalam khemah dan mengeluarkan beberapa rempah yang sangat jaran aku lihat.Mereka memang mengatakan mahu mengkaji rempah di tempat yang jauh.Apa itu rempahnya?

"Bagaimana kalian boleh ada di sini?"Tanya aku.

"Kami tiba-tiba merasa mengantuk dan rasanya ditarik oleh sesuatu dan ketika bangun,kami ditangkap oleh elf.Untungnya,Arthur mencuri pisau dari mereka dan kami dapat larikan diri,tapi terkandas di hutan ini."Jelas Willy.Hm,Arthur sudah hebat sekarang,tak sia-sia aku paksa dia turunkan berat badan.

"Nah,ni sup rahsia kitorang.Cubalah."Pelawa Enard dan memberi aku semangku sup yang berwaran hijau.Terlihat mencurigakan,tapi aku menelannya dan apa yang mengejutkan,rasanya sangat sedap,rasa masam manis bercampur dengan baik dan rasanya meletup dalam lidah.

"Sedap."Kata aku jujur dan keduanya terlihat bangga.Nampaknya tidak sia-sia mereka mengembara.

Selepas itu,kami mengisi perut kami dengan sup dan beberapa daging kering.Itu sudah cukup untuk mengisi perut yang lapar.Enard dan Willy tertidur lelap sementara aku cuba untuk tidur di alam liar sekali lagi.Haih.

"Apa yang kau buat kat sini,Leon?"Suara Arthur membuat aku terkejut.


Just a Dumb VillainWhere stories live. Discover now