Aku memasuki bilik Porato dan melihat beberapa kertas berada di atas meja.Ia tertulis mengenai sihir transformasi binatang.Itu ialah sihir yang mampu mengubah kepribadian seseorang menjadi seekor binatang buas dan nampaknya Porato cuba menyelesaikan sihir ini agar pemakainya tidak hilang kendali.
Tapi aku menemukan sesuatu yang aneh di sini.Kajiannya mengarah ke penciptaan makhluk setengah manusia dan eksperimen itu sudah gagal beberapa kali.Eksperimen yang tidak manusiawi.Dia menculik bayi yang masih kecil dan menggantikan anggota badan mereka dengan haiwan.
"Bajingan!Tergamak dia melakukan itu kepada bayi yang tidak berdosa!"Kata aku dengan marah.Ini salah satu cerita yang tidak tertulis.Kejahatan Dark Divine sangat banyak.Pastinya ini salah satu kejahatan Dark Divine.
Aku terus membaca dan eksperimennya semakin tidak manusiawi,dia memasukkan sperma haiwan yang disihir dalam tubuh wanita muda dan gagal.Selepas itu,mereka cuba memasukkan sperma manusia ke dalam haiwan dan tetap gagal.Entah berapa korban yang gagal di eksperimen ini.
Selepas membaca semua kertas itu,aku merobeknya.Aku sudah tak sanggup baca kerana mereka menculik,menjadikan mereka bahan eksperimen dan buang mayat mereka ke laut.
Kemudian aku melihat langsir yang menutup sesuatu.Aku menghampirinya dan membuka kain dan betapa terkejutnya aku melihat tiga anak kecil dalam tabung.Setiap tabung tertulis nombor seperti A5,H4 dan G7.Seluruh tubuh mereka dipasang dengan batang besi.
Aku cuba mengetuk tabung itu dan mereka bereaksi dengan membuka mata mereka.Aku memandang mereka dan mata mereka sudah seperti mata ikan.
"Cepat!Bos kata kita kena pindahkan barang itu dan terus cabut.Eh?Siapa kau!!"Beberapa orang memasuki ruangan itu.Aku berpaling ke arah mereka dan mengambil pedang aku.
"Kalian datang untuk mengambil mereka?"Tanya aku dan menghalang mereka menghampiri tabung berisi anak kecil itu.Aku perlahan-lahan menghampiri mereka dengan pedangku.
"Si-siapa kau!"Mereka menghalakan tangan dan mula merapalkan mantera.Tapi aku lebih cepat dan memenggal kepala mereka.Darah berciciran di mana-mana.
"Argh!!"Aku melihat beberapa anggota Dark Divine mula melarikan diri.Ah,lagi sekali aku tak boleh kawal kemarahan aku.
"Kalian benar-benar layak untuk dibunuh,Dark Divine."Aku menggunakan dron dan menembak laser menembusi jantung mereka.Aku akan membunuh semua Dark Divine yang ada di sini.
Di luar bangunan,
"Arghh!!!"Jeritan memenuhi bangunan dan membuat Porato mendengar dari jauh.
"Apa itu?"Tanya Porato.
"Entah,seharusnya hanya ada satu penceroboh."Kata salah satu anak buah Porato.
"Pergi,aku tak nak hilang hasil eksperimen aku."Kata Porato dan semua anak buahnya memasuki bangunan dan meninggalkan Porato dengan penceroboh itu.
"Haa..haa...ternyata ada anggota Dark Divine di sekitar kota,di mana lelaki dengan sut kesatria itu?Aku fikir kalian tidak suka menggunakan teknologi?"Tanya gadis elf itu.
"Kesatria?Aku tak tahu apa yang kau cakap.Tapi aku akan menghabisi kau dan terus pergi dari sini."Kata Porato dan membuka bajunya.Seluruh tubuhnya dipenuhi tato dengan tulisan sihir.Dia menggigit jarinya dan menyapukan darah ke atas tato.
"Argh!"Porato menjerit dengan kuat dan bulu muali tumbuh di seluruh tubuhnya.Dia berubah menjadi serigala bertanduk.Itu ialah sihir transformasi manusia ke haiwan.
"Berbanggalah kerana aku menggunakan sihir ini kepada penceroboh macam kau."Kata Porato dalam wujud serigala.
"Hah!Aku nak tahu kau sanggup bunuh aku atau tak."Kata gadis elf dan menghalakan pedangnya.Porato dalam wujud serigala meyerang dengan cakarnya.Kelajuannya membuatkan tanah hancur tetapi gadis elf berjaya menepis serangan itu dengan pedangnya.
Kedua belah pihak saling memberi serangan dan kelajuan mereka membuatkan angin yang kuat.Percikan api antara cakar dan pedang terus muncul setiap kali mereka berbagi serangan.Bersamaan itu,hujan mulai turun.
Melihat setiap serangannya berjaya dihalang,Porato melompat ke belakang dan mengambil nafas.
"Tak sangka,kau boleh bertahan dari serangan aku.Kau ni bukan manusia,tetapi elf,kan?"Kata Porato.Identiti gadis elf yang terbongkar membuatkan dia melepaskan kain yang menutup wajahnya.
(Sekadar Contoh)
"Rambut perak,jadi kau dari bangsa elf agung.Aku dengar elf memiliki jangka hayat yang panjang kerana pohon suci yang dijaga mereka.Jadi maksudnya kau sudah tidak abadi bukan?"Kata Porato.
"Kau terlalu banyak menggongong untuk seekor anjing besar."Kata gadis elf itu dan berlari untuk menyerang Porato tetapi Porato tidak menhindar,dia menyerang tanah dan membuat tanah hancur.
"AWOOOO!!!"Porato melolong sehingga seluruh tempat itu bergetar.Si gadis elf yang hilang pijakan menutup telinganya kerana lolongan Porato yang kuat.Porato mengambil kesempatan itu untuk menyerang gadis elf.
Serangan itu membuatkan gadis elf terlempar ke pokok dan membuat pokok itu tumbang.Ketika gadis itu cuba bangun,Porato tidak memberinya peluang dengan terus memukul gadis elf.
"Hahaha!Macam mana!Rasakan amarah dari raja binatang!Hahaha!Huh?"Dia terus menyerang tanpa sedar yang dia serang itu ialah anak buahnya yang sudah mati.
"Di mana?Hah!?"Dia menoleh ke belakang dan melihat aku yang telah menyelamatkan gadis elf.Sut ini memiliki kecepatan yang tinggi dan ketika gadis elf terlempar,aku menangkapnya dan menukarkan dia dengan anak buah Porato yang aku bunuh.
"Siapa kau?Kau bersama gadis elf itu?"Tanya Porato.Aku tidak menjawab dan bertanya.
"Kenapa kau melakukan itu kepada ketiga anak kecil itu?"Tanya aku.
"Barang itu?Hah,hahahaha!Bukankah sudah jelas?Aku ingin membangkitkan bangsa setengah binatang yang sudah musnah disebabkan oleh manusia 500 tahun lalu!Mereka ialah hasil eksperimen yang akan menjadi penerus bangsa setengah manusia dan aku akan menguasai dunia sebagai raja binatang!Hah?"Dia terus melamun tanpa sedar aku sudah memotong tagan kanannya.
"Begitu,jadi aku tak perlu alasan lain untuk tidak membunuh kau."Kata aku dan membersihkan pedang aku dari darah binatang tu.Merasa terancam,dia melompat ke belakang dan sekali lagi aku lebih cepat dari dia dan muncul di belakangnya.Tetapi deria binatangnya merasakan aku dan dia melompat ke atas bangunan.
"Apa!Aku tak tahu ada sut yang boleh selaju itu!"Kata Porato.
"Sekarang kau tahu,jadi,matilah."Aku menghalakan pedang aku dan menembakkan laser ke arah Porato.
YOU ARE READING
Just a Dumb Villain
Fantasy(!Hak Milik Gambar Depan sepenuhnya milik icayenne!Dan beberapa gambar di dalam novel ini hanya sekadar memudahkan imajinasi pembaca.Mohon dimaklum.Saya hanya pinjam gambar tersebut!) Berkisah tentang seorang pembaca novel yang mati dan masuk ke dal...