Aku terdiam dan merenung cicak terbang yang mengaku dirinya naga.Dia terbang dalam keadaan berbaring dengan tangan mendagu.Kepalanya besar dan perutnya buncit seperti patung.Aku cuba menyentuhnya dan tangan aku tembus.
"Haha,imajinasi je."Kata aku dan berjalan pergi.Aku mengabaikan naga kecil itu dan mahu menempah kenderaan untuk kembali ke kerajaan Kronum.Oman akan membantu aku untuk kembali dengan kuasa dia.
"Hoho,beraninya kau mengabaikan aku?Aku nak tengok sampai bila kau macam tu.Biar aku nyayi sikit.Ehem,ehem."Naga kecil itu mula bernyayi dan nyayiannya sangat teruk.Itu imajinasi,hanya bayangan kerana letih.
Aku menaiki kapal yang akan kembali ke kerajaan Kronum.Katanya perkara ini akan dibincangkan dengan kerajaan Kronum.Aku memberitahu untuk menyembunyikan identiti dan biarkan Zack mengurus semuanya.Oman menyetujui itu dan dapat dipastikan aku sudah terlepas dari semua ini.
Oman ingin membalas jasa aku dengan menyediakan bilik untuk berehat.Tapi aku menolak dan mahu terus pulang.Aku tidak selesa tidur di tempat baru.Jadi aku minta untuk langsung dipulangkan.Oleh itu Oman menempah kapal persendirian untuk aku pulang.
"Wah!Manusia sudah berkembang.Bagaimana besi buruk ini boleh terbang?Guna sihir apa?"Tanya naga kecil itu dan mengintai keluar tingkap kapal.Dia sempat lagi menjilat tingkap itu.Saat ini hanya aku sendiri di ruang ini.
"Serius,kau ni bukan imajinasi je ke?"Tanya aku.
"Haha,akhirnya kau nak bercakap.Aku dah tengok macam mana kau menggunakan permata aku dan aku kagum.Setiap manusia yang menggunakan kekuatan aku akan hancur,tapi bagaimana kau tak mati dan masih hidup?"Tanya naga kecil itu.Permata?Apa itu permata naga.Jadi,identiti naga kecil ini ialah Red King Dragon!?
"Tunggu,kau ni Red King Dragon?Naga terkuat di dunia?"Tanya aku dan dia membanggakan diri dengan mengangkat dadanya.
"Siapa lagi kalau bukan aku?Tapi jangan panggil aku Red King Dragon,itu panggilan yang dibuat manusia dan terlalu panjang."Kata naga itu.
"Jadi,aku nak panggil kau apa?"Tanya aku.
"Kenapa kau tak bagi aku nama?Naga tidak memiliki nama dan aku sangat berterima kasih kalau kau memberi aku nama."Kata naga itu.Nama....apa yang mudah dan ada kaitan dengan naga kecil ini?
"Aku terfikir Red.Sebab warna badan kau merah dan panggilan kau Red King Dragon.Macam mana?"Tanya aku dan dia terlihat memikirkan sesuatu.
"Red....Baiklah,aku menyukainya."Katanya dan di dadanya muncul semacam tanda api yang bersinar.Tangan aku juga mula merasa panas dan ketika dilihat,tangan kanan aku ada tanda yang sama dengan tanda di dada Red.
"Apa ni?"Tanya aku.
"Rasanya ini yang dinamakan kontrak antara naga dan manusia.Ini kali pertama aku melakukannya.Tak sangka masih boleh dilakukan walaupun aku dah mati."Kata Red dan suaranya sedikit berubah.Sebelumnya suaranya dalam dan kasar tapi kini suaranya menjadi kecil.
"Haa,kontrak?Jadi apa manfaat aku buat kontrak dengan kau?"Tanya aku sambil melihat tanda di tangan kanan aku.
"Dari apa yang aku dengar,setiap manusia yang membuat kontrak dengan kami,para naga dapat meminjam kekuatan kami.Cuba kau bayangkan sesuatu."Kata Red.Disebabkan Red ialah naga api,aku memikirkan akan ada api di tangan aku.
Kemudian tangan aku mengeluarkan semburan api dan membakar kain meja berhampiran.Aku dengan panik mahu memadamkannya dan ketika aku memerintahkannya untuk padam,api itu seperti menuruti aku dan terpadam sendiri.
Tok!Tok!
"Tuan?Saya mendengar bunyi bising,apa anda ada masalah?"Tanya pengawal kapal.
"Tak,aku tidak ada masalah.Terima kasih."Kata aku dan pengawal kapal meninggalkan aku.Fiuh,hampir saja tertangkap.
"Hoho,nampaknya kau boleh mengendalikan api semau kau.Aku yakin saat ini kau kalis api."Kata Red.Jadi,aku macam boleh guna sihir api la.Ini bagus,aku ada rancangan untuk membentuk kumpulan rahsia.Jadi,aku perlu membuat identiti baru.Tidak lama kemudian,tubuh Red kelihatan kabur.
"Eh?Kenapa tubuh kau tu?"Tanya aku.
"Hm?Ah,ini.Aku menggunakan banyak tenaga untuk membentuk wujud ini.Tenaga aku dah habis.Aku boleh rasuk sarung tangan kau,tapi aku pula yang tak boleh bercakap."Kata Red.Jadi dia boleh merasuk alat pencetus sut kesatria naga,aku kena ubah bentuk alat pencetusnya.
"Baiklah,nanti aku panggil kau.Aku akan buat badan untuk kau."Kata aku.
"Baiklah,terima kasih.Jumpa lagi nanti."Kata Red dan menghilang.Nampaknya aku dapat bantuan dari naga.Siapa yang akan percaya semua benda ni?
YOU ARE READING
Just a Dumb Villain
Fantasy(!Hak Milik Gambar Depan sepenuhnya milik icayenne!Dan beberapa gambar di dalam novel ini hanya sekadar memudahkan imajinasi pembaca.Mohon dimaklum.Saya hanya pinjam gambar tersebut!) Berkisah tentang seorang pembaca novel yang mati dan masuk ke dal...