Bab 22:Puteri Xaiverion

20 3 0
                                    

Diana menunjuk ke luar yang bermaksud dia mahu berbicara di luar.Aku menelan air liur aku,pandangan matanya berubah.Seketika dia terlihat menakutkan dan cantik dalam masa yang sama.Aku tak boleh baca orang seperti dia.

Aku diam-diam keluar dan mereka berdua sibuk melihat pertandingan.Aku keluar dan Diana melepaskan cincin yang dipakainya.Itu ialah cincin yang sama digunakan oleh aku untuk menutup aura aku supaya tak terlihat.Kini aku dapat rasa aura keluarga kerajaan dari dia.

Kini aku dapat rasa aura keluarga kerajaan dari dia

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

(Sekadar Contoh)

"Saya terkejut Tuan Leon sanggup mengintip gadis lemah seperti saya.Saya sangat ketakutan."Kata Diana dengan buat muka lembut.Jangan fikir kau boleh manipulasi aku dengan kata-kata dan wajah cantik kau.

"Kau sendiri sudah tahu,kan?Katakan tujuan kau."Kata aku dengan mata tajam.Tapi itu tidak membuat gadis ini takut.Dia hanya tersenyum dan itu membuat aku semakin tak boleh baca dia.

"Pertama,izinkan saya memperkenalkan diri secara rasmi.Nama saya Alice Xaiverion,puteri ketiga kerajaan Xaiverion."Jadi nama dia Alice,bukan watak yang ada dalam cerita utama.Jadi dia terlahir dari cerita tersembunyi.

"Aku malas nak perkenalkan diri lagi,terus ke perbicaraan,tujuan kerajaan Xaiverion berkerjasama dengan kerajaan Kronum."Kata aku.

"Hahaha,daripada Tuan Leon,kamu lebih sesuai jadi Tuan Serius.Kelakar bukan nama itu?"Kata Alice dengan tawanya.Tetapi aku hanya balas dengan tatapan tajam dan dia segera berhenti gelak.

"Baiklah,alasan kerajaan Xaiverion bekerjasama dengan kerajaan Kronum ialah kerana saya."Kata Alice.Aku masih menunggu kelanjutannya.

"Saya memiliki sedikit pengaruh yang membuatkan saya boleh memaksa abang dan kakak saya untuk menekan ego mereka.Jadi,saya boleh menggabungkan kerajaan Xaiverion dengan Kronum.Bukankah sudah saatnya kita bersatu dan melupakan masa lalu?"Kata Alice.Tapi aku tak percaya ada seseorang sebaik itu dalam dunia ini,apalagi orang seperti dia.

"Jangan fikir kau boleh tipu aku."Kata aku dan wajah puteri menjadi masam.Dia terlihat marah dengan menyembunyikannya dengan wajah senyum.

"Saya ada alasan saya dan percayalah,saya tidak berniat jahat untuk membuat perang antara kerajaan.Apapun,jom masuk.Rasanya pertandingan sudah mahu habis.Tolong jangan beritahu identiti saya kepada kedua rakan kalian,boleh?"Tanya Alice.

"Kalau aku beritahu?"Aku cuba mengancamnya,tetapi dia melangkah laju ke arah aku dan wajah kami sangat dekat.Dia kemudian berbisik di telinga aku.

"Jika kamu berbuat begitu.....aku akan membunuh kamu.Hehe."Bisik dia dan tersenyum,lalu pergi begitu saja.Seram,dia ialah gadis yang paling menakutkan yang pernah aku jumpa.Kepala aku jadi pening.

Kami kembali masuk dan pertandingan dimenangi oleh Zack.Kini tiba giliran Elizabeth dan Zuliana.Elizabeth melihat ke belakang dan melihat wajah pucat aku.

"Kau ni dah kenapa pula?"Tanya dia.

"Aku rasa tak boleh bertanding hari ni.Aku tarik diri..."Kata aku.Berjumpa dengan gadis gila seperti Alice membuat aku trauma.

"Saya juga,rasanya saya tidak ada persiapan untuk bertanding."Kata Alice yang masih berpura-pura sebagai Diana.Dia sempat melirik ke arah aku dan aku cepat-cepat berpaling.Dia boleh bagi aku mimpi ngeri.

Pada akhirnya,Elizabeth kalah dan membuatkan pertandingan seri.Kami menyudahi pertemuan itu dengan berbual-bual.Tetapi hanya aku yang diam.Nampaknya Alice terus melihat aku dengan mata tajamnya.Kenapalah aku cari pasal dengan gadis gila ni.

"Ini satu pertemuan yang menarik.Saya tidak sabar menunggu acara tahunan berlangsung."

"Ya,ayuh kita bertanding dengan adil.Saya tak sabar untuk bertemu kalian lagi."Kata Zack dan merek berjabat tangan.Begitu juga Elizabeth dan Zuliana.Kini tinggal aku dengan Diana atau Alice.Dia menghulurkan tangan,tetapi aku ragu-ragu untuk berjabat tangan.Tiba-tiba dia menarik tangan aku dan menarik aku sehingga dia dapat berbisik di telinga aku.

"Saya sangat tertarik dengan kamu sekarang."Bisik dia dan wajah aku menjadi pucat.Ya tuhan,jika ini balasan atas kejahatan aku entah itu kecil atau besar.Tolong ampuni aku.Tolong jauhkan iblis ini dari aku!

Ketika aku sudah bergetar ketakutan,yang lain hanya terkejut dan hanya melihat.Selepas itu mereka pergi menggunakan kapal terbang untuk kembali ke akademi mereka.Ketika Alice melambai ke arahku,aku berpaling dengan wajah pucat.

"Fuh,sejak bila kau pandai pikat orang ni?Eh,asal muka kau putih macam mayat?"Tanya Zack.Aku tidak bersuara.Nak marah pun dah tak larat.Aku akan pulihkan mental aku dengan teh madu di bilik aku.

Di kapal akademi Xaiverion,

"Saya betul-betul terkejut anda melakukan itu."Kata Zuliana yang masih tidak boleh lupakan peristiwa yang baru saja berlaku.

"Apa anda ingin menggunakan Leon Moriet untuk rancangan anda?"Tanya Luke.Alice melihat ke luar cermin kapal.Dia hanya tersenyum melihat matahari terbenam.

"Beta hanya merasa,dia comel ketika dijahili."Kata Alice dan masing-masing Luke dan Zuliana saling berpandangan dan tidak faham dengan tindakan puteri mereka.

"Ahh,tak sabarnya menunggu acara tahunan."Kata Alice.


Just a Dumb VillainWhere stories live. Discover now