Bab 37:Dikepung

11 4 0
                                    

"Lama betul proses naik taraf sut ni."Kata Reina.

"Betul,aku tak sabar nak balik tempat kita nanti.Oh ya,kau nak cuba pergi kolam air panas?Aku boleh tempah bilik untuk kita bertiga."Kata Elizabeth.

"Nak,nak!Aku tak pernah rasa mandi kolam air panas.Mesti seronok kalau pergi sama-sama.Aku perlukan rehat lepas semua ni."Kata Reina.

""Kau nak ikut tak?Oracle.""Tanya Reina dan Elizabeth yang bermain dengan Oracle seperti anak patung.Oracle hanya tersenyum seperti menerima kenyataan dia seperti itu.

[Itu jika tuan baru saya mengizinkan,saya gembira untuk ikut.]Kata Oracle dan dipeluk oleh Reina dan Elizabeth.Tapi tiba-tiba Oravle terbang dan ada tanda '!' di wajahnya.

[Seseorang menghampiri ke sini dalam kelajuan tinggi.Sistem pertahanan kecemasan diaktifkan]Kata Oracle dan membunyikan penggera kecemasan.Cahaya di sana berubah menjadi merah dan tempat itu ditutup.

"Oracle!Apa yang terjadi!?"Tanya Elizabeth,tapi Oracle hanya diam dan terus terapung di udara.

Di luar Temple of Light,

Oman terus berlari ke arah sumber cahaya itu dan langkahnya terhenti selepas menyaksikan Temple of Light.Permandangan yang tidak pernah dia terbayang akan menyaksikan tempat seperti itu di tengah hutan.

"Bagaimana tempat seperti ini ada di sini?Lupakan,aku kena hantar lokasi."Kata Oman.Namun tindakannya terhentikan oleh robot-robot terbang yang menyerangnya dari jauh.Dia menghindar serangan itu.

"Robot penjaga?Jadi tempat ini masih berfungsi?Apa jangan-jangan ada orang membuat sut tanpa kebenaran kerajaan?"Teka Oman.Dia mengeluarkan pedangnya.

"Aktifkan mod klon!"Jerit Oman dan muncul beberapa klon bayang yang sama seperti Oman.Setia klon berlari dan apabila berjaya ditembak,klon akan menghilang dan klon baru dihasilkan untuk menyukarkan penglihatan musuh.

"Hiah!Kalian ditahan kerana mencipta robot tanpa kebenaran,menyerahlah!"Kata Oman dan menghancurkan setiap robot yang menyerang.Tapi dia tidak sedar sedang diperhatikan oleh seseorang dari kejauhan.

"Ho...jadi ada orang selain kita yang menemukan tempat ini."Kata lelaki botak dengan tato mata di atas kepalanya.Di belakangnya ada beberapa orang berjubah yang menunggu perintah.Salah satu bawahannya cuba membunuh Oman dari jauh ketika dia sibuk mengurus robot yang menyerangnya,,tapi dihalang oleh lelaki itu.

"Tunggu,kita boleh gunakan dia.Hehe."Kata lelaki itu dan terus mengawasi Oman.Tato matanya berubah menjadi merah dan merenung Oman.

Di tempat Leon,

"Baiklah,di mana aku harus mula.Apa yang kau perlu tahu ialah dunia ini sudah mengalami pengulangan berkali-kali."Kata Kailan.Pengulangan?Aku baru dengar tentang itu.

"Aku mula mengkaji asal-usul Dark Lord dan aku menemui yang "benda" itu tidak pernah wujud dalam dunia ini.Ia ialah entitas yang mampu mengawal ruang dan waktu dan matlamatnya sangat tidak jelas.Apa?Muncul dan mahu menghancurkan dunia tanpa sebab?Itu tak masuk akal."Kata Kailan.Dalam Knight Hero sendiri tidak mengatakan asal-usul Dark Lord.Ia hanya diceritakan sebagai musuh kesatria cahaya.

"Aku terus mengkaji dan aku mula menemukan yang namanya readers,orang yang mengatakan mereka ialah pembaca dunia ini.Aku terkejut mereka mengetahui tentang sut kesatria cahaya yang aku buat secara rahsia.Aku bertanya bagaimana mereka mengetahuinya dan mereka mengatakan dunia ini hanyalah penulisan di dunia asli mereka.Terdengar tidak masuk akal,kan?"Kata Kailan.Aku terkejut.Jadi 500 tahun lalu ada juga pembaca seperti aku dan Zack.Jadi,pembaca bukan saja boleh muncul di latar waktu Arthur,tapi 500 tahun lalu.

"Aku terus mencari kebenaran yang mengarahkan aku ke kelompok misteri yang dikatakan hanya mitos,Dark Divine.Alasan mereka belum diketahui,tapi aku tahu sebab kewujudan Dark Lord ialah mereka."Itu benar,Dark Divine ialah penyembah Dark Lord yang mereka percaya sebagai sumber kekuatan sihir mereka.

"Kembali kepada topik,dunia ini mengalami pengulangan disebabkan Dark Lord yang mempunyai kekuatan ruang dan waktu.Aku bertemu lagi dengan semua readers yang aku jumpa dan mereka mengatakan ada berbagai benda yang aneh seperti seharusnya semua elf pupus,tapi masih ada yang terselamat.Menggabungkan saksi mereka dan kekuatan Dark Lord,aku membuat satu teori liar.Dark Lord telah mengulangi dunia berkali-kali sehingga muncul beberapa kemungkinan yang mengubah dunia yang seharusnya begini menjadi begitu."Kata Kailan.

Aku faham!Itulah sebabnya muncul cerita tersembunyi,ia diakibatkan pengulangan yang membuka kemungkinan yang lain.Tapi apa tujuan Dark Lord untuk mengulangi dunia ini?

"Kau pasti tertanya apa tujuan Dark Lord yang mengulangi dunia ini berkali-kali.Itu kerana...Bzbs-!"Hologram Kailan terjadi statik.Kenapa pulak ni.

"Ah,nampaknya masa dah habis."Kata Kailan dan cahaya hologram mulai malap.Tak guna!Kenapa di waktu seperti ini!

"Hei,beritahu tujuan Dark Lord!"Jerit aku.

"Haha!Aku tak banyak masa,budak.Tapi kunci untuk menghalang tujuan Dark Lord ialah,jangan biarkan ending terjadi-"Kata Kailan dan hologram terpadam.Semua maklumat mengenai Kailan ikut lenyap seperti sistem yang sudah dibuat.

"Ending?Apa maksud dia?"Aku ditinggalkan beribu pertanyaan.Tentu saja aku tak mahu semuanya berakhir!Tapi bagaimana caranya!

Aku memukul dinding dan dikejutkan dengan fakta bahawa dunia ini mengalami pengulangan berkali-kali sehingga muncul beberapa jalan cerita yang tak sepatutnya ada.Dengan begitu,bukankah sia-sia aku membaca Knight Hero?

"AHHH!Kenapa semuanya jadi berterabur!Yang aku nak cuma bertahan hidup saja!"Aku memukul-mukul dinding sehingga tangan aku berdarah.Entah aku akan mati lagi ataupun sebaliknya.Apa dunia akan mengulang sekali lagi?Apa yang akan terjadi kepada aku!!?

Aku menghentikan pukulan aku.Apapun itu,aku harus tenang.Aku kena cari ending yang dimaksudkan Kailan dan halangnya dari terjadi.Oleh itu,aku kena guna cara baru.Aku tak boleh bergerak sendiri.

"Ah,biarlah.Aku kena tenangkan diri.Lepas semua kejadian gila ni,aku akan bersantai kat rumah dan tidur sampai puas."Kata aku dan kembali ke ruangan sebelumnya.Tapi ketika sampai,aku malah menyaksikan sesuatu yang aku tak harapkan.



Just a Dumb VillainWhere stories live. Discover now