Aku menunggu bersama Willy di tempat yang sama kami membuat rancangan.Namun dari tadi aku merasa tidak sedap hati.Apa yang salah?Seharusnya rancangannya akan berjalan lancar,namun kenapa rasanya ada sesuatu yang tertinggal?
"Ah,itu mereka!"Kata Willy dan aku melihat Arthur dan yang lain berlari ke arah kami.Mereka tidak kelihatan diikuti,baguslah,itu cuma perasaan aku.
"Ah!Abang Jacom!"Lily terus melompat gembira ketika bertemu aku.Oboi dan Fai juga kelihatan tidak terluka.
"Dah,jom pergi."Kata Arthur,memang kita harus segera pergi sebelum disedari oleh elf yang lain.Maaf Frejya,namun bangsamu sudah hilang kewarasan mereka.Mereka ingin membunuh kamu.
"Tunggu,apa kau tidak menemukan robot berbentuk naga ataupun permata merah?"Tanya aku dan Arthur tidak tahu.
"Oboi?"
Oboi menggelengkan kepalanya,padahal aku fikir tubuh Red ada bersama mereka.Tunggu,bagaimana jika Dark Elf itu yang mengambilnya.Bagaimana mereka tahu kegunaan dari Permata Naga?Seharusnya hanya aku yang tahu tentang itu.Apa ada hubungannya dengan raja mereka,Arazel?
Ketika aku sibuk berfikir,yang lain melihat ke arah Frejya.Kenapa?Apa dia sudah bangun?Benar saja,aku melihat Frejya membuka matanya.Namun dia terlihat berbeza.Wajahnya kosong.
"Yey!Kak Frejya bangun!"Lily melompat gembira dan berlari untuk memeluk Frejya sehinggalah semua orang terkejut.
Lily yang berlari ke arah Frejya menendang Lily sehingga terlempar ke pokok dan tidak sedarkan diri.Apa yang berlaku!?
Frejya tidak berhenti di situ,dia kemudian menyerang Fai dengan memukulnya berkali-kali.Fai yang tidak sempat mempertahankan dirinya hanya terkena serangan bertubi-tubi itu.
"Tak guna!"
"Serang!"
Willy dan Enard menyerang Frejya.Namun tidak berguna,kelincahan Frejya menandingi kekuatan Willy dan Enard.Keduanya langsung ditumbangkan.Dia tidak segan-segan menyerang kemaluan keduanya.Kenapa kau begitu tidak tahu malunya,Frejya!
"Hei,apa benar dia rakan kau?"Tanya Arthur yang dalam posisi untuk melawan.Aku mengangguk.
"Tapi ada sesuatu yang tidak kena dengan Frejya.Mustahil dia akan melakukan semua ini."
Frejya kemudian berlari ke arah kami,Arthur maju berdapan dengan Frejya.Dia menghindar tendangan Frejya dan memukul pahanya sehingga Frejya kehilangan keseimbangan.
Arthur ingin membuat Frejya pengsan,namun Frejya lebih dahulu bergerak dan menghentamkan kepala Arthur ke tanah sehingga Arthur tidak sedarkan diri.
"Hahahahaha,ternyata begitu bodohnya kamu masuk ke perangkapku!"Suatu suara dari atas bergema dan ketika aku melihat ke langit,itu Belion yang memerhatikan kami.Dia membawa tongkat yang di atasnya ada Permata Naga.
"Apa yang kau buat dengan Frejya?"Tanya aku dan mengumpulkan Mana di tangan.Jika dia mendekat,aku akan langsung membakarnya.
"Tiada apa.Hanya memerangkap fikirannya.Dengan itu dia akan mendengarkan segala perintah aku."Kata Belion dan memukul Frejya.Namun Frejya langsung tidak bereaksi.
"Tongkat kau itu...."
"Ah,ini pada awalnya mahu aku buang.Namun ternyata raja kami mengetahui tentang ini dan tak aku sangka kekuatan sihirnya sangat kuat.Dengan ini,aku dapat menggunakan sihir dengan lebih baik."Kata Belion.
"AHHHH!!"
Tiba-tiba saja Oboi datang dengan ranting kayu untuk menyerang Belion.Namun hanya dengan kekuatan sihir dari tongkat itu,Oboi langsung dilemparkan menjauhi Belion.
"Dasar manusia hina,kalian yang membawa kami kepada kemusnahan.Aku akan langsung membunuh kalian di sini."Kata Belion dan menggunakan Permata Naga,dia membuat pisau sihir dan mengarahkan ia kepada aku dan Oboi.
"Matilah."Kata Belion dan pisau itu terbang laju mengarah kepada kami.Aku ingin menggunakan sihir api untuk membakar pisau itu dari jauh.Sehinggalah.
Kaw!
Aku melihat ke atas dan itu seekor gagak yang terbang dengan laju.Tubuhnya sedikit demi sedikit membesar dan jatuh ke hadapan kami.Ia cukup kuat sehingga debu di tanah terbang menutupi pandangan.
"Uhuk!Uhuk!"
Debu di hadapan kami mulai hilang dan aku melihat sosok seorang lelaki bersayap hitam di hadapan kami.Pisau sihir dihadang menggunakan sayapnya dan setiap darinya ditangkis menggunakan angin.
"Siapa kau!!"Jerit Belion dan menggunakan pisau sihir untuk menyerang sekali lagi.
Tidak menjawab,lelaki itu mengangkat aku dan Oboi lalu terbang pergi begitu saja.Belion terus menyerang kami dengan pisau terbang.Aku kecewa,memang itu saja ke yang dia ada?
"Kawa?"Oboi yang bangun melihat sosok itu sebagai Kawa.Benar juga,Kawa ialah seekor gagak.Tapi bukan gagak biasa.
"Siapa kau sebenarnya?"Tanya aku dan Kawa terdiam dan aku hanya membiarkannya.
Dia menerbangkan kami sehingga tiba di sebuah gua.Dia menurunkan aku dengan kasar sementara itu,Oboi dia menurunkan dengan lembut.Sangat dermawan.
"Tuan,kita harus keluar dari sini segera."Kata Kawa kepada Oboi.Dia menarik tangan Oboi untuk pergi dari sini.
"Saya telah menemui titik lemah untuk menembusi penghalang tempat ini,jika cepat,kita dapat melarikan diri."Katanya sekali lagi.Oboi yang bingung melepaskan tangannya dari Kawa.
"Kawa.....siapa kau?"Tanya Oboi.Ya,aku juga inginkan penjelasan.Terutamanya kenapa tak turunkan aku dengan normal?
"Kita tiada masa untuk itu,keselamatan anda lebih utama."Kata Kawa.
"Tidak!Ini lebih penting!Kita dah bersama sejak ibu dan ayah meninggal,kenapa kau tak beritahu aku?"Jeritan Oboi membuat suasana sunyi.Wow,dah macam filem,ada bertih jagung,tak?
Kawa terdiam dan menarik nafas.
"Itu....arahan ayah anda.Dia hanya mahu anda selamat."Kata Kawa.
"Bukankah kita kawan?Siapa kau sebenarnya?"Tanya Oboi.
"Saya....diarahkan untuk tidak menjawab soalan itu."Kata Kawa dengan wajah kecewa.Oboi kelihatan sangat sedih dan kemudian berlari ke dalam hutan.Kawa yang mahu mengejarnya dihalang oleh aku.
"Kau hanya memburukkan keadaan dengan mengejar dia,dia cuma budak."Kata aku dan Kawa hanya mengeluh dan mengubah dirinya menjadi gagak.Aku ingin mengatakan bagaimana tranforasi itu,namun ia datang sekali dengan debu berterbangan sehingga sukar untuk aku melihat dengan jelas.Dia kemudian terbang,rasanya ingin memantau Oboi dari jauh.
"Wuoaahhh!!Dah jumpa badan aku?"Tanya Red yang keluar sambil menguap.
"Belum,aku nak tanya sesuatu tentang permata naga tu."Kata aku dan Red membuka matanya dengan lebar.Aku takkan biarkan Belion mencapai tujuan dia,selepas dia mencuri dari aku.
YOU ARE READING
Just a Dumb Villain
פנטזיה(!Hak Milik Gambar Depan sepenuhnya milik icayenne!Dan beberapa gambar di dalam novel ini hanya sekadar memudahkan imajinasi pembaca.Mohon dimaklum.Saya hanya pinjam gambar tersebut!) Berkisah tentang seorang pembaca novel yang mati dan masuk ke dal...