Bab 40:Pahlawan

11 5 0
                                    

Zack melihat tangnnya yang berlumuran darah.Dia menarik nafas dan melihat langit.Air hujan mula jatuh dan membasahi sut kesatria petir.Dia sekarang tahu,tanggungjawab dari pengguna sut ini.

POV Leon

"Apa pulak dia buat tenung langit tu?"Kata aku yang melihat akhir dari pertarungan Zack dengan Qorus.Lelaki botak itu memang penyihir yang menakutkan.Dalam novel juga dia buat Arthur kesusahan seperti yang dialami Zack.

""Zack!""Reina dan Elizabeth turun dan berlari untuk memeluk Zack.Oracle melepaskan sut kesatria petir dan melihat mereka berpelukan.Aku di sana hanya jadi penonton bersama Oracle.

"Dah dah,nak muntah aku tengok.Kau lupa sesuatu?Semua orang tu."Kata aku dan menunjuk ke arah orang yang dikendalikan Qorus.Tiba-tiba,tempat itu bergegar dan air mula naik.

"Oracle,apa yang terjadi!"Tanya aku dan Oracle menjawab.

[Tuan saya memprogramkan agar seluruh tempat ini akan hancur apabila dibuka kembali.Jangan risau,saya kalis air]Kata Oracle.

"Masalahnya kami yang boleh lemas!Cepat!Angkat yang belum sedarkan diri sebelum air tasik ini naik lebih tinggi!"Arah aku dan kami dengan cepat mengangkat tubuh orang-orang di sana kecuali Qorus yang mati.

.

.

.

"Urgh..apa yang berlaku?"Sut hitam itu mula bangun beserta orang lain.Kepalanya masih sakit akibat dikendalikan Qorus.Dia melihat kami,tapi aku langsung melangkah dan menendang kepalanya.

"Leon!?"Semua orang terkejut.Tapi aku hanya diam.

"Katakan,siapa kau dan kenapa kau ada bersama Qorus."Tanya aku.Dia mungkin musuh,jadi aku akan terus bunuh jika dia cuba melawan.

"Saya.....Oman Steelhart,ketua kesatria kerajaan Sirgion."Kata Oman yang masih memagang kepalanya yang pening.Jadi dia ketua kesatria,habis aku.Aku terus menumbuk dia sehingga dia pengsan lagi.

"Serius,apa kau nak ni,Leon!?"Tanya Zack.Diam.Kalau dia ingat aku menendang kepalanya,dia mungkin akan balas dendam.Aku cuma nak hilangkan ingatan dia tentang itu.

.

.

.

Oman kembali sedar untuk kali kedua.Hanya dia yang belum sedar atas sebab-seba yang tidak mahu dikatakan.Dia memegang kepala belakang yang terasa sakit.

"Argh...apa yang berlaku?Kenapa kepala saya terasa sakit?"Tanya Oman.

"Ahaha....pasti itu kerana minda kau dikendalikan."Kata aku dan mengelak pandangan dari Zack dan yang lain.Berhenti,jangan tengok aku atau dia akan ingat balik.

"Dikendalikan....benar.Saya bertemu dengan lelaki bertato mata di kepala,apa yang berlaku kepadanya?"Tanya Oman.

"Dia sudah kalahkan lelaki itu,dia pengguna sut kesatria petir,versi sempurna dari sut kesatria cahaya."Kata aku dan menunjuk ke arah Zack.

"Kamu...Tuan Zack?Kita pernah bertemu sebelumnya."Kata Oman.Jadi dia salah seorang dari tiga orang yang datang ke akademi Kronum.

"Ya,maafkan saya.Saya cuma cemas kerana sut ini akan diambil dari saya.Jadi saya pecah masuk kerajaan Sirgion untuk mencari peninggalan sut kesatria cahaya."Kata Zack.Dia mua menceritakan semua kejadian yang berlaku dari awal kami sampai ke sini sehingga sekarang.Ditambah saksi mangsa lain,Oman yang mendengar itu langsung faham.

"Maafkan saya,disebabkan kelalaian saya,kalian diperlakukan sebagai orang dikehendaki."Kata Oman dan menundukkan wajahnya.

"Ah,tidak.Saya yang seharusnya minta maaf.Anda pasti lebih lelah dari saya."Kata Zack.Aku atau dia mula terbiasa jadi watak utama?Cara dia cakap penuh keyakinan tak seperti sebelum ini.Perkembangan yang bagus.

"Sekali lagi,saya ingin minta maaf dan berterima kasih.Jika bukan kerana anda,mungkin saya akan terus dikendalikan orang itu.Izinkan saya menjemput anda ke istana,saya akan cuba yakinkan raja untuk biarkan anda memiliki sut itu."Kata Oman.Itu terdengar bagus,jika kita boleh yakinkan raja kerajaan Sirgion,semua masalah akan selesai.

"Baiklah,saya akan jumpa raja."Kata Zack.

Kami dibawa ke istana kerajaan Sirgion dan langsung menghadap rajanya yang bernama Vince Sirgion,di sampingnya ada puteri Sirgion yang bernama Sarah Sirgion.Kami terpaksa tundukkan kepala kerana saat ini kami adalah pendatang asing.Oman segera menceritakan apa yang berlaku dan raja mendengarnya.

"Baiklah,kamu ingin menyimpan sut kepunyaan kerajaan beta?"Tanya Vince.Itu bukan milik kalian,hanya kerana mula muncul di sini tak bermaksud ia milik kerajaan ini.Tapi aku tak boleh membalas.

"Ya,saya mohon untuk yang mulia benarkan saya menyimpan sut ini.Apalagi hanya saya yang boleh gunakan sut ini sekarang."Kata Zack.Vince terdiam dan merenung Zack.Namun Zack tidak terlihat takut dan ada tekad di matanya.Mata Vince beralih ke arah puterinya yang kagum dengan mata Zack.

"Oho,baiklah.Tapi dengan syarat."Kata Vince.

"Apa syaratnya,yang mulia."Tanya Zack yang menunggu jawapan.

"Bertunanglah dengan puteri beta,hanya itu syaratnya."Kata Vince dan semua orang di sana terkejut.Oman sendiri juga terkejut.Apalagi kedua gadis itu.

"Apa?Kamu tidak mahu?Maka serahkan sut itu!"Kata Vince yang menekan Zack.

"Bu-bukan begitu....tapi...saya...Leon!"Zack berpaling ke arah aku.Kenapa tengok sini,raja tanya kau bukan aku.Ke mana rasa percaya diri kau tadi?

Zack terlihat cemas dan merasakan aura cemburu dari belakang.Itu Reina dan Elizabeth yang merenung Zack.Renungan itu cukup untuk memberi rasa takut seperti pemangsa yang melihat mangsa.

""Zack.....""Reina dan Elizabeth memegang bahu Zack.Aku pergi dulu,biarkan watak utama yang menyelesaikan ini.Aku bangun dan keluar dari sana.

"Leon!Tunggu aku!"Aku sempat melihat wajah putus asa Zack.Tapi aku menutup pintu dan mendengar suara kuat dari dalam.

"Fuh,akhirnya.Aku nak balik dan bersantai kat rumah."Kata aku dan pergi untuk terus balik.Tapi muncul suara yang pernah aku dengar.

"Oh,apa sudah selesai?"Suara itu datang dari atas.Aku perlahan-lahan mendongak dan melihat cicak merah bersayap terbang di atas aku.Ada tanduk di kepalanya.

"Apa?Tak pernah tengok naga?"

Just a Dumb VillainWhere stories live. Discover now