Bab 1:Penjahat bodoh

180 12 6
                                    

Aku terbangun selepas dilanggar kereta yang melaju di tengah malam.Kepala aku sakit seperti dipukul di kepala dengan kayu besbol tepat di bawah kepala.Mata aku agak kabur dan sinaran matahari memasuki retina mata.

"Katil lembut...aku di hospital?"Aku menggosok mata aku dan penglihatan semakin jelas.Aku melihat katil dengan lebar yang besar dan ada kain putih menutupi katil.Tapi warna merah dan kuning tidak terlihat seperti katil hospital.

Aku menyelak kain itu dan melihat bilik mewah dengan lukisan di dinding.Pasu bunga yang indah memenuhi setiap sudut ruangan dan cermin besar di samping almari.Jika dikatakan ruang itu milik VIP,kenapa terasa sangat mewah?

Aku berjalan ke arah cermin dan melihat diriku yang bukan wajah aku.Rambut merah dan pandangan mata yang tajam.Ini bukan aku!Aku ialah....siapa nama aku?

"Benar,aku ialah Leon Moriet.Tunggu!Itu bukanlah aku tapi hanya itu nama yang diingat oleh aku!"Aku menggaru kepala.Ingatan aku bercampur dan sampai satu tahap aku sendiri bingung siapa aku.

Tok!Tok!

"Masuk."Kataku tanpa sedar.

Pintu dibuka dan seorang pelayan masuk dan menundukkan kepalanya.Dia terlihat ketakutan tetapi menyembunyikan rasa itu di sebalik wajah masam.

"Tuan muda,sarapan sudah tersedia."Kata pelayan itu.

"Baiklah,aku akan pergi nanti."Kata aku dan pelayan itu menundukkan kepalanya dan menutup kembali pintu.Aku melepas nafas lega.Cara percakapan itu seperti sudah terbiasa dengan diri aku.

Leon Moriet,di mana aku pernah mendengar namanya?Jika tidak salah,itu nama yang tidak asing tetapi tidak penting sehingga aku lupa.

"Ah,bukankah Leon Moriet ialah penjahat bodoh dalam cerita Knight Hero?Tunggu!?Aku menjadi Leon Moriet?"Aku tak tahu kenapa,tapi selepas dilanggar kereta,aku menjadi penjahat bodoh dalam cerita novel kesukaan aku.

Alasan Leon Moriet menjadi penjahat bodoh ialah kerana dia merendahkan watak utama yang seorang rakyat jelata yang dipilih oleh kesatria cahaya.Pada akhirnya dia mati dibunuh oleh watak utama kerana berkhianat.

"Habis.....aku akan mati?"Aku merenungkan diriku dan ketakutan mengingat aku akan mati.Aku kena cari cara agar aku dapat hidup!

"Baiklah,tenang.Leon Moriet ialah orang yang mencari pasal dengan watak utama,jadi aku hanya perlu kurangkan interaksi dengan watak utama,tambahan pula Leon Moriet hanyalah watak yang tidak berdampak kepada cerita utama,jadi jalan cerita tetap akan berjalan.

"Ah,ya.Aku harus pergi sarapan."Aku menggantikan pakaian aku dan menuju ke bilik makan.

Keluarga Moriet ialah keluarga bangsawan tingkat menengah.Ada tiga tahap bangsawan di dunia ini iaitu tahap bawah,menengah dan atas.Bangsawan tingkat atas tergolong dari kalangan keluarga diraja.Tingkat menengah pula tergolong dari orang biasa yang menjadi bangsawan yang berjaya dengan membeli gelar bangsawan dari keluarga kerajaan.Sedangkan untuk bangsawan tingkat bawah,ialah golongan ketua bandar ataupun kota yang berada di bawah kekuasaan bangsawan tingkat menengah.

Keluarga Moriet sendiri berjaya menjadi bangsawan tingkat menengah kerana perniagaan memjual baju kesatria.Di dunia ini,sihir dan teknologi digabung.Daripada menggunakan senjata seperti pedang atau panah,di dunia ini menggunakan baju kesatria yang dapat dikawal oleh pilot.

Leon Moriet sendiri sudah dimanjakan sejak kecil,jadi dia menjadi sangat sombong dan merendahkan rakyat jelata.Itu penjahat biasa dalam cerita fantasi.

"Ah,kamu sudah tiba,Leon."Kata ayah aku untuk saat ini.Ketua keluarga Moriet,Marcus Moriet.Seorang jenius dalam bidang kejuruteraan robotik dan menciptakan baju kesatria untuk keluarga kerajaan.

"Selamat pagi,Leon."Kata seorang wanita dengan ramah.Itu ialah Laron,ibu tiri Leon.Ibu kandung Leon mati ketika dia masih kecil dan itu menjadi salah satu alasan sikap Leon yang sombong.Biasanya Leon akan bersikap dingin,jadi untuk mengelakkan kecurigaan,aku akan bersikap dingin.

"Ya."Kata aku dan terus duduk tanpa membalas sapaan mereka.Di depan aku ada seorang budak lelaki yang diam memerhati aku.Dia ialah Oscar,adik tiri aku.Hubungan kami tidak terlalu baik,jadi aku akan diam saja.

"Baiklah kerana semua sudah di sini,ayuh kita makan."Kata Marcus.

Aku melihat sup di atas meja dan menghirupnya dengan sudu dan rasanya sangat menakjubkan.Rempahnya diadu dengan sangat baik dan pedas,masam,manis membuat lidah aku menari-nari dengan rasanya.

Tanpa sedar,aku tak mampu mengendalikan wajah aku dan sempat diperhatikan Oscar.Aku segera mengawal wajah aku.

"Jadi,Leon.Sebulan lagi kamu akan masuk akademi,apa persiapan kamu sudah siap atau ada apa-apa lagi yang kamu perlukan?"

Akademi,tempat yang menjadi latar utama novel Knight Hero.Di sana watak utama akan bertemu para heroine yang membuatkan penggemar novel itu cemburu.Watak utama dapat masuk ke akdemi dengan biasiswa.Jika tidak salah dia akan masuk ke akademi dengan rakan masa kecilnya yang perempuan.Dia tidak kalah berbakat juga kerana memiliki bakat menggunakan baju kesatria jenis magis.

"Aku menginginkan baju kesatria baharu."Kata aku.

"Hm?Itu tidak masalah,tetapi yang sekarang tidak terlalu buruk juga."Kata Marcus.Itu benar,baju kesatria milik Leon di dalam novel memiliki keistimewaan tersendiri yang membolehkan ia menggunakan serangan jauh dan dekat.Tapi ia akan meletup ketika melawan kesatria cahaya milik watak utama.

"Betul,tapi aku ingin jenis yang lain,akan aku lukis cetak birunya."Kata aku dan meneruskan santapan yang masih ada.Sungguh sukar untuk menikmati makanan enak dengan wajah dingin.

Just a Dumb VillainWhere stories live. Discover now