Di ruang bawah tanah istana,
Ezra terikat dan tidak mampu melepaskan diri.Kekuatan sihirnya terasa disekat oleh rantai yang mengikatnya.Semuanya terjadi sangat cepat dan ketika sedar,dia sudah ada di sini.Dia dijaga ketat oleh beberapa pengawal.
"Ah,sudah bangun?"Suatu suara muncul dan Ezra segera menoleh dan apa yang dia lihat ialah seorang lelaki berambut putih.Semua pengawal menunduk kepada lelaki itu yang Ezra langsung tidak tahu asalnya.
"Siapa kau!"Jerit Ezra kepada lelaki misteri itu.
"Jadi....inilah ketua Bravely Dead yang membunuh Karcus,Servia dan Homunculus itu?Bagaimana?Tanpa kekuatan sihir murni kau itu hanyalah manusia biasa."Kata lelaki itu dan mengangkat wajah Ezra dengan tongkatnya.
"Kau mengetahuinya?Apa kau dari Dark Divine?Apa tujuan kau mengurung aku?"Tanya Ezra.Lelaki itu hanya tersenyum dan duduk di atas kerusi yang ada di sana.
"Kau cepat faham ya?Ya,aku anggota Dark Divine.Kalian terlalu banyak menyusahkan kami berkali-kali.Apa Qorus juga hilang kerana perbuatan kalian?Apapun,kami sudah mengetahui identitimu yang seorang ketua dalam Bravely Dead."Kata lelaki itu dengan wajah bangga.
"Jad kenapa kau biarkan aku hidup?"Tanya Ezra dengan nada mengancam.
"Haha,agak disayangkan membuang pengguna sihir murni sepertimu.Aku akan beri satu peluang.Bergabunglah dengan Dark Divine,kami boleh memaksimumkan kekuatan sihir tanahmu."Kata lelaki itu dan menghulurkan tangannya.Namun Ezra hanya meludah tangan itu.
Lelaki itu hanya membisu,namun amarahnya dapat terlihat.Dia mengeluarkan sapu tangan dan mengelap ludah yang ada di tangannya.
"Nampaknya kau betul-betul setia dengan tuan kau.Baiklah,sebelum membunuhmu,aku akan membuat kau menyaksikan ketika aku menyeksa tuan kau secara perlahan-lahan."Kata lelaki itu dan melangkah keluar.
"Hah!Jika kau berani menyentuhnya,aku akan membunuh kau!Jangan kau berani sentuh dia.Kau dengar itu!"Ezra terus cuba melepaskan diri dari ikatan rantai.Namun semakin dia bergerak,semakin dia terikat.Dia juga kehilangan hubungan dengan anggota Bravely Dead yang lain.Oleh itu,dia tak boleh memanggil bantuan.
Semua pelayan Alice menghilang satu per satu dan itu pasti ulah lelaki itu.Entah mereka hidup atau tidak ataupun dikurung seperti Ezra.Lelaki itu juga nampaknya sudah mengawal sebahagian istana sehingga pengawal istana patuh kepadanya.
"Apa tidak ada jalan lain?"
.
.
.
Beberapa hari berlalu dan seluruh kerajaan heboh dengan perkahwinan puteri Alice dan penyerahan takhta kepada Alice.Baru kali ini dalam 100 tahun ada seorang wanita memegang kuasa kerajaan.
Semua jalan di ibukota mula dihiasi dengan bunga dan ucapan selamat.Siapa dalam kerajaan Xaiverion yang tidak mengenal Alice,walaupun tidak terkenal antara bangsawan,dia amat dikenal oleh warga biasa kerana suka membantu kebajikan rakyat.
Jadi,setiap rakyat sangat menyambut perkahwinan puteri kesayangan mereka.Namun mereka tidak tahu yang puteri mereka ditekan untuk menanggung beban yang berat.Alice juga tidak mahu rakyat yang dia sayangi melihat dia sedih.
"Wah....ramai ya."Kata seorang yang sedang bersembunyi di atas bumbung.
"Shh!Kau tak ingat?Kita pecah masuk kerajaan sekarang!Habis kalau mama tahu!"Kata seorang lagi yang bersembunyi di atas pokok.
"Tapi takkan tak nak tolong?Tuan pernah menolong kita,ini saatnya kita balas balik!"Kata seorang lagi yang sedang bersembunyi di dalam semak.Ketiga orang itu bergerak perlahan-lahan ke arah istana tanpa diketahui orang lain.
"Bila perkahwinan tu dimulai?"Tanya orang yang bersembunyi di semak.
"Kat papan tu tulis malam ni.Malam ni la kot.Apa korang dah siap?Bila rombongan lori masuk ke istana.Kita akan menyelinap di bawahnya."Kata orang yang berada di atas pokok.
"Roger!Err....apa nama samaran kita lagi?"Tanya orang yang bersembunyi di atas bumbung.
"Haih,kau Silver,aku Moon dan dia Gray."Kata Moon.
"Ohh,hebat juga nama samaran kita!Tuan memang hebat!"Kata Silver.
"Ah,itu ke rombongannya?"Gray menunjuk ke arah rombongan lori yang membawa persiapa pernikahan.Mereka saling berpandangan dan mengangguk lalu melompat ke atas bumbung bangunan.Secara diam-diam mereka menyelinap masuk ke istana.Pergerakan yang lincah dan pantas membuatkan orang lain tidak menyedari kehadiran mereka.
Dari kejauhan,seseorang memerhati pergerakan ketiga orang itu.Dia berdiri di atas bangunan tertinggi dengan wajahnya tertutupi oleh gelapnya bayangan pakaiannya.
"Malam ini akan menjadi sangat terang."Katanya dan seluruh tubuhnya diselamuti oleh api dan menghilang begitu saja.
YOU ARE READING
Just a Dumb Villain
Fantasy(!Hak Milik Gambar Depan sepenuhnya milik icayenne!Dan beberapa gambar di dalam novel ini hanya sekadar memudahkan imajinasi pembaca.Mohon dimaklum.Saya hanya pinjam gambar tersebut!) Berkisah tentang seorang pembaca novel yang mati dan masuk ke dal...