Bab 38:Kawalan

12 3 0
                                    

Beberapa menit sebelum,

Oman dengan tangkas membelah robot-robot yang cuba menyerangnya.Setiap robot sentiasa terlepas pergerakan Oman kerana klonnya yang cuba menghalangi pandangan robot.Walaupun robot itu sudah dilengkapi pengesan suhu,tapi sut kesatria miliknya mampu menghilangkan suhu pengguna sehingga tak boleh dikesan.

"Hiah!Jadi,ini yang terakhir?"Kata Oman dan membelah robot terakhir.Hampir 100 lebih robot yang dilepaskan tapi semuanya dihancurkan oleh Oman.

"Saatnya untuk menangkap orang di sebalik semua ini."Kata Oman dan ketika dia ingin masuk.Suara tepuk tangan mengejutkannya.

Pak!Pak!Pak!

"Hebat,sungguh hebat!Seperti yang diharapkan dari ketua kesatria Sirgion."Kata lelaki dengan tato mata di kepalanya.Oman berbalik dan mengarahkan pedangnya.

"Siapa kalian!Apa kalian pemilik tempat ini!?"Soal Oman.Tapi lelaki itu hanya ketawa dan tato matanya terus melilau ke sana sini sehingga membuat Oman ngeri.

"Kenapa kau tidak tidur sekejap?Hah!"Tato mata lelaki itu berubah menjadi merah dan merenung Oman.Ketika Oman mahu menyerang,seluruh tubuhnya lemas tak berdaya dan dia menjadi kaku dan melepaskan pedangnya.Dia terlihat seperti sedang tidur dalam keadaan berdiri.

"Hahaha!Sihir pengendalian fikiran aku tak pernah mengecewakan!Kehehe.Sekarang,patuhi aku dan masuk ke dalam,tangkap sesiapa saja yang ada di dalam sana!"Kata lelaki itu dan tubuh Oman bergerak dengan sendirinya.Dia mengmbil pedangnya kembali dan melangkah ke dalam Temple of Light

Di dalam,

[Ah!Sistem pertahanan kecemasan sudah dirosakkan!]Kata Oracle yang kembali seperti biasa.Melihat Oracle cemas membuat Reina dan Elizabeth mula risau.

Krigg!

Bunyi besi saling bertembung membuat mereka berdua terkejut.Satu bayang besar melangkah perlahan ke arah sana.Dari kejauhan,mereka melihat sebuah sut kesatria hitam yang melangkah seperti zombi.

[Jangan harap kau boleh sentuh kedua cik ini!]Oracle terbang untuk melindungi Reina dan Elizabeth.Namun dengan kecepatan sut,ia menghentam Oracle hingga terlempar ke dinding.Wajah TV Oracle menjadi hitam dan ia tidak berfungsi.

""Oracle!""Jerit Reina dan Elizabeth.Sut itu kemudian mencekik Reina dan Elizabeth.Cengkaman tangannya sangat kuat dan membuat keduanya kesulitan untuk bernafas.

"Kehehe,jadi ada dua tikus yang masuk ke sini.Huh?Oh,jadi kalian menggunakan cincin penyamaran?Pergi lepaskannya."Arah lelaki bertato mata itu.Dua anak buahnya melepaskan cincin penyamaran dan menampakkan wajah sebenar mereka berdua.

"Hahaha,ternyata bangsawan dari Kronum dan gadis biasa.Katakan,apa tujuan kalian datang ke sini."Tanya lelaki itu.

"Lepaskan mereka!"Jerit Leon yang terus memasang sut merahnya dan menendang Oman hingga melepaskan cengkaman tangan yang menyeksakan Reina dan Elizabeth.

POV Leon

Aku baru keluar dan semua jadi macam ni?Kenapalah masalah terus sampai kepada aku?Aku melihat orang yang berdiri di depan aku.Tato mata di kepala?Ah,itu bukankah salah satu anggota Dark Divine?Pengguna sihir pengendali fikiran,Qorus.Aku tak kenal sut kesatria itu tapi melihat pergerakan anehnya,dia pasti dikendalikan.

"Hm?Sut merah itu....kau Leon Moriet,bukan?"Kata Qorus.Nampaknya sia-sia aku cuba sembunyikan identiti aku.

"Ya,apa tujuan kau kat sini?"Tanya aku.Sepatutnya Dark Divine tiada kaitan dengan cerita Temple of Light.Tunggu,aku dah tak boleh pakai cerita dari novel dah.

"Kehehe,takde kaitan dengan kau.Baguslah,aku tak payah fikirkan cara nak bunuh Moriet lagi.Matilah di sini sekarang juga!"Kata Qorus dan sut itu bergerak untuk menyerang.Aku menahan serangannya tapi sut itu lebih kuat dan membuat aku terlempar ke dinding.Cih,aku tak boleh guna sut ini untuk lawan dia.Apa aku kena guna sut kesatria naga?

Tak,aku tak boleh ambil risiko hancurkan tempat ni.Apalagi Zack masih dalam proses menerima sut kesatria cahaya yang baru.Aku kena lengahkan masa sampai proses selesai.Aku tak boleh biarkan mereka halang proses.

"Beri tahu aku,apa tujuan kau datang sini."Kata aku untuk lengahkan masa.

"Kehehe,sebab kau akan mati.Aku akan beritahu kalian,ini ialah salah satu langkah untuk kami,Dark Divine untuk menghancurkan semua teknologi jijik dan mengembalikan zaman kejayaan sihir!Untuk itu,kami perlu memutuskan akar teknologi,dengan menggunakan teknologi untuk menghancurkan teknologi!Cukup berbualnya,sekarang mati!"Kata Qorus dan sut itu berlari ke arah aku.

Aku membalas serangan tapi ketika aku menumbuk,ia menghilang dan ketika aku sedar,dia sudah berada di belakang.Aku tak sempat nak berbalik dan dia menendang aku.Dan menundukkan aku.

"Hah!Kalau aku dalam keadaan persediaan penuh,kalian sudah aku bunuh dari awal!"Kata aku.

"Kehehe,selamat tinggal Moriet.Kau antara manusia yang mengembangkan teknologi,kau manusia hina.Bunuh dia!"Kata Qorus dan sut itu mengangkat pedangnya untuk membunuh aku.Aku cuba lepaskan diri tapi nampaknya pengguna sut ini tahu cara untuk hentikan gerakan musuh.Apa aku akan mati di sini?

"Hentikan!!"Tiba-tiba Reinda dan Elizabeth melompat dan membuat sut itu jatuh.Itu memberi aku peluang untuk bangun lagi.Bagus.

"Cih,dua tikus busuk.Serang mereka!"Arah Qorus dan dua anak buahnya berlari dengan belati di tangan mereka.Reina dan Elizabeth berlari untuk menyelamatkan diri.Aku menghalang dua orang itu dengan menembakkan peluru merah ke arah mereka.Letupan itu menutup penglihatan mereka.

"AHH!Lupakannya,kalian semua maju!"Arah Qorus dan semua orang berlari ke arah kami.Sut itu pula datang dari belakang dan kami terkepung.Cih!

"Oi!Kau nak biarkan harem kau mati ke hah!!"Jerit aku.Tabung silinder mula bereaksi dan mengeluarkan kabus.Oracle terbangun dan terbang ke arah silinder itu.Silinder terbuka dan aku dapat lihat Zack yang terdiam merenung kami semua.

[Mengaktifkan sut kesatria petir!]Kata Oracle dan melekat di dada Zack.Kilatan petir keluar dan menutup seluruh tubuh Zack.Itu dia,sut kesatria cahaya yang dinaik taraf,kesatria petir!

Itu dia,sut kesatria cahaya yang dinaik taraf,kesatria petir!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

(Sekadar Contoh)

Just a Dumb VillainWhere stories live. Discover now