Arthur membahagi kami kepada dua kelompok,aku dan Willy akan membuat kerusuhan dengan menarik haiwan buas ke desa.Jadi,semua Elf akan berkumpul untuk mengurus kawanan haiwan yang mengamuk.
Arthur dan Enard pula akan menyelinap ke dalam gua untuk menyelamatkan yang lain.Aku tak rasa Frejya juga dikurung di tempat yang sama,tapi aku harap dia juga di sana.Harapnya.Saat ini aku dan Willy sedang mencari haiwan buas untuk dijadikan pengalih perhatian.
"Kau tahu,kau mengingatkan aku dengan seseorang yang kuhormati."Kata Willy secara tiba-tiba.Aku tersentak sedikit,apa dia mengetahuinya?
"Siapa itu?"Tanya aku.
"Leon Moriet,tuan yang aku layani.Dia hebat,tapi ramai yang kata dia sangat sombong dan jahat.Tapi aku tetap hormatinya."Kata Willy.
"Kenapa?Dia terdengar sangat jahat di telingaku,apa yang kau dapat dengan melayaninya?"Tanya aku.Aku pasti dia menginginkan sut kesatria peribadi,jika kau mahu itu,aku akan berikannya lepas kita keluar.
"Tidak,aku melayaninya dengan keinginan aku sendiri,begitu juga dengan Enard.Kami bersumpah setia kepada dia kerana dia hebat.Orang lain mungkin tak melihatnya,tapi jika kau melihat lagi,dia sendirian di dalam hatinya.Aku dan Enard harap kami tidak menjadi beban baginya.Apa yang sekarang dia buat agaknya?"Kata Willy dan membuat aku terdiam.
Ternyata itu yang dia rasakan tentang aku.Aku merasa malu.Nanti bila balik aku akan beri sedikit ganjaran kepada mereka.Jadi,kita harus pastikan semua ini berhasil.
"Lihat!"Panggil Willy dan aku melihat sekumpulan lembu ataupun kerbau bertanduk empat sedang memakan rumput.Tubuh mereka berwarna biru dan ekor mereka memiliki cahaya.
"Itu ialah Lelip-lelip."Kata Willy.Oh,begitu.....kejap.
"Lemip-lemip?"Tanya aku,dari mana nama itu berasal?
"Lembu tambah kelip-kelip,jadilah lelip-lelip,ini idea yang kami dapatkan selepas meneroka hutan ini.Tapi Arthur tidak terlalu peduli dengan nama haiwan di sini,jadi kami yang namakan semuanya."Kata Willy dan aku menampar wajah aku.
"Kau ni,kan....Jadi,apa yang kita akan buat dengan Le...lip-lelip ini?"Tanya aku.
"Mereka sangat takut dengan api,sayangnya kita tidak ada api,tapi jangan risau,serahkan pada aku."Kata Willy dan mengambil sebatang kayu dan papan kayu di sekitar.Dia mula menggosokkan keduanya seperti orang purba membuat api.
"Kau serius?"
"Ini saja jalannya,biasanya ambil masa sejam,paling cepat 30 minit.Huoh!!"Willy menggosok kayu itu dengan kuat.Sifat bodoh mereka tak habis-habis,tapi aku tak boleh beritahu yang aku boleh buat api sendiri.Terpaksa la aku tolong.Aku menjentikkan jari dan api muncul di kayu yang digosok Willy.
"Wah!Hebat,aku dah kalahkan rekod Enard,haha!"Willy melompat gembira.
"Fokus."Kata aku dan Willy mula sedar dengan misi kami.Willy mengambil api yang sudah menjadi dan membakar hutan di belakang lelip-lelip itu.Andai aku tak membantu dengan sihir aku,api itu akan langsung padam.
Api itu merebak dan semakin besar dan besar sehingga kawanan lelip-lelip itu menyedari api itu dan mula ketakutan.Api yang muncul aku hilangkan agar para elf tidak melihat jejak kebakaran hutan.
"Muuu!Hushus!"
"Muu!"
Kawanan lelip-lelip mula berlari ke arah desa elf.Bagus,semuanya bergantung kepada Arthur dan Enard.Kita berjumpa di tempat pertemuan.
Di desa elf,
"Huh?Apa itu!"
"Panggil semua orang!Cowlamp mengamuk!"
Semua elf mula berkumpul untuk menenangkan semua lembu itu sementara Arthur dan Enard bersembunyi berdekatan dengan gua bawah tanah yang masih dijaga oleh dua elf penjaga.
"Hm,Cowlamp,sedap juga bunyi tu."Bisik Enard
"Shh,diam."Kata Arthur dan Enard menutup mulutnya.
"Muuu!"
"Husmuu!!"
"Hm?Apa yang berlaku di sana?"Tanya salah seorang elf.
"Terlihat seperti kawanan Cowlamp!?Kita harus membantu mereka!"
Kedua elf penjaga mula menjauhi gua dan membantu elf yang lain menenangkan lembu-lembu itu.Walaupun sudah berubah menjadi Dark Elf,hati mereka masih tidak mahu menyakiti haiwan kecuali terdesak.
"Baiklah,jom."Kata Arthur dan menyelinap masuk ke dalam gua diikuti Enard.Gua itu agak dalam dan gelap.Dia mengambil obor yang tersangkut di dinding untuk menjadi pencahayaan.Dia terus menuruni anak tangga hingga ke bawah.
Ketika langkah kakinya berhenti dan mencapai ruang penjara bawah tanah.Arthur mendengar suara,dia memberi tanda kepada Enard untuk berhenti.Dia merasa sedang diawasi.Dia menghalakan obor ke semua arah,tapi tidak menemukan apa-apa.
"Sekarang!"Suara seorang gadis terdengar dan tiba-tiba Arthur dan Enard dililit sesuatu yang sejuk dan apabila obor jatuh,baru mereka melihat seekor ular besar sedang melilit mereka.
Enard yang cuba melepaskan diri,tiba-tiba kepalanya dipukul oleh seseorang sehingga pengsan.
"Tunggu!Kami kawan Jacom!"Jerit Arthur dan dia tidak diserang.Dari cahaya obor yang jatuh,dia melihat seorang gadis kecil berambut merah jambu keluar dengan seorang budak lelaki.
"Abang Jacom?Jadi dia selamat!Yeay!"Lily melompat gembira sambil memeluk Oboi yang kemudian tidak dapat berdiri dengan betul.
"Kau kawan Jacom?Jadi dia di mana?"Tanya Fai yang mengubah bentuknya dari Ular ke wujud Oboi.Arthur sedikit terkejut,tapi kerana situasi dia kembali tenang.
"Apapun,kita harus keluar,Jacom dan satu lagi kawan aku sedang menunggu di tempat lain?Di mana elf berambut perak?"Tanya Arthur.
"Kak Frejya?Dia berada di sana,tapi dia tak bangun-bangun."Kata Lily sambil menunjuk ke arah Frejya yang terbaring tidak sedarkan diri.
"Aku akan bawa dia,kita kena keluar sebelum penjaga tahu yang ada penceroboh."Kata Arthur dan mengangkat Frejya dan menampar wajah Enard yang pengsan.
"Huh?Apa jadi?"Tanya Enard.
"Takde masa,cepat!"Kata Arthur dan Enard mengikuti arahan Arthur.Ketika mahu mengangkat tubuh Frejya,Arthur berhenti seketika.Itu disedari oleh Fai.
"Kenapa?"
"Tidak,mungkin hanya mainan hati."Kata Arthur dan mengangkat tubuh Frejya.Dia dan yang lain menaiki tangga dengan cepat dan ketika tiba di luar,semuanya menjadi sepi.Ketika yang lain sibuk berlari ke dalam hutan,Arthur melihat desa yang tiba-tiba sunyi.
"Arthur!"Panggil Enard dan perlahan-lahan Arthur mengikuti dari belakang.Entah kenapa rasanya mereka sedang dipermainkan.Selepas berkumpul,mereka harus segera keluar dari hutan ini.
YOU ARE READING
Just a Dumb Villain
Fantasy(!Hak Milik Gambar Depan sepenuhnya milik icayenne!Dan beberapa gambar di dalam novel ini hanya sekadar memudahkan imajinasi pembaca.Mohon dimaklum.Saya hanya pinjam gambar tersebut!) Berkisah tentang seorang pembaca novel yang mati dan masuk ke dal...