Tahun baru dan dalam masa cuti panjang itu,Alice sentiasa berada di rumah keluarga aku atas alasan diasingkan.Aku tak terlau faham,tapi nampaknya Alice melepaskan peluang untuk menjadi penerus takhta.
Tapi kerana dia melepaskan peluang itu tanpa alasan yang kukuh,dia diasingkan untuk sementara.Tapi dengan kuasa atuknya,atau raja Xaiverion,Alice hanya diasingkan selama cuti ini.
Begitulah alkisah beberapa insiden yang hampir buat aku mati.Dia sentiasa masak masakan yang mencurigakan dan ingin berbagi bilik dengan aku,setiap pagi dia akan peluk aku dengan sangat kuat dan aku fikir aku akan mati.
Tapi,semua itu sudah berakhir,masa pengasingannya sudah tamat dan aku akhirnya bebas!Yeah!Hip hip hooray!Aku sudah sembuh dari kesan penggunaan sihir berlebihan dan kini boleh berjalan seperti biasa.
"Kamu dah nak pergi?Padahal boleh saja tinggal untuk sebulan lagi."Kata Loran yang sudah sangat rapat dengan Alice.Kami berada di depan rumah untuk menyambut pemergian Alice.
"Jangan malu untuk lawat kami lagi.Kamu sangat dialu-alukan di sini."Kata Marcus.
"Datanglah lagi dan seksa Leon."Kata Oscar.Ya,ya,tunggu,apa yang kau kata budak?Nak kena pukul kat kepala lagi ke hah?
"Terima kasih,saya tak tahu bila boleh singgah lagi,tapi saya akan cuba."Kata Alice dan di belakangnya ada pengawal peribadinya,Ezra.Aku masih tak tahu bagaimana dia mengurus Bravely Dead lepas kejadian itu.
"Leon,kamu takde apa-apa mahu kata?"Kata Marcus.Yep,aku ada benda nak kata dan akhirnya boleh aku keluarkan.
"Ya,aku bersyukur kau pergi dasar gadis iblis seram."Kata aku dan semua orang terdiam untuk beberapa ketika.Hah,akhirnya aku boleh katakannya.Sebelum ini tubuh aku lemah,jadi aku tak berani buat Alice marah.
"Skru kepala kau tercabut,eh?"Ujar Red yang terbang di samping aku.Diam.Aku tak mahu dengar itu dari kau.Terutamanya kau.
"Haha,Leon memang tak berubah,ya."Kata Alice dan berjalan ke arah aku.Eh?Tu-tunggu,aura hitam tu lagi?Tidak,kali ini tubuh aku sudah sembuh,aku akan hadapi dia!Ketika aku bersiap dengan langkah pertahanan diri aku,Alice datang dan memeluk aku.
"Oh!"Semua orang terkejut terutamanya aku.Apa ini?Gerakan pemungkas terbaru?
"Aku akan merindukanmu."Bisik Alice.Apa aku terlalu kasar?Baik aku minta maaf.Eh?Kenapa rasanya pelukan dia makin kuat?
"Juga,aku akan balas ucapan itu 10 kali lipat."Kata Alice dengan wajah yang menakutkan.Ahh,betul kata Red,skru kepala aku tercabut tadi.Menyesal pulak aku.
"Kalau aku dengar kau dekat dengan perempuan lain,aku akan balas 100 kali lipat."Kata Alice.Apa tujuan kau?Kau satu-satunya perempuan yang aku tak boleh teka isi fikiran tahu tak?Lagipun mustahil ada orang perempuan nak dengan aku,sebab aku cuma penjahat bodoh dalam cerita ini.
Setelah itu,Alice mengucapkan selamat tinggal kepada kami dan pergi dengan pesawat untuk kembali ke kerajaan Xaiverion.Sepanjang cuti aku diseksa habis-habisan oleh Alice,aku harap dia takkan pernah kembali.
""Dah rindu?""Kata Red dan Oscar.
"Jangan berguraulah,aku nak pergi rehat,lihat dia saja buat aku penat."Kata aku dan masuk ke bilik aku.Namun di sana ada seorang pelayan yang menunggu,aku dah tahu siapa itu.
"Kau masih di sini,Fai?"Kata aku.Berkat sihir yang ada dalam tubuhku,aku boleh lihat penyamarannya.
"Jangan panggil aku dengan nama sebenar!Kau tak puas lagi ke!?Bagi balik kedai aku!"Kata Fai yang masih dalam penyamarannya.Aku tak faham kenapa dia tak suka wujud aslinya dan terus bertukar penyamarannya.
"Aku dah beli,jadi itu hak aku sekarang."Kata aku.Alasan aku boleh mamaksa Fai masuk Alieno ialah sebab aku membongkar umur aslinya yang di bawah umur dan sijil hak pemilikan kedainya dibatalkan.Dia saat ini bersembunyi di rumahku dengan terus menyamar sebagai pelayan.
"Tapi bukankah kau janji akan memberikannya lepas semua kerja kau siap!?Aku dah tolong bebaskan perempuan rambut hijau tu!Apa lagi kau nak?"Tanya Fai.Hahaha!Kau fikir aku terlalu bodoh untuk memberikan kedai itu begitu saja?
"Kerja tak habis lagi kalau kami tak capai tujuan kami lagi,tambahan,kau nak buat Loki marah?"Kata aku dan Fai tersentak.Atas sebab-sebab tertentu,Fai sangat takut dengan Oscar.Mungkin kerana umur mereka yang tak jauh beza dan Oscar memang agak menakutkan.
"Tak guna...."Kata Fai dan aku pasti dia menyumpah aku di dalam hati.Hah,tidak kira berapa penyamaran yang kau buat,mental kau tetap budak.
Ring!Ring!
"Hm?Telefon itu...Frejya?"Itu alat komunikasi yang aku berikan kepada Frejya.Hanya dia yang memilikinya,jadi aku rasa dia menghubungi Jacom.Aku mengangkatnya dan mendengar suara Frejya.
"Helo?Jacom?"Tanya Frejya di balik telefon.
"Ya?Jacom di sini?Ada apa?"
"Sebelumnya aku nak tanya,boleh saya tahu kau dapat cincin tu dari mana?"Tanya Frejya.Cincin?Ah,maksudnya Ring of Protection?Aku juga tak tahu.
"Kenapa tiba-tiba?"Tanya aku.
"Ah,sebelumnya aku putus hubungan dengan ketua,jadi aku cuba pergi jumpa dia dan lepas tu banyak hal yang jadi sampai aku baru ingat nak tanya kau."Kata Frejya.Eh?Kau ada juga di sana?Tak perasan pulak?Macam mana nak jawab ya.
"Aku tak tahu mana cincin tu berasal,tapi aku kenal orang yang jumpa cincin tu."
"Betul!?Boleh aku jumpa dia?"Kata Frejya.Aku melihat Fai yang masih dalam bilik aku.
"Ya,jumpa kat mana?"Tanya aku.
"Kat markas kau tak boleh?"Tanya Frejya.Ah,rasanya tak boleh,aku suruh Oscar ubah suai markas tu.Terlalu bahaya untuk dia mengetahui rahsia Alieno.
"Tempat lain tak boleh?Markas aku tu....rasanya dah tak boleh pakai.Kat pasar boleh?Tempat kita mula-mula jumpa."Kata aku.
"Baiklah,kita jumpa esok."Kata Frejya dan menutup panggilan.Aku menghembus nafas.Kelihatannya Frejya ingin mencari keberadaan elf yang lain.Katanya beberapa elf berjaya larikan diri lepas pokok suci mereka hancur.Sejak itu,Frejya mencari keberadaan elf yang lain.
"Oi,Fai.Esok kau ikut aku."Kata aku dan Fai terlihat bingung.
"Kenapa aku kena ikut?Tak nak aku."Kata Fai dan di waktu yang tepat Oscar dan Red masuk ke bilik aku sehingga membuat Fai terlihat takut.
"Oh,cara tubuh bergetar tu,kau Fai,huh.Tidak Joker dalam Alieno,kan?Boleh aku tahu kenapa kau tak mucul kelmarin ketika mahu mengubah suai markas?Huh?"Oscar merenung Fai dengan mata menakutkan.Fai yang ketakutan langsung berlari ke belakang aku.
"Aku ikut!Lepaskan aku dari dia ni!"Kata Fai.Haha,nice adikku yang seram.
YOU ARE READING
Just a Dumb Villain
Fantasy(!Hak Milik Gambar Depan sepenuhnya milik icayenne!Dan beberapa gambar di dalam novel ini hanya sekadar memudahkan imajinasi pembaca.Mohon dimaklum.Saya hanya pinjam gambar tersebut!) Berkisah tentang seorang pembaca novel yang mati dan masuk ke dal...