Kami bermalam di tempat Oboi,namun rumah di tepi pantai terlalu kotor,jadi kami membuat khemah di tepi kapal yang ada pesisir pantainya.Sementara itu,aku dan Frejya pergi membeli bekalan di luar.
"Ehh,nak ikut....wah..."Kata Lily sambil menguap.Berjalan seharian pasti membuat dia penat.
"Tak perlu,kamu tidur kat sini,nanti Kak Frejya beli susu strawberi kesukaan kamu,tidur,ya."Kata Frejya yang menggosok kepala Lily hingga dia tertidur.
"Oh,puteri yang tertidur sangat cantik."Kata Oboi dan dia mendapatkan panahan tajam dari aku.Dia segera pura-pura melihat ke arah lain sambil menendang batu.Dasar tukang menggoda,jangan harap kau sentuh Lily.
"Fai,Red,kalau Oboi buat sesuatu,pukul dia sampai pengsan."Arah aku dan Fai tersenyum jahat dalam wujud penyamaran aku.Dia melihat Oboi dan budak itu melarikan diri ke dalam kapal Pegasus.
"Hehehe,ok bos."Kata Fai.
"Aku akan bakar dia kalau berani sentuh budak rambut pink ini."Kata Red sambil membuat bola api di tangannya yang kecil.
"Jom."Ajak Frejya dan aku mengikuti dari belakang.Hari ini,Frejya terlihat diam sahaja.Padahal kita sedang mencari bangsa elf yang hilang,tapi dia tidak terlihat bersemangat.Di sepanjang perjalanan,kami hanya diam sampai aku bosan dengan melihat bulan yang terus mengikuti kami.
"Jacom...."Panggil Frejya dan aku membalas tanpa membuka mulut.
"Aku....nak berterima kasih sebab kau sanggup teman aku."Kata Frejya.
"Hah,aku takkan ikut kalau Lily tak paksa.Tapi aku juga tertanya,kenapa kau je yang bertahan di sini dan bukan dalam kelompok?"Tanya aku dan Frejya hanya diam dan kemudian mula berbicara.
"Dulu....aku terkurung dalam kristal di bawah bekas pohon suci ketika masih bayi.Orang yang menemui aku ialah orang desa yang mencari herba sekaligus keluarga angkat aku.Pada awalnya,penampilan aku seperti manusia biasa,namun seiring waktu,telinga aku mula panjang dan warna rambut aku berubah."Cerita Frejya dan aku diam mendengar.
"Sejak tahu aku merupakan elf,keluarga angkat aku risau warga desa mahu menjual aku kerana desa aku tinggal merupakan desa yang miskin dan aku hanya orang luar.Sejak itu aku dikurung dan tidak bertemu dengan orang lain."
"Tapi kerana aku masih budak dan tak tahu apa-apa,aku cari cara untuk keluar diam-diam dan bertemu rakan aku.Di situlah semuanya berubah,rakan-rakan desa aku mula menjauhi aku dan kabar tentang aku yang seorang elf tersebar."
"Ketua desa yang tahu langsung ingin merampas aku dari keluarga angkat aku.Ibu dan ayah aku menghalang warga desa dari menangkap aku dan aku berlari ke dalam hutan sampai aku terjatuh ke dalam sungai.Selepas itu,Ketua Ezra menemukan aku dan melatih aku.Sampai sekarang aku tak tahu nasib ibu bapa angkat aku."Frejya menghabiskan ceritanya dan wajahnya bersedih.
Jadi alasan dia ingin mencari bangsa elf yang lain agar dia tidak sendirian.Memiliki kelainan memang menyusahkan untuk sesetengah orang.Frejya yang hanya ingin hidup bahagia dengan ibu bapa angkatnya harus berpisah kerana berbeza bangsa.
"Tapi,semua anggota Bravely Dead sangat baik,jadi aku tak rasa sunyi sangat."Kata Frejya yang memaksa senyum.Kehilangan orang tersayang memang berat.
"Jangan terlalu memaksa,kau tu juga ada perasaan.Kalau ada masalah cerita je kat aku,aku takkan cerita kat sesiapa."Kata aku dan meletakkan tangan di kepala Frejya.Ah,bila difikirkan,ini sangat kekok.Apa aku membuat pilihan yang salah?
"Ahaha!Maaf,terlalu tiba-tiba?Maaf,maaf."Kata aku dan menarik tangan aku kembali.Ah,itu memalukan.Frejya hanya melihat aku dengan bingung dan kemudian dia tertawa.
"Hahaha,takpe.Rasanya sudah lama ada seseorang memegang kepala aku.Terima kasih,Jacom.16 tahun."Kata Frejya dan membuat aku bingung.
"16 apa?"Tanya aku.
"Umur aku 16 tahun,kau tanya hari tu,kan?Aku memang dari 500 tahun lalu,tapi ketika di dalam kristal,aku tidak membesar.Jadi,umur aku 16 tahun."Kata Frejya.Eh?Jadi dia setahun lebih muda.
"Haha,kalau macam tu kau adik lagi,aku 17 tahun,maksudnya kau boleh panggil aku abang Jacom."Kata aku dan ketawa.
"Hahaha.Eii,geli.Tak ingin aku."Frejya mula ketawa dan wajahnya sudah kembali ceria,kami terus berjalan sampai ke pelabuhan untuk membeli bekalan.Rasanya Frejya terlihat lebih ceria,menceritakan masalah ke orang lain pasti bagus.
Itu membuat satu pertanyaan muncul di kepala aku.Bila saatnya aku memberitahu mereka semua bahawa aku bukanlah Leon yang asli?Dari awal aku bukanlah Leon.Apa itu tidak apa-apa,mengambil hak hidup orang lain?Aku terdengar lebih jahat dari Leon.Apa yang aku fikirkan?Lebih baik rahsiakan ini sampai saatnya tiba.
Keesokkan harinya,
Lily bangun dan keluar dari khemah,di luar dia melihat Frejya yang berlatih dengan pedangnya,gerakannya yang lincah dan teratur menunjukkan dia sering berlatih.Pasir yang di tanah juga tidak terlihat terusik walaupun Frejya bergerak sangat laju.
"Oh,Lily dah bangun?"Kata Frejya apabila melihat Lily keluar dari khemah.Pedangnya langsung dimasukkan ke dalam sarung dan jaketnya diambil di atas pasir.
"Kak Frejya nampak cantik masa guna pedang!"Kata Lily dengan ceria.
"Takdelah,kamu tu lebih comel dari Kak Frejya."Kata Frejya dan mencubit pipi Lily dengan lembut.
"Eh,mana yang lain?"Tanya Lily ketika melihat Jacom dan yang lain tiada.Kemudian tiba-tiba terdengar bunyi bising dari kapal Pegasus.
KTANG!BANG!
"Hei!Aku suruh pegang,pegang betul-betul la!"Jerit Jacom.
"Kau suruh pegang semua benda ni?!Tangan aku ada dua je!"Jerit Oboi.
"Fai,macam mana dengan kipas kapal!Hidup tak!"Jerit Jacom.
"Gerak,tapi perlahan gila!"Jerit Fai.
"Kenapa kau tak kata kapal ni tak berfungsi!Tak pasal-pasal aku kena pergi kat pelabuhan cari alat ganti!"Marah aku.Si tak guna ni baru beritahu yang kapal Pegasus sudah tidak berfungsi selama 10 tahun!
"Tak siap lagi?"Tanya Frejya yang masuk ke bilik enjin bersama Lily.
"Oh puteriku,kau sudah bangun!"Kata Oboi dan melempar semua barang ke tanah.Dia ni aku jual kat pasar gelap,tak laku pulak.
"Aku tengah baik wayar enjin ni,habis semua berkarat.Lebih baik naik sampan dari kapal buruk ni."Kata aku.
"Hei!Jangan kutuk kapal keluarga aku!Tak guna punya orang luar!"Kata Oboi dan menendang kaki aku.Dasar,cari pasal ya budak!Ketika aku mahu bergaduh dengan Oboi,Frejya menengahi kami.
"Cukup!Bergaduh takkan bawa kita ke mana.Apa masalahnya sebenarnya?"Tanya Frejya.
"Kita tidak memiliki tenaga yang cukup,enjin ini sudah lama dan tidak cukup kuat untuk menggerakkan turbin."Kata aku.
"Apa kita tak boleh dapatkan enjin baru?"Tanya Frejya.
"Susah,aku dah cuba cari tapi harus menunggu 3 bulan baru ada."Kata aku dan membuat Frejya menghembuskan nafas.Ketika kami kesusahan,aku melihat Red yang tertidur di atas enjin.Aku merenung seketika dan mendapatkan idea.
"Masalah selesai."Kata aku dan tersenyum sinis melihat Red yang baru bangun.
"Huh?Apa jadi?"
YOU ARE READING
Just a Dumb Villain
Fantasy(!Hak Milik Gambar Depan sepenuhnya milik icayenne!Dan beberapa gambar di dalam novel ini hanya sekadar memudahkan imajinasi pembaca.Mohon dimaklum.Saya hanya pinjam gambar tersebut!) Berkisah tentang seorang pembaca novel yang mati dan masuk ke dal...