Setelah menunggu beberapa minggu,hari perjumpaan itu tiba.Aku menghabiskan masa beberapa minggu ini melatih mereka semua dengan keras.Aku yakin jika terus seperti ini mereka akan berkembang.
Saat ini kami sedang menunggu perwakilan akademi Xaiverion untuk datang ke dataran akademi Kronum.Aku dengan dua orang ini akan berjumpa dengan wakil pelajar akademi Xaiverion.
"Kenapa aku kena jadi wakil?"Tanya Elizabeth yang berdiri di belakang aku.
"Sebab kau juga bangsawan,aku perlukan orang yang penyabar dan tenang.Walaupun kau tu jenis panas baran,kau tahu cara nak kawal."Kata aku.
"Apa kau cakap!?"Jerit Elizabeth.Tu kan,kalau itu berhubungan dengan aku,pasti dia akan marah.Tapi aku percaya dengan sikap penyabarnya,dia dilahirkan dalam keluarga bangsawan tingkat menengah sama seperti aku.Jadi dia sudah diajar mengawal emosi agar nama keluarganya tidak tercemar.
"Sabarlah,ni untuk akademi juga."Kata Zack.Pada awalnya aku ingin mengajak Arthur,tapi mengingat sifat gelojoh dia tu,pasti semua makanan yang tersedia akan dilahap habis oleh dia dan akan mencemarkan nama akademi.Jadi,satu-satunya pilihan hanyalah Zack yang pandai berlakon sebagai watak utama.
"Zack,aku nak kau berlakon sebagai wakil pelajar."Kata aku.
"Eh,kenapa?"Tanya Zack.Aku ada alasan aku.Aku yakin yang akan menjadi perwakilan akademi Xaiverion akan menjadi keluarga kerajaan atau bangsawan penting.Aku ingin menguji mereka sama ada mereka meremehkan kami atau tak.
"Aku ada sebab aku,ni juga peluang kau untuk mendekati gadis dari kerajaan lain."Bisik aku dan itu membuat Zack tertarik.Alasan dia mahu ikut adalah kerana aku mengatakan mungkin ada gadis cantik di antara perwakilan dan dia terus nak ikut.Senang betul nak kawal orang ni.
Dari kejauhan,kami melihat sebuah kapal terbang menuju ke sini.Di atasnya ada lambang singa iaitu lambang kerajaan Xaiverion.Semua orang di sana melihat kapal itu dan takjub.Aku pula berdiri di belakang agar Zack terlihat seperti perwakilan akademi Kronum.
Kapal itu mendaray di dataran dan sebuah tangga keluar diikuti dengan pintu yang terbuka.Kemudian keluar seorang lelaki dan dua orang gadis yang merupakan perwakilan dari akademi Xaiverion.Lelaki itu di depan,jadi dia mungkin perwakilannya.Dua gadis di belakang pula terlihat sangat anggun dan sentiasa tersenyum.
"Apa khabar,saya Luke Zalftear,wakil akademi Xaiverion."Sapa lelaki itu.Namanya tiada Xaiverion,jadi dia bukan keluarga kerajaan.Apa sama seperti di kerajaan Kronum yang kebanyakkan keluarga kerajaan sudah lulus dari akademi?
"Saya Zack Daften,gembira bertemu kalian."Kata Zack dan mereka berjabat tangan.
"Saya Diana Lumbrace,saya teruja bertemu kalian."Kata gadis berambut perang di belakang Luke.
"Saya Zuliana Rosene,saya juga seronok bertemu kalian."Kata gadis berambut ungu gelap di belakang.Mereka menyapa dengan anggun dan aku tidak lihat ada sedikit pun kesalahan.
"Saya Elizabeth Victorean,selamat datang ke akademi Kronum."Elizabeth memperkenalkan dirinya dan kini tiba giliran aku.
"Leon Moriet,sedia melayani kalian.Apa kata kita ke tempat yang lebih sesuai?Teh dan manisan sudah tersedia di sana?"Kata aku dan memberi jalan kepada perwakilan ke bilik pertemuan.Perasaan aku ataupun mereka menyembunyikan sesuatu?
Kami ke bilik yang disediakan khas untuk pertemuan ini yang biasanya dijadikan sebagai tempat tempahan untuk sesiapa saja,tetapi akademi menyediakannya khas untuk hari ini dan menyediakan teh dan manisan yang sangat mahal.
"Ini kali pertama kami datang dan kami sangat kagum dengan akademi ini.Setiap ciri di sini sangat canggih dan moden."Kata Luke dan memulakan perbualan.
"Terima kasih,saya mewakili pelajar di sini mengucapkan terima kasih.Saya yakin di akademi Xaiverion juga sangat hebat,melihat kalian juga pasti setiap pelajar di sana sangat hebat."Kata Zack.Wah,dia sangat pandai berbicara,baguslah.
"Anda terlalu memuji,kalau begitu,boleh saya tahu apa saja mengenai acara tahunan kalian?"Tanya Luke.
"Itu ialah acara pertandingan antara pilot kesatria.Dengan kata lain,setiap pelajar yang mendaftar akan bertarung satu sama lain untuk menjadi juara.Dengan adanya kerjasama akademi Xaiverion,saya pasti acara ini akan semakin meriah."Kata Zack.
"Menarik,saya dengar kerajaan Kronum ialah negara yang aktif memasarkan sut kesatria.Salah satu orang yang paling berpengaruh ialah Marcus Moriet.ah,kalau tak salah nama anda Leon Moriet,bukan?Apa anda mempunyai hubungan dengan Tuan Marcus?"Tanya Luke.Entah kenapa aku merasa percakapan dia seperti dirancang.Tapi aku akan bermain dengan dia.
"Benar,saya ialah anak Marcus Moriet.Saya rasa berbangga anda mengetahui nama keluarga saya."Kata aku dengan sopan.Aku dapat rasa renungan tajam Elizabeth di belakang.Dia pasti berfikir 'ternyata dia boleh bercakap sopan' dari raut wajahnya.
"Tidak,saya yang sepatutnya berbangga kerana dapat bertemu bakal jenius sut kesatria di masa depan."Puji Luke dan dia menyambung."Tapi,aneh rasanya anda tidak menjadi perwakilan di sini."Katanya dan membuat aku terdiam.
Aku membuat kesalahan.Nama Moriet sudah sangat terkenal di antara bangsawan kerajaan,jadi tidak menutup kemungkinan kerajaan Xaiverion juga mengetahui tentang aku.Sepatutnya aku menukar nama aku.Apa yang patut aku jawab?
YOU ARE READING
Just a Dumb Villain
Fantasía(!Hak Milik Gambar Depan sepenuhnya milik icayenne!Dan beberapa gambar di dalam novel ini hanya sekadar memudahkan imajinasi pembaca.Mohon dimaklum.Saya hanya pinjam gambar tersebut!) Berkisah tentang seorang pembaca novel yang mati dan masuk ke dal...