Di dataran akademi,
"Jacom memiliki informasi mengenai semua ketua Dark Divine!?Kamu serius?Padahal kita sudah cuba menggali informasi tapi tak pernah dapat."Tanya Alice yang duduk di bangku dataran.
"Itu yang dikatakan Frejya.Saya juga tak tahu,tapi rasanya akan bagus jika kita tahu mengenai ketua mereka."Kata Ezra.Alice terlihat memikirkan sesuatu.Orang bernama Jacom sungguh misteri.Bagaimana dia mengetahui informasi yang tidak diketahui orang lain?
"Apa mungkin dia itu ejen Dark Divine?"Tanya Alice.
"Mustahil.Jika begitu,Frejya sudah boleh merasakan sihir gelap dari dia.Walaupun dia dia bukan penyihir gelap,pasti ada aura yang boleh dirasakan bangsa elf agung."Jelas Ezra.Sosok Jacom semakin misteri untuk Alice.Entah siapa identiti Jacom,yang pasti dia bukan orang biasa.
"Baiklah,kamu cuba cari peluang untuk jumpa dia.Beta mahu berbicara dengan dia."Arah Alice.
"Baiklah,saya akan beritahu Frejya."Kata Ezra dan Alice menutup telefonnya.Dia mengurut kepalanya.Alasan dia mahu ke kerajaan Kronum ialah ancaman Dark Divine yang mahu menyerang akademi ini.Jadi dia mengambil kesempatan acara tahunan akademi agar kumpulan Bravely Dead pimpinannya secara rahsia boleh masuk ke kerajaan ini.
"Jacom.....saya nak tahu kamu musuh ataupun kawan."Kata Alice dan menunggu panggilan dari Ezra.
Di luar akademi,
Aku berlari ke dalam hutan agar tiada orang yang boleh lihat aku memakai sut terbaru aku.Aku memakai cincin penyamaran untuk menjadi identiti palsu aku,Jacom.Selepas itu mengeluarkan sarung tangan dan memakainya.
Selepas aku rasa selamat,aku mengaktifkan sut.Dengan menyatukan buku lima di kedua-dua tangan akan mengaktifkan sut.Cahaya merah menutup tubuh aku dan sut terbaru aku muncul.Ia memiliki reka bentuk seperti naga merah.Aku sengaja merekanya seprti itu kerana terasa hebat.
(Sekadar Contoh)
Aku menggunakan sayap di belakang untuk terbang.Sut biasa tidak boleh terbang kerana tidak cukup tenaga,tetapi kerana sut ini dibekali permata naga.Aku boleh terbang dengan mudah.
"Baiklah,terbang!"Aku mengepakkan sayap dan bunyi mesin terdengar.Api keluar dari sayap dan aku terbang ke langit menuju ke selatan di mana tempat kem Frejya dan ketuanya berada.Takde orang tengok,kan?
Di akademi,
"Eh,api besar apa tu?"
"Nampak macam.....bunga api?Kenapa waktu siang?"Kata salah seorang pengunjung.
Alice yang juga melihatnya hanya diam memerhati api besar itu.Dia meletakkan tangannya di bawah dagu dengan wajah malas.
"Hm,apa yang dilakukan Leon saat ini?Aku nak jahili dia."Kata Alice.Dia mahu melepaskan stres dengan bermain dengan Leon.Pada awalnya dia hanya mahu mempergunakan Leon kerana cuba melawan dia,tapi setiap kali melihat reaksi Leon,dia jadi suka menjahili Leon.
Di sebuah gunung di selatan,
Aku melihat sebuah khemah yang dibangun dan ketika aku mengimbas,ada Frejya yang melambai-lambai.Setelah memastikannya,aku turun dan menutup sayap sut kesatria aku.
"Jacom!Itu kamu!?"Tanya Frejya.Dia belum tengok sut ini,pastinya dia terkejut.
"Ya,ni aku.Terima kasih untuk permata naga,aku memiliki tenaga tak terbatas sekarang."Kata aku dan menunjukkan sut aku kepada Frejya.
"Jadi,kau lebih kuat dari sebelumnya?Kau tak cuba buat senjata untuk menakluki dunia,kan?"Tanya Frejya.Kalaupun aku boleh,aku tak nak.Siapa yang nak jadi penguasa dunia?Aku terlalu malas untuk jadi penguasa.
"Lupakan tu,di mana dia?"Tanya aku.Tujuan aku hanya satu,berjumpa dengan ketua Bravely Dead.Frejya menunjuk ke dalam khemah dan aku langsung masuk tanpa membuka sut aku.Di dalam aku melihat seorang wanita dengan rambut hijau menatap tajam ke arah aku.Aura dia memang kuat.
"Jadi,kau orang yang menyelamatkan Frejya ketika bertarung dengan Porato.Saya berterima kasih.Nama saya Ezra,ketua Bravely Dead."Katanya dan bangun untuk berjabat tangan.Aku berjabat tangan dengan dia dan aku boleh lihat tangannya penuh luka.Dia sudah melewati banyak pertarungan untuk mendapatkan luka sebanyak itu.
"Jadi,kenapa kau nak jumpa aku?"Tanya aku dan Ezra mengeluarkan telefon.
"Bukan saya yang nak bercakap dengan anda,tetapi orang atasan saya."Kata Ezra dan aku sedikit terkejut.Orang atasan Ezra pastinya lebih kuat ataupun orang yang berpengaruh.Aku kena berhati-hati.Aku merampas telefon dari Ezra dan mula bercakap.
"Helo?Jacom bercakap."Kata aku.
"Kau lebih kasar dari yang aku dengar,Tuan Jacom."Kata suara di balik telefon.Jadi dia seorang wanita?Tapi suaranya sedikit diubah.Dia tak nak identitinya terbongkar?
"Bodo amat,jadi kenapa kau nak cakap dengan aku?"Tanya aku.
"Baiklah,kerana anda tak sabar.Saya ingin undang anda untuk masuk Bravely Dead,anda boleh jadi satu-satunya ahli lelaki dalam Bravely Dead.Informasi yang anda miliki sangat berguna untuk melawan Dark Divine."Kata orang itu.Jadi semua ahli Bravely Dead wanita.Dia mungkin fikir kerana aku lelaki,aku akan tertarik.Tapi nafsu bukan sebahagian dari aku.
"Aku tolak dengan tegasnya.Jangan fikir kau boleh kendalikan aku sesuka hati,kau dasar wanita berhati busuk."Kata aku dan dia terdiam untuk beberapa detik.
"Hahaha,padahal sedikit lagi saya dapat mengendalikan anda sepenuhnya.Baiklah,informasi itu berharga,sebut saja apa yang kamu mahu."Kata orang itu.Ini yang aku nak.
"Tidak lebih,aku cuma nak setiap kali aku perlukan pertolongan,Bravely Dead akan tolong.Macam man?Mudah,kan?"Kata aku.Dia terlihat memikirkan sesuatu.
"Baiklah,Bravely Dead akan membantu anda hanya ketika waktu kecemasan.Apa itu sudah cukup?"Tanya orang itu.Dapat!
"Baiklah,cukup.Aku akan berikan informasi mengenai ketua mereka.Kau tak ikut serang?"Tanya aku.
"Maaf,tapi saya hanya sebagai pemerhati,selama penyerangan Ezra yang akan jadi wakil saya."Jadi dia tak mahu identitinya diketahui.Kami sama-sama gunakan identiti palsu.Licik juga,tapi tak selicik Alice.Aku harap ketika aku balik,dia sudah pergi.
YOU ARE READING
Just a Dumb Villain
Fantasía(!Hak Milik Gambar Depan sepenuhnya milik icayenne!Dan beberapa gambar di dalam novel ini hanya sekadar memudahkan imajinasi pembaca.Mohon dimaklum.Saya hanya pinjam gambar tersebut!) Berkisah tentang seorang pembaca novel yang mati dan masuk ke dal...