"Jadi....ini markas Alieno yang dia kata?"
"Ya,buruk betul."
Oscar dan Red berkunjung ke markas Leon yang terletak di dalam hutan.Ia bangunan lama yang sangat buruk dan busuk.Oscar sampai menutupu hidung kerana baunya yang sangat kuat.
"Kenapa kita ke sini?"Tanya Red yang duduk di atas bahu kanan Oscar.
"Orang tu suruh kita ubah suai tempat ni jadi lebih baik.Pemalas betul."Kata Oscar dan berjalan masuk ke dalam markas itu.
"Daripada pemalas,lebih kepada tahanan rumah saat ini.Oh ya,macam mana budak macam kau boleh keluar sesuka hati?Ibu bapa kau tak curiga ke?"Tanya Red.
"Aku jarang keluar rumah,jadi ibu aku sangat menyokong jika aku kata nak bermain kat luar,jadi dia takkan curiga."Kata Oscar dan melihat peta yang diberikan Leon.Peta itu menunjukkan tempat letak perangkap dan menghindar semua perangkap itu.
"Ah!Tuan Loki!"Suara ceria datang dari markas dan itu Lulu yang berlari keluar dan memeluk Oscar seperti patung.
"Lepaskan aku."Kata Oscar dan menolak Lulu menjauh dari dia."Kenapa kalian di sini?"Tanya Oscar ketika melihat Luca dan Luvi di sana.Selepas misi mereka,ketiganya langsung pulang kerana takut dimarahi mama mereka iaitu penjaga penginapan yang pernah dikunjungi Leon sebelumnya.
"Tuan suruh bantu anda untuk ubah suai markas!Tapi Lulu tak berapa suka kat sini."Kata Lulu mengingat seksaan yang dia pernah lalui di sana.Rambutnya yang terangkat seperti kucing menurun.
"Tapi mahu bagaimana,kita tak boleh takut untuk hapuskan orang macam tu!"Kata Luca dengan membawa batuan besar di atasnya dan melemparnya ke dalam hutan.
"Tuan sudah menyelamatkan kami,jadi ini peluang kami untuk balas balik.Kami juga memiliki dendam dengan Dark Divine."Kata Luvi di belakang Luca.
"Haih...apa yang orang tu buat kat akademi?Jadi,kalian tahu apa yang nak buat?"Tanya Oscar dan ketiganya menggeleng.Jadi hanya Oscar yang memimpin di sini.Dia menggeleng dan mengurut dahinya.
"Haih....baiklah,kau dengar arahan aku dan kita akan siapkan semua ini sebelum gelap."Kata Oscar dan ketiganya bersorak riang.
Berkat kekuatan ketiganya,pengubah suaian markas boleh dilakukan dengan cepat.Mereka mengubah sedikit bentuk bangunan dan menyesuaikannya dengan reka bentuk.Mereka juga mengubah struktur hutan agar setiap orang yang masuk akan menjauhi kawasan itu.Dengan bantuan kekuatan Luca,mereka dapat menyelesaikan semuanya dalam satu hari.Beberapa ruangan dijadikan bilik untuk tempat tinggal sementara.
Untungnya Leon meninggalkan beberapa barang yang akan berguna untuk pembangunan markas rahsia itu.Dengan kecerdasan Oscar,markas Alieno berjaya didirikan dan terlihat berbeza.
"Woah....!Tuan Loki!Kamu hebat!"Kata Lulu dan melompat untuk memeluk Oscar.Namun Oscar berusaha melepas pelukan dengan menolak wajah Lulu yang menempel kepadanya.
"Tak sangka kamu mengetahui bagaimana membuat markas sehebat ini,Tuan Oscar."Kata Luvi.
"Ya,bangunan yang mengerikan itu langsung kelihatan tidak sama."Kata Luca.
(Sekadar Contoh)
"Tidak...ini semua kerana kekuatan kalian.Mulanya aku fikir akan ambil masa beberapa hari.Dari mana kekuatan kalian itu?Tepi..."Oscar masih cuba melepaskan pelukan Lulu yang kuat.Dia sendiri tak pernah ada kesempatan berkenalan dengan mereka.Hanya Leon memperkenalkan mereka secara singkat.
"Ahh,kami ialah hasil eksperimen yang dilakukan kelompok Dark Divine.Kami hilang ingatan tentang masa lalu kami dan dulunya kami manusia biasa.Tapi si bajingan Porato menculik kami dan mengubah suai genetik kami.Berkat itu,kami mempunyai kekuatan beberapa haiwan dalam diri kami."Luvi mula menceritakan kisah mereka dan Oscar hanya mendengar dengan wajah kosong seperti tidak peduli.Namun dia tidak menghentikannya.
"Ho..kalian sangat kasihan."Kata Red yang merasa sedih mendengar kisah seksaan mereka.
"Tidak,itu sudah lama dan hanya meninggalkan luka dalam diri kami."Kata Luvi.
"Lulu saat tu sangat takut...tapi tak ada kekuatan untuk melawan...."Kata Lulu dan menundukkan wajahnya yang kelihatan sedih.Kemudian Oscar mengusap kepalanya.
"Takpe,Leon dah tolong kalian,bukan?Dia akan jaga kita semua."Kata Oscar yang menenangkan Lulu.
"Tuan Loki....peluk!"Lulu melompat dan memeluk Oscar.
"Lepaskan."
"Hahaha!Ah,kita dah tak boleh lama,nanti mama marah."Kata Luca dan melihat langit yang sudah gelap.
"Tuan Oscar,apa anda mahu singgah di rumah kami?Pasti anda letih."Kata Luvi yang mengajak Oscar ke penginapan mereka.Oscar hanya terdiam.
"Nanti aku tanya orang rumah."Kata Oscar.
Di rumah,
POV Leon
"Haih....budak Oscar tu kat mana pulak,kenapa tak balik lagi?"Aku bersembunyi di bawah katil.Sejak Alice menjaga aku,setiap hari dia menyeksa aku!Dia memberi aku makan makanan dengan bau aneh dan katanya mahu mengurut,tapi dia hampir mematahkan sendi aku!
"Leon...eh?Kenapa kamu di bawah sana?"Tanya Loran yang sedar.Apa begitu mudah ditemukan!?
"Ke-kenapa?Kalau takde apa-apa pergi sebelum gadis itu menyedari aku."Kata aku.Nampaknya kena cari tempat persembunyian yang lain.
"Oscar telefon dan katanya dia akan menginap di rumah temannya.Apa kamu kenal mereka?"Tanya Loran.Ah,apa itu di rumah ketiga orang itu?Nampaknya mereka semakin dekat.Itu bagus kerana mereka akan bekerjasama di masa depan.Lagipun ada Red bersamanya jadi tak ada apa yang perlu diridaukan.
"Ya,aku kenal.Mereka baik,jadi jangan risau."Kata aku.
"Ah,baguslah!Akhirnya dia memiliki teman."Kata Loran.Dia memang sangat menyayangi anaknya,huh.Kemudian kepala aku terasa sakit dan muncul gambaran wanita berambut merah yang tersenyum kepada aku.Namun itu sekilas,jadi tak terlalu lihat wajahnya.Apa itu?
"Ah,Loran....dan kenapa kamu di bawah sana,Leon?"
Ah!Aku tak sempat nak sembunyi!Habis!Aku mati,pasti.Yap.Bye-bye dunia.
"Keluarlah....saya ada bawa bubur untuk awak."Kata Alice dan menarik aku keluar.
"Tu-tunggu,bubur apa yang warna ungu dan aku boleh lihat ada buih keluar darinya.Itu racun?Hei,katakan itu bukan racun!"Kata aku dan cuba melarikan diri.
"Hah?Saya tak faham,padahal saya masak ini dengan penuh perhatian,sekarang...buka mulut."Kata Alice dan memaksa mulut aku terbuka.Bau yang menyengat buat aku rasa nak pengsan.
"Haha,kalau begitu,saya akan keluar dulu...."Kata Loran dan pergi.Tunggu!Jangan tinggalkan aku dengan iblis ini!!!
YOU ARE READING
Just a Dumb Villain
Fantasy(!Hak Milik Gambar Depan sepenuhnya milik icayenne!Dan beberapa gambar di dalam novel ini hanya sekadar memudahkan imajinasi pembaca.Mohon dimaklum.Saya hanya pinjam gambar tersebut!) Berkisah tentang seorang pembaca novel yang mati dan masuk ke dal...