Keesokkan harinya,aku,Red dan Fai ke pasar di Kota Zarwais untuk bertemu dengan Frejya.Ring of Protection ditemui oleh Fai,jadi aku membawanya ke sini.Tapi Fai seperti biasa,dia suka mengubah penampilannya.
"Siapa pula yang kau tiru ni?"Tanya aku.
"Ni?Aku tiru gadis yang baru lalu tadi.Kenapa?Tak suka?Ke nak aku ubah jadi Alice?Haha,kau suka dia kan?"Kata Fai.Itu benda paling mengarut aku pernah dengar.Aku?Suka Alice?Tidak akan pernah.
"Buatlah,kau takkan boleh tiru sifat kejamnya."
"Tapi kau pula ubah penampilan kau,kan?Kenapa menyamar lagi?Kau nak jadi Aamon lagi ke?"Tanya Fai.Aku juga mengubah penampilan aku dengan sihir Red,ini ialah penampilan Jacom yang aku buat.
"Hoho,kau banyak identiti juga ya,apa kau ini semacam ejen rahsia?Tapi kenapa aku ikut sekali?"Kata Red yang terbang di samping aku.
"Aku nak guna sut kesatria naga kalau terjadi sesuatu.Aku takut kesan sampingan itu akan kembali kalau aku guna sihir lagi.Alat pencetusnya itu kan kau."Kata aku dan Red seperti bingung.Aku mengubah alat pencetus dari sarung tangan menjadi bentuk naga robot.
"Ye ke?Macam mana kau berubah nanti?"Tanya Red.
"Kau akan tahu nanti,jangan marah aku pulak."Kata aku dan mengalihkan pandangan aku.Lebih baik dia tak tahu bagaimana alat pencetus itu berfungsi.Untuk sekarang.
"Oi,apa yang kau sembunyikan?"
"Baiklah di mana Frejya ni?"
"Jangan ubah topik,woi!Lihat mata aku!Leo-maksud aku Jacom!Kenapa aku tak boleh tahu bagaimana alat pencetus berfungsi!"Aku terus mengabaikan Red walaupun dia mencubit pipi aku dengan kuat.Damn,itu sakit.
Kemudian dari kejauhan aku melihat seseorang yang menutup wajahnya dan membawa pedang.Itu mengingatkan aku ketika pertama kali kami terserempak.Sejak itu aku mula menggunakan identiti lain.
"Yo,"panggil aku dan Frejya berpaling.Mata biru itu,memang sah itu Frejya.Tapi kemudian aku dikejutkan dengan gadis kecil yang melompat ke atas badan Frejya,warna rambutnya merah jambu seperti pakaiannya.Ia diikat dengan twin tails dan banyak aksesori arnab.
"Ah!Jacom,lama tak jumpa!"Kata gadis itu dan melompat ke atas aku.Perasaan ini....
"Cara melompat ni,kau Lily,ke?"Tanya aku dan Lily mengangguk.Aku takkan perasan kalau dia tak melompat macam tu.Tapi ini kali pertama aku lihat wajahnya tanpa topeng arnab.
"Hei,Lily,bukan ke aku suruh kau jangan lompat atas badan orang lagi?"Marah Frejya dan Lily bersembunyi di belakang aku.
"Urgh,maafkan dia,Jacom.Dia memang kalau suka seorang,terus naik atas badan dia macam mainan."Kata Frejya.
"Takpe,lagipun,badan dia tak berat sangat.Jadi,kenapa dia ikut sekali?"Tanya aku.
"Dia nak sangat jumpa kau,tapi....kau Jacom,kan?Entah kenapa rasanya kau sedikit berbeza?Lebih....terlihat nyata."Kata Frejya dan aku hanya diam.Apa kerana sihir Red yang terlalu berkesan?
"Hoo,elf.Tak sangka masih ada yang hidup lepas pohon suci hancur.Aku ingat mereka sudah pupus?"Kata Red dan melihat wajah Frejya dengan dekat.Aku segera menariknya dan menutup mulut.
"Siapa dia?"Tanya Frejya.
"Dia...em,alat pencetus sut aku.Dia ada kecerdasan naga dari permata naga,jadi dia boleh dikatakan naga dari lagenda tu."Kata aku dan Frejya terkejut.Siapa juga yang tidak terkejut bertemu dengan naga.
"Hah,kau ni penuh kejutan.Tapi kembali ke tujuan,di mana orang yang jumpa cincin itu?"Tanya Frejya dan aku menoleh ke arah Fai yang duduk di sebelah aku dan kini dia berubah menjad Lily.Apa yang kau buat ketika aku tak melihat kau?
"Lily?"Frejya terlihat terkejut.Dia melihat ada dua Lily yang berdiri di depannya.
""Ya,ini Lily!Kak Frejya!""Keduanya juga memiliki suara dan tindakan yang sama.Wow,dia memang hebat dalam meniru sikap seseorang.Aku menghembus nafas dan memukul kepala Fai yang masih dalam wujud Lily.
"Ma-macam mana kau tahu..."Kata Fai.Yah,itu kerana aku boleh lihat sihir di tubuhnya.Lily yang sebenar kemudian melompat ke atas tubuh Frejya.
"Cukup,katakan di mana kau jumpa cincin kayu dan semua barang sampah kau tu."Kata aku.
"Itu bukan sampah!Kalian tidak melihat nilai sebenar barang-barang itu!Argh,ikut aku."Kata Fai dan masih dalam wujud Frejya.Apa kau mahu jadi kembar dia?
Fai membawa kami ke sebuah pantai yang sunyi.Ia tempat yang agak terpecil dan dilindungi oleh hutan lebat.Tiupan angin sepoi-sepoi membuat tubuh aku rasa ringan.Terapi alam orang kata.
"Aku biasanya kumpulan barang di sini."Kata Fai dan kali ini dia mengambil wujud seorang lelaki random.Frejya yang tidak biasa hanya diam dan melihat.Red dan aku melihat ke tengah laut.
"Kau rasakan juga?"Tanya Red.
"Ya,ada samar-samar kuasa sihir dari tengah laut,mungkin agak jauh dari sini."Kata aku.
"Apa maksudnya!?"Tanya Frejya.Aku berpaling dan berkata,
"Mungkin para elf ada di tengah laut."Kata aku dan Frejya terus melihat ke laut yang sejauh mata memandang.Ini hanya tekaan,namun aku rasa para elf yang lain hidup di tengah laut jauh dari pandangan manusia.
"Terima kasih,aku akan pergi memeriksanya.Lily,jangan ikut,ada banyak raksasa di laut daripada di darat.Kamu kembali ke tempat kamu."Kata Frejya dan berjalan kembali.Lily yang mendengar itu terlihat mahu menangis.
"Nak ikut!Nak ikut!Nak ikut!Lily nak ikuttttt!!!Kak Frejya jahat!"Lily mula berguling atas pasir dan menjerit.Sekarang aku faham kenapa Frejya bawa dia sekali.
"Lily!Terlalu bahaya kalau kamu pergi sekali!Argh,jangan manja!Argh,baiklah!Kamu ikut,tapi dengar cakap kakak,ya!"Kata Frejya yang mahu menenangkan Lily.Aku hanya diam melihat Frejya melayan Lily seperti ibu dan anak.
"Pft!"Ah,aku tergelak lagi.Lily melihat aku dan kemudian dia mula menangis dengan kuat.
"AHHH!!Lily nak abang Jacom ikut!Nak!Nak!Nak!Nak!"Jerit Lily dan mereka semua melihat ke arah aku.Hah!?Kenapa pula?Aku cuma beri informasi dan tak mahu ada kena mengena dengan ini semua.
"H-hei!Jangan libatkan aku!Kau cuma nak informasi dan aku dah berikannya,aku takkan ikut serta!"Tegas aku dan air mata Lily terkumpul di matanya.
"HUUAAAAA!!!Lily nak abang Jacom iku!!HUUAAA!!!"Suara Lily memenuhi pantai sehingga aku sudah tak boleh dengar suara Lily.Aku sampai harus menutup telinga kerana kuatnya suara budak ni!
"Oi,Jacom,ikut saja."Kata Red.Argh,kenapa kalian sangat menyusahkan?
"Baik!Baik!Aku ikut!Puas?"Kata aku dan Lily akhirnya berhenti menangis dan kembali tersenyum.
"Yeay!Jom!Jom!"Kata Lily dan melompat ke sana sini.Argh!
YOU ARE READING
Just a Dumb Villain
Fantasy(!Hak Milik Gambar Depan sepenuhnya milik icayenne!Dan beberapa gambar di dalam novel ini hanya sekadar memudahkan imajinasi pembaca.Mohon dimaklum.Saya hanya pinjam gambar tersebut!) Berkisah tentang seorang pembaca novel yang mati dan masuk ke dal...