Aku di dalam bilik aku sedang menyesali perbuatan aku.Amarah membuat aku tidak terkendalikan.Tapi Zack itu sangat tidak aku sukai,mengambil takdir orang lain dan berpura-pura sebagai watak utama.
"Cih,dia juga penggoda handal,dasar buaya."Kata aku.Tapi yang perlu aku risaukan ialah kesatria cahaya,baju kesatria dengan teknologi kuno.Ia belum dalam bentuk sempurnanya tetapi Leon akan kalah juga nantinya.
"Aku tak kisah jika kalah,tapi berfikir dia menggunakan kekalahan aku untuk terus berlakon sebagai watak utama.Jika dia terus mengikuti alur cerita,aku akan mati.
Tok!Tok!
Pintu bilik aku diketuk dan itu sepertinya Ernard dan Willy.Pastinya hanya memberi semangat kosong.Tapi sebagai tuan mereka,aku harus menghargai semangat mereka.Aku membuka pintu dan terkejut.Itu bukan Willy atau Enard,tapi Arthur.
"Kau mahu apa?"Tanya aku dengan dingin.Arthur pastinya ke sini untuk menyuruh aku hentikan pertandingan itu.Dia mungkin merasa bersalah kerana berfikir ia terjadi kerananya.Padahal aku hanya marah kepada penyamar itu.
"Aku ada permintaan."Kata Arthur.Aku merasa itu bukan pandangan untuk menghentikan pertandingin.Aku menjemputnya masuk dan menyediakan teh.
"Jadi,permintaan apa yang kau mahu?Jika itu untuk hentikan pertandingan,aku tidak mahu."Kata aku dan menghirup tehku.Tapi teh di tangan Arthur langsung diminum habis.Dia menjadi sangat gelojoh.
"Aku ingin kau mengalahkan Zack."Kata Arthur.Aku sendiri terkejut.Aku fikir dia ingin hentikan pertandingan.
"Ketika aku mengatakan Zack itu ramah,itu hanyalah ketika bersama orang lain.Tapi aku pernah bersendirian dengan dia dan sikapnya langsung berubah."Kata Arthur sambil menuangkan teh ke cawannya.
Dia menceritakan ketika berumur 12 tahun,dia dan Zack pernah masuk hutan bersama.Itu ketika Reina yang masuk untuk memetik herba tidak kembali.Aku ingat situasi ini.Di cerita asal,Arthur akan menyelamatkan Reina dan saat itulah Reina jatuh cinta dengan Arthur.
"Hei,kau rasa Reina ada di mana?"Tanya Arthur.
"Boleh diam tak,bukan ke aku kata jangan ikut?Kau ikut buat menyibuk je."Kata Zack dengan nada mengancam.Arthur merasa aneh dengan Zack,setiap kali dia bersendirian dengan Zack,sikapnya berubah.Dia menjadi pemarah dan suka mengejek Arthur.
"Aku juga risau dengan Reina."Kata Arthur dan dia mendengar suara tangisan.
"Hei,kau dengan itu?"Ketika Arthur ingin memeriksanya,dia ditolak oleh Zack sehingga jatuh dan ke tempat yang dimaksudkan.Ketika Arthur bangun,mereka berdua sudah tiada dan apabila balik ke desa.Semua orang desa menyambut Zack.
"Sejak itu,Reina hanya suka menghabiskan masa dengan Zack dan jarak kami menjauh.Selepas itu pula,dia menemukan kesatria cahaya dan orang desa semakin menyukai Zack.Dia sepertinya sengaja melakukan itu."Kata Arthur yang sudah menghabiskan teh di dalam teko.
Aku menggaru kepala aku.Jadi,Zack mengambil kesempatan di kejadian besar untuk menjadi watak utama,tapi sikap aslinya jauh berbeza.Bajingan,dia sedar tidak bahawa hanya menjadi pilot kesatria cahaya tidak akan menyelesaikan cerita.
"Oh ya,bagaimana kau boleh masuk ke akademi juga,jika Reina yang mempunyai bakat mengendalikan magis dan Zack memiliki sut kesatria cahaya,kau pula?"Tanya aku.
"Oh,itu sebab Zack.Entah kenapa dia memberi syarat akan masuk ke akademi jika aku juga masuk dan begitulah.Entah itu kerana dia baik atau ada yang dia sembunyikan.Kau ada teh lagi?"Kata Arthur.Aku membuka sorok meja dan memberikan biskut cokelat.Dia langsung melahapnya tanpa menggigit.
"Haaa,baiklah.Aku akan cuba kalahkan dia,tapi aku nak kau lakukan sesuatu untuk aku."Kata aku dan Arthur mendengarkan.Dia terlihat terkejut dan risau.
"Kau yakin ke?"Tanya Arthur.
"Ya,dengan itu peluang untuk kita menang akan semakin tinggi.Jangan risau,bukankah kau tidak suka dengan Zack."Kata aku.Arthur berfikir seketika dan akhirnya dia menerimanya.
"Baiklah,tapi jika aku ditangkap,aku nak kau tolong lindungi aku."Kata Arthur dan aku hanya mengangguk.Untuk berfikir aku dapat berbicara santai dengan watak utama,seluruh jalan cerita sudah runtuh hanya kerana seorang lelaki.
"Pada akhirnya Leon tetaplah penjahat.Apa ini takdir?Heh,jom bermain dengannya."Kata aku.
YOU ARE READING
Just a Dumb Villain
Fantasy(!Hak Milik Gambar Depan sepenuhnya milik icayenne!Dan beberapa gambar di dalam novel ini hanya sekadar memudahkan imajinasi pembaca.Mohon dimaklum.Saya hanya pinjam gambar tersebut!) Berkisah tentang seorang pembaca novel yang mati dan masuk ke dal...