Sebuah kapal keluar ke pesisir pantai yang tidak ramai orang,sengaja begitu agar orang lain tidak melihat kami kerana kapal ini agak menonjol walaupun agak tua.Nasib baik kita ada tenaga yang cukup kuat untuk menggerakkan enjin.
"Oi!Apa yang kau lakukan dengan bentuk fizik aku!"Jerit Red.Walaupun aku sahaja yang boleh dengarnya saat ini kerana dia dapat bentuk roh.
"Sabarlah,kita takde masa nak cari enjin baru.Hanya permata kau yang ada kuasa cukup untuk menghidupkan enjin kapal."Kata aku dan melihat tubuh robot Red yang terbuka dan di perutnya terlihat permata naga yang dililit dengan wayar yang langsung bersambung dengan enjin.
"Cih,dah la susah nak keluar.Lepas siap panggil aku,aku tak boleh terus dalam bentuk roh."Kata Red dan masuk ke dalam tanda di tangan aku.Rasanya itu seperti tempat tidur untuknya,rasanya agak kekok berfikir naga bersemayam dalam tubuh aku.
"Jadi,kita akan ke mana?"Tanya Oboi yang ada di tempat mengemudi kapal.Dia terlihat sangat bersemangat sehingga aku boleh lihat matanya bersinar terang.Kemudian Kawa,gagak milik Oboi hinggap di atas bahu Oboi.Dia memang hilang dan muncul macam tu je ke?
"Kawa!Haha!Lihatlah,Pegasus dah hidup kembali!Haha!"Kata Oboi dengan ceria.
"Kaw!Kaw!"Gagak itu seperti membalas ucapan Oboi.Aku merenung Kawa,dia berbeza dengan gagak lain.Memangnya gagak macam tu?Hmm...
"Apa yang kau tengok?"Tanya Frejya.
"Kawa,memangnya dia tu gagak?"Tanya aku dan Kawa terlihat terkejut dan segera berpaling.Itu reaksi yang aneh untuk seekor gagak.Well,bukan urusan aku.
"Lupakan,mungkin aku salah lihat."Kata aku dan berpaling,sekilas aku melihat Kawa menghembus nafas lega.Tetap dalam pengawasan aku,gagak kecil.
"Jadi,kita akan ke mana?"Tanya Frejya.
"Ke arah sana,timur rasanya.Aku boleh lihat ada sedikit aura sihir di sana.Aku rasa ada kaitan dengan bangsa elf."Kata aku dan Frejya memberikan pandangan aneh.Aku bertanya,"kenapa?"
"Bagaimana kau boleh tahu di sana ada aura sihir?"Tanya Frejya.
"Bukan ke aku dah cerita,selepas membuat kontrak,aku dapat guna sebahagian kekuatan sihirnya,walaupunku badan aku akan sangat sakit lepas gunakannya,jadi aku hanya guna sedikit saja."Jelas aku dan Frejya terdiam.
"Oh ya,apa aku dah cerita masa di kerajaan Xaiverion,ada kelompok misteri bernama Alieno dan pemimpin mereka bernama Aamon kalau tak salah.Ketua Ezra yang cerita kepada aku."Kata Frejya dan aku diam membatu.
"Dia juga melakukan persembahan muzik,bila dengar aku fikir betapa anehnya orang itu.Kenapa tidak selesaikan saja Dark Divine itu?Jika tidak,pasti tidak banyak korban berjatuhan."Kata Frejya dengan tidak puas hati.Aku hanya diam sambil menutup muka.
Well,aku juga terfikir begitu,tapi syarat untuk menggunakan kekuatan penuh sihir Red ialah ia harus tunggu sehingga semua tenaga sihir terkumpul.Aku memainkan muzik untuk mengalihkan perhatian Luceus agar tidak langsung menggunakan kekuatan penuhnya.Maafkan aku.
"Walaupun Ketua Ezra kata Alieno menyelamatkan mereka,aku tetap kesal kerana ada banyak korban jatuh,tapi dia hanya tertawa dan bermain muzik.Betulkan?Huh?Kenapa kau tutup muka?"Tanya Frejya.
"Haha,matahari sangat cerah di lautan yang luas ini."Kata aku.Maafkan aku sebagai Aamon,walaupun aku tak boleh dedahkan identiti itu kepada kau.
"Ah,mana Lily dan Fai?"Tanya aku dan Frejya menunjuk ke arah depan kapal di mana di sana ada Lily yang naik ke ata kuda dan terlihat seronok.Dia memang banyak tenaga seperti budak kecil dan ketika penat akan tidur.
"Untuk Fai....dia kat bawah...."Kata Frejya.Aku melihat ke bawah dan terlihat Red yang terbaring seperti mayat.Sekilas aku boleh tahu itu Fai yang menyamar.
"Ughh....tak pernah ke laut....Brgh!"Fai langsung terbang dan muntah ke laut.Jadi dia mabuk laut,tapi hebat dia masih boleh mempertahankan penyamarannya.Aku hanya menghembus nafas dan Frejya tertawa kecil.Baguslah,semuanya damai.Tak pening kalau ada raksasa muncul.
Tiba-tiba kapal bergegar.Kau serius?Aku baru terfikir beberapa saat lalu dan kau baru datang,apa nasib aku memang seburuk itu?Tak guna punya nasib!
"Itu raksasa laut!Lily!Berundur!"Arah Frejya yang berlari ke arah Lily yang masih menunggang 'kuda' di depan kapal.Frejya menangkap Lily dan melompat ke belakang.Sial,aku tak boleh pakai sut kesatria naga sebab tubuh Red digunakan untuk enjin.
Kemudian muncul buih dari bawah laut dan muncul seekor makhluk laut yang terlihat seperti ikan dengan lampu di atas kepalanya.Bukan ke itu ikan bawah laut?Kenapa muncul di permukaan laut?!
"Oboi!Bawa kapal keluar dari kawasan ini!"Arah aku.Oboi yang ketakutan sebentar langsung memutarkan roda kemudi ke kanan.Ikan itu cuba menyerang,namun kapal yang lebih pantas berjaya mengelak serangan ikan itu.
"Brgh!Blurghhhh...."Fai muntah dengan banyak.
Namun ikan itu tidak terlihat mahu melepaskan kami,dia menyelam dan aku boleh lihat bayangnya di bawah air.Dia cuba mengejar kapal!Apa kita tiada meriam atau semacamnya?
"Kaw!Kaw!"Kawa terbang di atas butang merah di tepi roda kemudi.Oboi yang melihat itu langsung melihat butang merah besar itu.
"Huh?Kau nak aku tekan butang ni?"Kata Oboi dan dengan ragu-ragu menekan butang merah besar itu dan bunyi siren memenuhi kapal.
[Sistem Pertahanan Dihidupkan,diminta semua kru untuk berlindung]
Sebuah dinding lut sinar keluar dan menutup bahagian atas kapal.Sekilas aku boleh tahu yang itu bukan teknologi dari kapal layar biasa,itu ialah perisai nano yang menutup seluruh kapal.Apa keluarga Oboi itu orang biasa?
Kemudian di bahagian sisi kanan dan kiri kapal muncul meriam gergasi yang kemudian bergerak ke arah belakang.Di depan Oboi pula muncul layar yang menunjukkan sasaran iaitu iakan besar itu.
[Meminta Izin untuk menembak?]
"Errr,tembak?"Kata Oboi dan meriam gergasi itu mengeluarkan pancaran tenaga yang besar dan menembakkan laser ke dalam laut,air di sekitar bergelora akibat tembakan besar itu.Ikan yang mengejar seperti terkena sengatan elektrik berkuasa tinggi.
Selepas itu,meriam itu kembali ke kedudukan asalnya dan tersimpan dalam kapal kembali.Perisai nano menghilang begitu sahaja.
[Sasaran telah dihapuskan]
......
"Apa tu?"Tanya Oboi.Itu yang sepatutnya aku kata!
"Kau tak tahu?!Bukan ke ini kapal ibu bapa kau?!"Tanya aku.
"Mana aku tahu!Aku tak pernah naik kapal ni!"Jerit Oboi.
"Hahaha!Boleh kita buat lagi?"Tanya Lily yang berfikir ini seperti permainan.Frejya hanya menggeleng dan menahan pening akibat kapal yang bergoyang.Tapi yang paling buruk ialah Fai.
"Brgh....aku nak muntah tapi dah takde isi....."Kata Fai yang terlihat lemah.
YOU ARE READING
Just a Dumb Villain
Fantasia(!Hak Milik Gambar Depan sepenuhnya milik icayenne!Dan beberapa gambar di dalam novel ini hanya sekadar memudahkan imajinasi pembaca.Mohon dimaklum.Saya hanya pinjam gambar tersebut!) Berkisah tentang seorang pembaca novel yang mati dan masuk ke dal...