Bab 42:Kau di sini!?

13 4 0
                                    

Ketika aku kembali ke kerajaan Kronum.Aku segera dijemput oleh pengawal untuk kembali ke rumahku.Sepatutnya minggu pertama aku menghabiskan masa di markas rahsia aku.Tapi aku kena uruskan masalah Zack dan selepas semua itu,aku jadi letih dan mahu terus balik.

Aku kini mengetahui rahsia dari cerita tersembunyi.Setiap kemungkinan di dunia ini muncul kerana ia mengalami pengulangan yang disebabkan Dark Lord.Entah apa tujuan dia,tapi aku yakin dia ada tujuannya dan itu dari pengulangan sebelumnya.

Aku juga ada teori bagaimana readers seperti aku dan Zack boleh ada dalam dunia ini.Ia disebabkan kami memiliki kaitan dengan novel Knight Hero dan secara kebetulan tertarik dalam pengulangan yang dibuat Dark Lord.

Kekuatan entitas kegelapan itu sangat kuat sehingga membuat celah antara dunia khayalan dan dunia nyata sehingga kami boleh ada di dunia ini.Aku yakin di luar sana masih ada readers lain.Aku mungkin kena cari mereka dan dengan pengetahuan kami,ending yang dimaksudkan Kailan boleh dielakkan.

"Tuan muda,kita dah sampai."Kata pengawal rumah kami.Apa sudah sampai?Ahh,aku nak mandi dan terus tidur.Aku keluar dari kereta dan waktu itu sudah senja.Aku melihat rumah agam Moriet.Siapa sangka kampung halaman kami adalah kerajaan Sirgion.Tapi untuk menghormati keputusan Kailan,aku akan tutup mulut.

Aku berjalan ke pintu rumah dan membunyikan loceng.Biasanya pelayan yang akan membukakannya,tapi aku mendengar suara tawa yang rasanya tidak asing.Mustahil,kenapa dia ada di sini!

Klik!

Pintu terbuka dan mata aku menangkap rambut perang indah dan mata biru seperti langit.Senyum yang menyembunyikan perasaannya membuat aku terdiam.Lebih tepatnya aku terkejut sampai mahu pengsan.

"Selamat pulang,Leon."Itu Alice Xaiverion yang menyamar sebagai Diana Lumbrace.Dia memakai pakaian serba putih dan kali ini berkacamata.Dia terlihat menunggu balasan aku.

"Maaf,nampaknya aku salah rumah."Kata aku dan berbalik untuk lari.Aku akan tidur di markas rahsia aku kalau begitu.

"Ke mana kau nak lari?"Tanya Alice dan menarik aku untuk masuk ke dalam.Tuhan,tolong aku.Seksaan apakah ini.Aku baru balik dan langsung menghadap iblis wanita menakutkan!

"Oh,Leon.Kamu sudah balik."Kata Marcus yang muncul di waktu yang tepat.

"Oi,aku nak penjelasan.Kenapa dia ada kat sini!?"Aku menarik kerah Marcus dan memaksa dia memberi penjelasan atas kedatangan Alice ke rumah kami.

"Diana?Ah,kerana ayah sebelumnya nak berbincang tentang memasarkan sut kesatria ke kerajaan Xaiverion,ayah fikir akan mudah untuk melakukannya dengan kenalan dari sana.Jadi ayah menjemputnya ke sini.Bukankah kalian berteman baik?Dia sering bertanya tentang kamu."Jelas Marcus.Kau bergurau dengan aku?Bagi dia aku ini hanyalah mainan untuk mengisi keseronokannya.

"Tuan,makan malam dah siap."Kata pelayan yang datang.

"Ah,bagus.Leon,pergilah bersihkan diri kamu dan makan bersama.Hari ini istimewa kerana Loran dan Diana turut membantu untuk memasak."Kata Marcus.Aku melihat ke Alice dan dia hanya menunjukkan wajah senyum yang tersembunyi.

"Kau....tak cuba racun aku,kan?"Tanya aku dan Alice mula berbisik.

"Entah,mungkin kau takkan tengok matahari lagi esok.Hehe."Katanya dan melangkah pergi.Seluruh tubuh aku menggigil ketakutan,serius,dia memang tak boleh baca.Gadis ais ini.

.

.

.

Selepas membersihkan diri dan menukar pakaian,aku turun dan aku melihat semua orang sudah menunggu aku.Aku terus ke kerusi aku yang bersebelahan dengan Alice.Dia melihat aku dan tidak mengatakan apa-apa.

"Baiklah,semua sudah ada.Jadi,ayuh kita makan."Kata Marcus.Sudah lama aku tidak makan makanan rumah.Jadi hari ini ialah nasi berwarna dan aku boleh lihat ada daging yang dimasak bersama.Ia sesuatu yang jarang kerana biasanya kami makan roti ataupun sup.

"Bagaimana?Itu beras dari kerajaan Xaiverion,apa kali ini kau lihat?"Kata Alice.Jadi ini perbuatan dia?Aku baru tahu kerajaan Xaiverion ada beras,aku juga rindu untuk makan beras seperti di dunia aku sebelumnya.

"Saya juga terkejut,kehebatan Diana memasak membuatkan saya jadi teringat waktu sebelum kita menikah."Kata Loran.Dia dahulu bukan bangsawan,hanya orang biasa.Jadi dia sudah ada pengalaman bertahan hidup dengan membesarkan Oscar.

"Nah,makanlah.Nak saya suap?"Tanya Alice dan mengambil sudu untuk menyuap aku.Tapi aku segera merampas sudu itu dan memasukkan nasi ke dalam mulut aku.Tidak aku sangka makanan itu sangat enak dan rempahnya seperti merangsang lidah aku.

"Enak?"Tanya Alice.Aku hanya diam dan tidak mahu mengakui.Siapa sangka puteri sepertinya boleh memasak,aku fikir dia hanya puteri pemalas yang menunggu makanan untuk disediakan,rupanya dia boleh memasak.

"Haha,pasti kamu terkejut.Waktu pertama kali dia sampai juga,kami sangat terkejut kerana dia sangat pandai memasak."Marcus mula memuji masakan Alice dan mula memakannya juga.

"Hei,kau tak benar-benar meracun kami,kan?"Bisik aku kepada Alice.

"Siapa tahu?"Kata Alice dengan wajah sinis.Namun kerana dia juga makan makanan yang sama dengan kami,jadi aku rasa dia hanya bergurau.Nasib baik.

Ketika aku ingin sambung makan,aku melihat Oscar melihat ke arah aku.Entah kenapa dia terus diam sejak tadi.Well,dia memang biasanya seperti itu,tapi aura yang dia keluarkan agak berbeza.Apapun,selepas ini aku akan terus tidur.

Just a Dumb VillainWhere stories live. Discover now