Bab 9:Kemenangan

34 6 0
                                    

Aku kembali ke bilik menunggu dan di sana ada Reina dan Elizabeth yang menunggu.Aku sudah tahu alasan mereka dan pura-pura tidak peduli.Di mana Willy dan Enard ketika waktu begini?

"Leon,baik kau mengaku yang kau bermain tipu."Kata Elizabeth.

"Benar,kami sudah lihat cara bertarung Zack dan dia tidak perlahan seperti tadi.Kamu pasti melakukan sesuatu."Kata Reina pula.Aku menghela nafas dan duduk sambil menyilangkan tangan.

"Mana aku tahu,mungkin dia terlalu anggap aku remeh?Kau takkan menang dengan mudah hanya dengan menggunakan sut kesatria cahaya."Kata aku.Mereka berdua terdiam dan menatap tajam ke arahku.Kenapa mereka sangat jatuh cinta dengan si Zack tu?

"Jangan berbohong,aku sendiri melihatnya.Setiap kali Zack mahu menyerang balik,di sesaat berhenti."Kata Elizabeth.

Hoho,perempuan ini cukup teliti.Dia memang seorang yang bijak dalam cerita Knight Hero.Tapi jangan remehkan aku yang sudah membaca Knight Hero beratus kali.

"Ada bukti?"Tanya aku dengan senyum sinis.Elizabeth dan Reina tersentak.Tentunya dia akan langsung melaporkan kepada semua orang jika aku bermain tipu jika ada bukti daripada datang langsung ke aku.

"Ka-kau pasti menyembunyikannya!"Kata Reina.

"Hahaha!Sampai segitunya kalian mahu memenangkan Zack?Baiklah,sebarkan.Sebarkan!Aku bermain tipu tanpa adanya bukti,malah kalianlah yang akan dibenci oleh semua orang.Mempertahankan seseorang yang jelas kalah,tetapi masih berdegil mahu dia menang!"Kata aku dengan percaya diri.

Elizabeth dan Reina terlihat marah tetapi dia tahu aku betul.Mereka berdua keluar dari bilik dengan perasaan marah.Selepas mendengar langkah kaki mereka sudah menjauh,aku melepas nafas lega.

"Haaa,wanita memang makhluk yang sukar difahami."Kata aku dan menggaru kepalaku.Sungguh sukar memerankan watak penjahat.

Aku menukar pakaianku dan keluar.Anehnya kedua badut itu masih belum datang,selalunya mereka akan datang jika tahu aku sudah menang.Di mana mereka?

Ketika aku berjalan di lorong yang menghubungkan lapangan dengan akademi.Aku melihat kerumunan orang ramai sedang berkumpul.Aku mendekat dan melihat dua orang yang tidak asing.

"Baiklah!Siapa yang bertaruh kepada Tuan Leon!Hadiah pertaruhan yang besar menunggu!"Jerit Willy.

"Haha!Apa yang aku katakan?Tuan Leon pasti akan menang!"

Aku melihat kedua badut itu sedang melakukan pertaruhan.Beraninya mereka melakukan itu tanpa sepengetahuanku.Apalagi itu sangat meriah sehingga orang lain tidak sedar akan kedatanganku.

"Apa yang kalian lakukan!"Aku memukul kepala mereka berdua dan membuat orang ramai mulai diam.

"Eh,Tuan Leon?"

"Sejak bila Tuan Leon datang?"

"Kenapa kalian melakukan pertaruhan tanpa persetujuan aku?"Tanya aku.

"Ah,ini idea Arthur.Dia kata nama anda akan semakin terkenal dengan melakukan pertaruhan."Jelas Enard.

"Hah?"Ternyata sifat liciknya masih ada walaupun peran watak utama sudah diambil.Aku mencari Arthur dan melihat dia cuba melarikan diri dalam kerumunan orang.Tapi aku menarik kerah bajunya supaya dia tidak boleh lari.

"Oh,kau dah kembali?Selamat kerana memenangkan pertandingan."Kata Arthur yang cuba menukar topik.

"Beraninya kau mempergunakan aku untuk mendapatkan duit!"Jerit aku dan menarik kerah bajunya.

"Haha,tapi kau menangkan.Semua kerana aku."Bisik Arthur.

Dia benar.Pada hakikatnya mustahil mengalahkan kecepatan sut kesatria cahaya.Jadi aku menyuruh Arthur menanamkan alat elektromagnetik supaya memperlahankan sut itu.Alat itu sangat kecil dan sukar dilihat oleh orang dan berfungsi apabila memetikan jari.Apalagi ia sekali guna dan akan meletup dan berkecai.

Alasan pengimbas lapangan tidak boleh mengesan alat itu kerana aku mengaturnya akan meletup jika aku memetik jari dua kali.Kertas yang diberikan oleh Arthur ialah tempat dia menanam alat itu agar aku boleh memancing Zack ke sana.

"Haa,baiklah.Kau berhak mendapatkan ganjaran kerana mambantuku."Kata aku dan melepaskan Arthur.

"Haha,aku menunggu kerjasama kita.Hubungan aku dengan Reina juga akan berakhir."Kata Arthur.Aku bertanya kenapa.

"Kenapa pula?"

"Reina menangis ketika melawat Zack yang terluka tetapi ketika aku datang dan berkata dia layak menerimanya,dia menampar aku.Ni buktinya."Kata Arthur dan menunjukkan bekas merah di pipinya."Nampaknya kita berdua sudah menjadi penjahat di sini.Haha."Kata Arthur.

Saat ini cerita sudah bercelaru kerana satu orang.Arthur juga sudah tidak boleh menggunakan sut kesatria cahaya kerana hanya orang pertama yang menjalin hubungan dengan sut itu boleh menggunakannya.

"Aku pergi dulu.Kau uruskanlah pertaruhan yang kau buat tu."Kata aku.

"Mana kau nak pergi?"Tanya Arthur.

"Jumpa dengan yang kalah."Kata aku dan berjalan ke arah bilik rawatan.Aku ke sana untuk menanyakan alasan Zack mengubah jalan cerita utama.Sebab dia,dunia ini mungkin akan hancur.


Just a Dumb VillainWhere stories live. Discover now