Aku ke tempat di mana aku menemukan ketiga anak kecil di dalam tabung.Mereka terlihat seperti tidur dengan seluruh badan mereka ditusuk batang besi dan dawai hitam.Gadis elf itu terlihat terkejut dengan apa yang disaksikan olehnya.
"Dia yang membuat semua ini."Kata aku dan menunjukkan ke tabung yang berisi Porato.Ia bergerak seperti ingin melepaskan diri.
"Kenapa kau biarkan binatang tu hidup!!Seharusnya dia layak untuk mati!"Kata gadis elf dan menumbuk dinding sehingga ia retak.Aku tahu dia layak dibunuh,tetapi itu akan buat dia terlepas dengan mudah.
"Kau fikir aku sebaik itu untuk bunuh tanpa menyeksa dia?"Tanya aku dengan pandangan serius.Gadis elf itu terlihat sedikit terkejut dan mengalihkan wajahnya.Aku melihat tabung yang berisi Porato.Dia cuba untuk keluar tetapi tubuhnya yang cair tidak cukup kuat untuk memecahkan tabung.
"Jadi,apa yang akan kau lakukan terhadap mereka?Mereka pasti sudah menderita."Kata gadis elf dan menyentuh tabung yang berisi anak kecil dengan wajah kasihan.
"Aku akan membebaskan mereka,di catatan Porato ada tertulis bagaimana eksperimen ini dijalankan.Mereka memiliki kemampuan manusia setengah binatang walaupun tidak terlalu sama."Kata aku dan menyambung."Kau boleh menggunakan sihir penyembuhan?"Tanya aku.
"Aku tahu sedikit,tapi tak sangat."Kata gadis elf.
"Itu sudah cukup,aku hanya nak kau sembuhkan luka setiap kali aku melepaskan semua peralatan yang melekat di tubuh mereka."Kata aku dan gadis elf mengangguk setuju.
Kami menghabiskan semalam penuh melepaskan peralatan yang mengikat anak-anak kecil itu.Malam itu dipenuhi dengan teriakan anak kecil yang menggema.Itu diharuskan kerana operasi itu dijalankan tanpa ubat tahan sakit.Pada akhirnya,kami berjaya mengeluarkan alatan di seluruh tubuh mereka.Kini mereka tertidur selepas operasi yang menyeksakan.
"Mereka terlihat comel tanpa alatan itu.Tapi aku yakin hidup mereka akan berbeza dari yang lain."Kata gadis elf dan mengusap kepala anak yang tertidur itu.
"Nak buat macam mana,keupayaan yang tertanam dalam diri mereka perlahan-lahan akan semakin kuat.Mereka akan tahu bagaimana menggunakan kekuatan mereka seiring waktu."Kata aku dan mengelap darah yang melekat di tangan aku.
"Walaupun kau terlihat menakutkan,hati kau baik juga."Kata si gadis elf.
"Huh?Maksudnya?"Tanya aku.Apa kerana sifat Leon?Sifat aku menjadi bercampur akhir-akhir ini.
"Oh,ya.Aku nak bincang sesuatu dengan kau."Kata gadis elf.
"Apa?"Tanya aku.
"Kenapa kita tidak bekerjasama?Aku lihat cara kau bertarung dan kau terbukti sangat kuat,aku sendiri tak boleh lihat dengan jelas pertarungan kau dan hanya melihat angin kuat."Kata gadis elf.
"Itu hanya kuasa sut,aku tak boleh buat apa tanpa sut dengan kata lain aku lebih lemah dari kau."Kata aku.Bukannya tak mahu bekerjasama,tapi aku takut jika aku terus dekat dengan gadis elf,masa depan akan semakin berubah.
"Sut atau tidak,aku tak kisah.Kau juga tak boleh lawan Dark Divine seorang diri."Kata gadis elf.Apa yang dia katakan benar juga.Porato ialah anggota Dark Divine terlemah.Dark Divine berisikan 12 ketua yang masing-masing memiliki kekuatan yang berbeza.Urutan tidak menunjukkan kekuatan mereka.Jadi,aku boleh kata yang semua ketua Dark Divine sangat kuat.
"Baiklah,tetapi dengan syarat.Dapatkan aku permata naga di gunung Gurata."Kata aku.
"Huh?Permata naga,aku pertama kali dengar ada permata seperti itu."Kata gadis elf.Tentu saja,ia akan ditemukan sekitar 5 tahun dari sekarang.Permata naga ialah alat yang digunakan Dark Divine untuk membangkitkan naga kuno.Saat ini mereka sedang menambang untuk mencari permata itu.Tapi hanya aku yang tahu ia berada di gunung Gurata yang dijaga oleh Basilisk.
"Aku perlukan permata itu untuk membuat sut yang lebih kuat,dengan itu kita boleh menumpaskan Dark Divine bersama."Kata aku dan menghulurkan tangan aku.
"Hmm,baiklah.Katakan di mana aku harus menghantarnya."Kata gadis elf dan menjabat tangan aku.
"Di sini,aku ingin menjadikan tempat ini sebagai markas aku."Kata aku.Tempat ini tersembunyi dan besar.Dengan tempat sebesar ini,aku boleh membuat sut tanpa diketahui oleh orang lain.
"Hm,baiklah.Dengan ini kau sudah menjadi kekuatan tambahan dalam Bravely Dead."Kata gadis elf.Bravely Dead?Aku tak ingat nama organisasi seperti itu.
"Bravely Dead?"Tanya aku.
"Kumpulan yang berisi orang-orang kuat yang ingin menghapuskan Dark Divine.Nanti aku perkenalkan anggota yang lain pada kau."Kata gadis elf.Bravely Dead,kelompok berisi orang kuat yang melawan Dark Divine,kumpulan sepenting itu mustahil tidak tertulis dalam novel.Perubahan sebesar ini,jangan-jangan,orang dari dunia nyata juga?Hanya itu penjelasan untuk semua keanehan ini.
"Baiklah,aku tak sabar nak jumpa dengan ketua kalian."Kata aku.
"Kau pasti menyukainya,dia kuat,cantik dan boleh menggunakan sihir tanah yang kuat!"Kata gadis elf seperti membanggakan sosok ketuanya itu.Jadi dia perempuan.Aku kena siasat perkara ni.
"Apapun,bagaimana dengan mereka?"Tanya gadis elf yang terlihat sudah mahu pergi.
"Biar aku yang urus,aku tahu siapa yang cukup baik untuk mengasuh mereka."Kata aku.
"Baiklah,oh sebelum lupa.Nama aku Frejya,aku harapkan kerjasama kita untuk masa depan."Kata gadis elf dan menunggu balasan aku.Apa aku harus memberi nama asliku?Sebaiknya berjaga-jaga.
"Nama aku Jacom."Kata aku dan kami mengucapkan selamat tinggal antara satu sama lain.Aku melihat ketiga anak kecil ini dan memutuskan untuk memberi mereka hidup baru.Aku tidak mahu mempergunakan mereka kerana sudah banyak seksaan yang mereka dapat.
Keesokan harinya,
Aku terbangun di bilik penginapan.Ah,badan aku kejang semua.Untungnya aku ambil tiga hari,kalau hari ni aku kena masuk,tak boleh gerak la jawabnya.Aku bangun dan turun untuk sarapan dan di sana aku lihat tiga budak yang makan dengan lahap.
"Siapa mereka?"Tanya aku kepada pemilik penginapan.
"Entahlah,pagi tadi saya terjumpa di belakang penginapan dengan nota bertulis,'tolong beri mereka hidup baru'.Sedih sekali,ibu bapa mereka pasti orang susah."Kata pemilik penginapan.
"Jadi,kau akan jaga?"Tanya aku.Aku sengaja meninggalkan nota,tapi aku sendiri tidak tahu apa pemilik akan menjaga mereka kerana perniagaannya yang kurang stabil.Aku ingin menguji pemilik penginapan,apa dia sanggup atau tak.
"Hmm,apa boleh buat.Lihatlah mereka,saya tak boleh biarkan mereka di jalanan seperti itu.Luka mereka sangat teruk,jadi saya akan cuba merawat mereka."Kata pemilik penginapan.Aku tersenyum.Dengan ini,ketiga anak ini akan mendapatkan kehidupan baru.
"Satu teh madu dan roti."Pesan aku.Tiba-tiba,salah seorang budak itu menghiduku.
"Tuan Besi!"
"Hah?"
Aku meninggalkan penginapan dan memberi tip yang sangat banyak.Bukannya aku mahu melempar tanggungjawab menjaga mereka begitu saja.Aku yakin dia akan terkejut melihat 10000 Fian dalam bilik yang aku tinggal.
YOU ARE READING
Just a Dumb Villain
Fantasy(!Hak Milik Gambar Depan sepenuhnya milik icayenne!Dan beberapa gambar di dalam novel ini hanya sekadar memudahkan imajinasi pembaca.Mohon dimaklum.Saya hanya pinjam gambar tersebut!) Berkisah tentang seorang pembaca novel yang mati dan masuk ke dal...