Aku terus menuju ke bilik aku selepas makan.Peristiwa di kerajaan Sirgion betul-betul buat aku penat secara mental dan fizikal.Aku akan tidur sampai puas.Tapi kemudian aku mendengar hembusan angin di telinga aku.
"Fuh..."
Aku langsung terkejut dan sedikit melompat ke belakang dan melihat Alice yang tersenyum melihat reaksi aku.Cih,dia ni memang tak ada hawa kehadiran ke?Aku sampai tak perasan dia ikut aku.
"Haha,bagaimana?"Tanya Alice.
"Hah?Apa yang kau nak ni?"Soal aku dan aku membuat jarak di antara aku dengan dia kerana perasan yang jarak kami agak dekat.
"Padahal saya dah memasak sungguh-sungguh kerana tahu awak akan balik.Tapi awak tak puji pun masakan saya."Kata Alice yang membuat wajah sedih,tapi aku tahu itu bohong.Tapi jika itu yang dia nak,apa salahnya.
"Ya,masakan kau sangat sedap.Kau akan jadi isteri yang sempurna."Puji aku.Pasti dia akan membalas dengan ejekan.Aku dah boleh bayang wajahnya yang menertawakan aku.Tapi kenapa reaksi dia lambat sangat?
"Hahaha!Apa ni?Awak cuba lamar saya?Takkan berkesan...hehe."Kata Alice dan berjalan pergi.Cih,dia memang orang yang suka cari pasal.Tapi kenapa lama sangat dia nak balas?
"Dia dah pergi?"Suatu suara muncul dari belakang dan membuat aku terperanjat.
"Ah!Kau rupanya,Oscar!"Jerit aku.Kenapa pulak budak umur 10 tahun ni buat kat sini?Biasanya dia hanya akan diam dan membaca di biliknya.
"Aku ada sesuatu nak tanya kau.Ini sesuatu yang rahsia,jadi kita bincang kat tempat tertutup."Kata Oscar dan tanpa izinnya,dia masuk ke bilik aku.Haih,aku dah stres dengan Alice,sekarang dia pula.Aku akan selesaikan semuanya dan tidur.
.
.
.
"Jadi,apa benda "rahsia" yang kau nak bincang?"Tanya aku.Oscar hanya diam dan melihat aku sehingga membuat aku rasa tak selesa.
"Siapa kau?"Tanya Oscar sehingga membuat aku bingung.
"Ha...dengar,aku takde masa nak bergurau.Aku penat,jadi balik bilik kau dan tidur atau apalah."Kata aku dan membuka pintu untuknya.
"Kau bukan Leon,jadi siapa kau?"Tanya Oscar dan membuat aku terdiam.Bagaimana dia tahu?Apa penyamaran aku terbongkar?Apa aku....harus bunuh dia?Tak,itu akan buat aku tertangkap,jadi dengar dulu penjelasan dia.
"Aku bukan Leon?Apa otak kau dah tak betul?"Aku cuba kembali ke sikap Leon yang sepatutnya,Leon suka merendahkan Oscar,jadi mungkin dia akan berubah fikiran dan balik ke bilik.
"Sikap kau terus berubah,maksudnya kau nak aku fikir kau Leon yang betul.Itu tak akan berkesan.Aku mula pelik waktu sebelum kau masuk akademi.Cara mata kau dan percakapan lebih sopan.Kau pula tidak mengamuk sembarangan,tak seperti dulu.Jadi,aku yakin 100%,kau bukan Leon yang asli walaupun tubuh dan suara kau sama."Kata Oscar.Apa benda tu?Bukankah dia terlalu bijak untuk budak berumur 10 tahun?Dia tahu yang aku bukan Leon dan nampaknya takde apa yang boleh ubah pendapat dia.
"Haih....kalau aku kata yang apa kau kata itu betul?Apa kau nak?"Tanya aku dan membuat Oscar terdiam.Wajahnya yang dingin tak menunjukkan reaksi.Kalau aku letak dia sebelah mayat,aku sendiri tak boleh beza.
"Takde apa,aku takkan beritahu ayah dan ibu.Aku sendiri memang bencikan Leon yang asli.Jadi aku rasa kau lebih baik dari dia."Kata Oscar.Itu pujian?Aku sendiri tak tahu nak kata apa.
"Jadi.Apa yang berlaku kepada Leon yang asli?"Tana Oscar lagi.
"Entah,mungkin mati,mungkin tertidur dalam ni.Aku sendiri tak tahu."Kata aku.Terkadang aku boleh rasakan kekejaman Leon yang membuat aku menjadi lebih kejam dan tak berperasaan.
"Baguslah,aku memang harap dia mati."Kata Oscar.Kalimat yang tak patutnya dikeluarkan oleh budak berumur 10 tahun.Dia memiliki otak yang bijak dan tidak memiliki perasaan kasihan.Sifat yang buat aku tertarik.
Dalam novel diceritakan Leon suka membuli Oscar,jadi pasti itu membuat rasa dendam membara tumbuh dalam diri Oscar dan membuat dia menjadi sosok pendiam.Apa aku perlu merekrutnya?
"Oscar,apa kau nak jadi pasukan aku?"Soal aku dan buat Oscar menghentikan langkah untuk keluar dari bilik aku.
"Pasukan?Apa kau sedang buat pasukan untuk acara sekolah?Kalau macam tu,tak terima kasih."Kata Oscar dan mahu berganjak pergi.
"Pasukan rahsia,atau lebih tepatnya,pasukan yang mahu aku bentuk untuk musnahkan organisasi jahat,Dark Divine iaitu penyembah Dark Lord."Kata aku dan Oscar terlihat tertarik.Dapat kau.
"Aku memang ada dengar ada kumpulan macam tu,tapi aku fikir itu cuma mitos.Apa kau ada bukti?"Tanya Oscar.
"Aku tiada bukti fizik.Tapi pergerakan aneh mereka mula buat aku kesusahan dalam meramalkan rancangan mereka seterusnya.Aku lihat potensi dalam diri kau.Jadi,kau nak ikut?"Soal aku dan menghulurkan tangan.
Oscar terlihat memikirkan sesuatu dengan serius.Pastinya itu sukar dipercayai,tapi aku rasa dia akan menerimanya kerana sifat kejamnya itu.Aku lihat dia dan Leon tak jauh berbeza,sama-sama memiliki watak kejam dalam diri.Tapi Oscar lebih tersembunyi.
"Baiklah,apa namanya?"Tanya Oscar.Huh?Nama?Aku tak memikirkan sejauh itu.Nama.....Aku terfikirkan sesuatu.
"Macam mana dengan Unwritten?"Aku memberikan nama itu kerana pasukan ini tidak pernah ditulis dalam novel.Aku sendiri tak tahu nak namakan pasukan ini apa.
"Kau takde bakat dalam memberi nama."Kata Oscar.
"Cih,kau balik dan tidur.Nanti aku fikir nama yang lebih baik!Ahli pasukan lain biar aku yang cari."Kata aku sambil mencubit pipi Oscar sehingga merah.Dia kemudian kembali ke biliknya.Dengan ini pasukan rahsia aku sudah terbentuk.Aku ada beberapa senarai orang yang mahu aku ajak untuk bergabung.Aku akan cari waktu cuti nanti.
YOU ARE READING
Just a Dumb Villain
Fantasy(!Hak Milik Gambar Depan sepenuhnya milik icayenne!Dan beberapa gambar di dalam novel ini hanya sekadar memudahkan imajinasi pembaca.Mohon dimaklum.Saya hanya pinjam gambar tersebut!) Berkisah tentang seorang pembaca novel yang mati dan masuk ke dal...