"Rasanya malas untuk menjadi perwakilan,itu saja."Kata aku dan meminum teh aku.
"Ah,begitu.Saya yakin anda seorang yang bekerja sangat keras,jadi masalah ini hanyalah remeh untuk anda."Kata Luke.Wah,lihatlah lelaki ini.Dia menekanku dan pura-pura tidak bersalah.Dia sengaja cari pasal ke?Baiklah.
"Anda pula,boleh saya tahu bagaimana anda menjadi perwakilan?"Tanya aku dan Luke terdiam seketika.Anak matanya terus bergerak ke kiri di mana gadis berambut perang itu berada.
"Saya menjadi perwakilan kerana mendapat nilai sempurna di semua mata pelajaran.Agak memalukan,jadi saya harap anda tidak mengungkit itu."Kata Luke,dia pasti menyembunyikan sesuatu.Aku akan biarkan saja kali ni.
"Baiklah,kami ingin berbual lagi,tetapi ada sesuatu yang kami perlu siapkan untuk kalian.Mohon tunggu dan nikmati saja manisan di sini."Kata aku dan mengajak mereka keluar.Aku ambil peluang itu untuk meletakkan sesuatu di bawah meja.Ketika keluar,Zack dan Elizabeth bertanya.
"Kenapa kau tiba-tiba keluar ni?"Tanya Zack.
"Entah,kau tak rasa tu kurang sopan ke?"Kata Elizabeth.
"Luke bukan perwakilan akademi Xaiverion.Aku yakin mereka juga mahu menguji kita."Kata aku dan mereka berdua seakan tidak percaya.Aku dapat tahu dari gerak mata Luke yang sering melihat ke belakang,lebih tepatnya wakil sebenar Xaiverion,Diana Lumbrace.
"Kau biar betul?Kenapa dia nak berpura-pura?"Tanya Zack.
"Aku tak tahu,tapi aku yakin dia jenis orang yang bergerak secara diam dan menggunakan orang lain sebagai pengantara.Aku nak pastikannya dengan membawa mereka untuk pertandingan biasa dalam sut latihan.Korang pergi sediakan sut latihan."Arah aku dan mereka saling melihat satu sama lain dan melakukan apa yang aku suruh.
Aku pula memasang alat pendengar di telinga aku.Aku diam-diam meletakkan perakam suara di bawah meja untuk mengintip apa yang mereka bicarakan.
Di dalam ruangan khas,
"Haa,maafkan saya tuan puteri.Saya tak menyangka dia akan menekan saya."Kata Luke.Tuan puteri?Jadi dia seorang keluarga diraja Xaiverion.Dasar gadis licik.Aku yakin nama dia juga palsu.
"Tak apa,nampaknya dia sudah tahu yang kamu bukan perwakilan.Tapi dia tidak menunjukkan apa-apa yang bermaksud dia belum pasti tentang identiti beta.Nanti mungkin dia akan melakukan sesuatu untuk memastikan identiti beta.Sejujurnya beta terkejut,siapa sangka dia juga akan berfikir untuk menyamar.Tapi dia bodoh kerana tak mengubah namanya."Kata Diana.Aku betul-betul nak pukul dia,tapi tak boleh kerana mungkin akan menyebabkan perang.
"Jadi apa saya harus menyamar lagi?"Tanya Luke.
"Teruskan,beta mahu tahu sama ada pelajar Kronum setaraf dengan pelajar kerajaan kita."Kata Diana.Jadi,begitu.Dia mahu menguji seberapa hebat kami dalam menyusun rancangan.Aku meremehkan dia.Ternyata dia wanita yang licik.
"Leon,aku dah menempah beberapa sut latihan,sekarang apa?"Tanya Zack yang sudah kembali dengan Elizabeth.
"Hehe,kenapa kita tak adakan pertandingan ringan dulu?"Kata aku.Dia ingin mencabar aku?Sayangnya aku ini orang yang pantang dicabar.Tunggulah,tuan puteri Xaiverion.
Kami menjemput mereka bertiga di lapangan dan memperkenalkan sut latihan.Itu ialah sut yang boleh digunakan oleh sesiapapun dan tidak mempunyai keistimewaan tertentu seperti sut peribadi.Ia mempunyai kelajuan dan serangan yang seimbang,jadi ia lebih sesuai untuk latihan pengendalian sut.
"Saya sangat terkejut dengan kecanggihan sut latihan kalian,jauh berbeza dengan sut kami."Kata Luke dengan lakonannya,aku sudah tahu semuanya.Jadi lebih mudah untuk aku rancang.
"Jadi,kenapa kalian menunjukkan sut ini kepada kami?"Tanya Luke.
"Kami bercadang untuk melakukan pertandingan ringan sebelum acara rasmi.Kalian tahu,mungkin hubungan kita dapat semakin erat dengan melakukan sedikit bertanding."Kata Zack.Luke melihat ke kiri iaitu ke arah Diana dan dia memberi isyarat.
"Baiklah,saya fikir itu idea yang bagus.Bagaimana pertandingannya?"Tanya Luke.
"Ada tiga pertandingan kerana setiap wakil cukup tiga orang.Setia lawan akan dipilih secara rawak begitu juga dengan pertandingannya."Kata Zack.Bagus,semuanya seperti yang aku rancang sejauh ini.Aku sudah menyuruh Zack memanipulasi cara pemilihan lawan.Setiap nama wakil diletakkan dalam kotak dan aku meletakkan nama aku dengan diana di atas supaya kami bersaing.
"Baiklah,saya akan undi lawan saya."Kata Zack dan namanya lawannya ialah Luke.Pertandingan juga dipilih dengan cara yang sama.Pertandingan antara mereka ialah pertandingan perlumbaan.Setiap peserta harus melalui gelung yang bercahaya dan siapa yang berjaya menghabiskan 30 gelung dahulu akan menang.
"Kalau begitu,masing-masing pesaing boleh pergi ke tempat menunggu masing-masing."Kata aku dan keduanya pergi ke ruang menunggu untuk memulakan pertandingan sementara kami akan menyaksikan di bilik pengadil.
Untungnya hari ini ada banyak kelas dan pelajar lain tidak dibenarkan bertemu dengan wakil Xaiverion,jadi tempat ini tidak terlalu heboh dengan suara pelajar.Aku melihat Diana,gadis yang dari keluarga diraja Xaiverion.
Dalam novel tidak terlalu menyentuh mengenai keluarga diraja kerajaan Xaiverion,jadi aku tidak terlalu tahu mengenai mereka.Aku ingin tahu sama ada si Diana ini orang yang boleh dijadikan rakan atau lawan.
Ketika pertandingan antara Luke dan Zack berlangsung,aku sibuk memerhati mereka.Zack sudah terbiasa dengan sut kesatria cahaya,jadi kecepatan sudah menjadi kepakaran Zack walaupun dia menggunakan sut latihan.Baru pertandingan bermula,Zack sudah melalui 10 gelung dan Luke baru 7.
Tiba-tiba bahu aku dicuit dari belakang dan ketika aku berpaling,Diana tersenyum dan menunjukkan perakam suara yang aku diam-diam pasang.Aku terkejut dan melihat Elizabeth dan Zuliana masih sibuk memerhati pertandingan.
"Siapa sangka,seorang Moriet berani mencuri dengar perbualan seorang gadis."Bisik Diana agar mereka berdua tidak dengar.Jadi dia sudah tahu?Dengan kata lain perbualan itu hanyalah lakonan?Fuh,aku tarik balik kata aku,dia bukannya licik,tapi menakutkan.
YOU ARE READING
Just a Dumb Villain
פנטזיה(!Hak Milik Gambar Depan sepenuhnya milik icayenne!Dan beberapa gambar di dalam novel ini hanya sekadar memudahkan imajinasi pembaca.Mohon dimaklum.Saya hanya pinjam gambar tersebut!) Berkisah tentang seorang pembaca novel yang mati dan masuk ke dal...