Di desa elf,
Arthur tersedar sedang diikat di tiang kayu bersama dengan yang lain.Kepalanya berdarah dan masih sedikit pening,namun secara samar-samar,dia melihat Belion sedang bersujud di depan bola kristal bercahaya merah.
"Apakah semuanya sudah selesai?"Tanya sosok di balik kristal merah yang tidak kelihatan.Suaranya terdengar serak dan seperti orang tua yang nazak.
"Sudah,hanya perlu menunggu penghalang itu melemah saja,tuan.Namun sayangnya kami melepaskan dua korban."Kata Belion yang masih bersujud.
"Tidak apa,kita tak boleh biarkan waktu untuk bebas dihalang oleh dua kerikil kecil.Aku sudah dapat rasakan segel telah melemah dan selepas aku berjaya keluar,kita akan menakluk dunia ini."Kata sosok itu dan ketawa dengan suara yang membuat telinga tidak selesa.
"Ahh,lihatlah siapa yang bangun."Kata sosok itu dan Belion melihat ke arah Arthur yang telah bangun.Dia segera menghampiri dan memukul perut Arthur.
"Beraninya kau menyembunyikan diri,katakan di mana teman-teman kau!"Tanya Belion,namun Arthur hanya diam kerana dia masih separa sedar.Belion memukul Arthur berkali-kali sehingga wajah Arthur penuh dengan darah.
"Cukup!"Suara sosok itu membuat Belion berhenti.
"Maafkan saya tuan."Kata Belion dan menundukkan wajahnya.
"Arthur,ternyata kau lemah."Kata sosok itu seperti mengenal Arthur.
"Siapa kau?Memangnya kau kenal aku?"Tanya Arthur dengan wajah penuh lebam.
"Hoho,kita lebih dari kenal.Aku takkan boleh lupa ketika kau menusuk aku tepat di dada ketika aku hampir sahaja mendapatkan kekuatan sihir aku yang telah lama aku dambakan.Tapi jawab pertanyaan aku,bagaimana kau terlihat lebih muda dari terakhir kali aku melihatmu?"Tanya sosok itu dan membuat Arthur kebingungan.
"Apa yang kau cakap ni,hah?"Tanya Arthur.
"Hmmm,aneh.Kau juga tidak membawa robot terbang kau yang jijik itu.Apa namanya?Oracle?Kalian berdua sangat menyusahkan sehingga membuat tubuh asliku mati."Kata sosok itu dan membuat Arthur semakin kebingungan.Namun akibat dipukul oleh Belion,Arthur kembali pengsan.
"Hei,siapa yang menyuruh kau bangun!!"Kata Belion dan menarik rambut Arthur.
"Hentikan!Kita tak boleh sakiti dia lebih dari itu.Sepertinya ada sesuatu yang aneh berlaku di luar pelindung.Kita akan cari tahu selepas aku mendapatkan kembali kekuatan aku."Kata sosok itu dan bola menjadi gelap.
"Baik,yang mulia."Kata Belion dan keluar dari khemahnya.Beberapa dark elf menghadap Belion di luar.
"Jaga kawasan ini,jangan sampai ada yang berani mengganggu ritual."Kata Belion dan semua dark elf mengangguk.Mereka mula membuat pagar dan bersembunyi di atas pokok.Mengawasi jika ada orang yang memasuki desa mereka sekali lagi.Kali ini,mereka akan langsung membunuh sesiapa yang berani masuk.
Di hutan,
Aku kembali ke kapal pegasus dan membiarkan Kawa dan Oboi.Jika mereka mahu pergi,silakan.Aku ada cara sendiri untuk melawan Dark elf.
Mengikut apa yang dikatakan Red,Belion tidak boleh menggunakan kemampuan permata naga secara penuh kerana dia tidak membuat kontrak.Namun Belion membuat sedikit "retakan" pada permata naga untuk mendapatkan kekuatannya.
"Dengan itu,aku ada peluang untuk melawan balik."Kata aku.
"Kau yakin dengan rancangan ini?Kau akan mati.Kau faham maksud aku."Tanya Red.Apa boleh buat,aku tak boleh biarkan Frejya dibunuh oleh kaumnya sendiri.Walaupun itu cukup berisiko untuk diri aku yang sekarang.
Aku berjalan masuk ke ruang enjin dan mula menyambungkan wayar-wayar menjadi satu tumpuan.Segera setelah itu,aku menggunakan kekuatan sihir yang aku kumpulkan di tangan aku.
"Urghh!!Ini lebih menyakitkan dari yang aku sangkakan."Kata aku.Rasanya seperti diri aku dimakan oleh kapal ini.Perlahan-lahan,kapal mula bernyala dan semua sistem mula hidup.Itu takkan bertahan lama,jadi aku kena cepat.
"Tunggu aku!!"Aku mendengar suara jeritan dan ketika berpaling,itu Oboi dan Kawa dalam wujud manusianya.Mereka terlihat seperti baru bergaduh dengan tanah dan debu melekat di baju mereka.
"Apa kau nak budak?"Tanya aku.
"Aku juga nak selamatkan semua orang!Aku tak boleh biarkan semua kru aku terbunuh!!"Kata Oboi dengan tekad di mata.Benarkah?Aku cukup yakin dari semua orang,kau cuma nak selamatkan Lily.
"Kau yakin?"Tanya aku dan melihat Kawa.
"Jika itu tuan mahukan.Saya terpaksa."Kata Kawa.Haaa,dua orang ni.Aku menggaru kepala berfikir betapa bagusnya mereka mahu ikut rancangan aku.Hehe,aku memang perlukan umpan.
"Baiklah,dengar arahan aku dan mungkin,Lily akan beri ciuman di pipi kepada kau."Kata aku dan atas sebab-sebab tertentu,Oboi menjadi bersemangat.Kami kemudian mula membincangkan rancangan yang akan dilakukan dan keduanya nampak terkejut.
"Kau gila?Ini namanya bunuh diri,kalau tak menjadi macam mana?"Tanya Oboi.
"Habis,kau juga belum pernah melihat desa itu,kau ada rancangan lebih baik?"Tanya aku dan Oboi tersentak begitu juga dengan Kawa.
"Kau cuma perlu bawa semua dark elf keluar dari desa dan aku akan menghadapi Belion,ada sekitar 150 dark elf,jadi tak apa."Kata aku.
"Tak apa,kepala kau meletup!Ingat ni permainan?"Kata Oboi.
"Hidup itu memang permainan,tapi dengan taruhan hidup,bukan?"Kata aku dan Oboi hanya mengetap giginya.Kawa juga tidak menjawab apa-apa walaupun terlihat tidak berpuas hati.Dia memang pelayan Oboi.
"Apapun,kau cuma perlu membawa dark elf ke sini,pastinya mereka sukar untuk pergi.Kau cuma harus umpan mereka,itu terserah kau macam mana.Sistem kapal ini takkan bertahan lama,jadi pastikan kau cepat."
"Bagaimana dengan kau?Belion pasti tidak mudah untuk diatasi."Tanya Kawa.
"Aku cuma perlu cari tubuh Red dan aku bersedia bertarung.Kita tiada masa,kau dah bersedia?"Tanya aku dan Oboi menarik nafas yang dalam.
"Fuh!Ok!Demi Lily-maksud aku demi rakan-rakan kita!"Kata Oboi.Aku akan biarkan untuk kali ini,jangan ingat aku sudah beri restu,kau budak nakal.
YOU ARE READING
Just a Dumb Villain
Fantasy(!Hak Milik Gambar Depan sepenuhnya milik icayenne!Dan beberapa gambar di dalam novel ini hanya sekadar memudahkan imajinasi pembaca.Mohon dimaklum.Saya hanya pinjam gambar tersebut!) Berkisah tentang seorang pembaca novel yang mati dan masuk ke dal...