Bab 10:Alasan

37 5 0
                                    

Aku berjalan ke bilik rawatan dan di sana aku melihat Reina dan Elizabeth keluar dari bilik Zack dengan wajah risau.Aku bersembunyi dan melihat mereka pergi dan diam-diam masuk ke bilik rawatan Zack.

"Jadi kau ke sini."Kata Zack yang sudah sedar.Wajahnya penuh dengan pembalut dan ada kesan calar di pipinya.Dia sepertinya sudah menduga aku akan berkunjung.

"Jangan salah faham,ikutkan hati,aku juga tak nak tengok muka kau.Aku ke sini datang untuk bertanya.Apa kau orang dari dunia nyata?"Tanya aku dan Zack terkejut.

"Kau tahu?Kau juga orang dari dunia nyata?"Kata Zack.Jadi dia tidak tahu?Aku memang berlakon selama ni,tapi dia fikir aku Leon dalam cerita utama?

"Ya.Tapi aku nak tahu kenapa kau rosakkan jalan cerita utama dengan mengambil tempat Arthur."Tanya aku dan Zack memalingkan wajahnya.Dia terlihat menyembunyikan sesuatu."Oi,cepat jawab."Paksa aku.

"Aku...cemburu."Bisiknya sehingga aku hampir tidak mendengarnya.

"Cemburu?Ya,memang menjadi watak utama tu terlihat menyenangkan tapi menjadi kesatria cahaya itu tugas yang sukar."Kata aku.

"Bukan itu!Aku cemburu kerana Arthur mempunyai harem!Aku juga berimpian untuk disukai banyak gadis cantik!Jadi aku ingin merebut semua gadis milik Arthur!"Jerit Zack.Aku seakan tidak percaya,dia mengambil watak utama bukan kerana ingin menjadi hero,tapi cuma menginginkan harem!Kau bergurau dengan aku!!

"Aku lihat semua gadis yang menyukai Arthur sangat cantik dan berharap dapat menjadikan mereka harem.Lepas itu entah bagaimana aku terbangun di dalam novel itu."Kata Zack.

Aku melihat Zack dengan wajah kosong dan bangun.Tangan aku memegang bahunya dan sebelah lagi dengan kuat memukul perutnya sehingga dia tersedak.Aku menutup mulutnya supaya tidak didengar perawat di luar.

"Kau fikir apa yang kau buat!!Dasar bodoh!Kerana kau,mungkin dunia ini akan hancur!"Kata aku dan memukul kepalanya.

"Hah?Bukan ke Knight Hero itu cuma cerita ringan tentang robot dan harem?"Tanya Zack dengan bingung.Aku juga turut bingung.Bagaimana dia tidak tahu kisah Knight Hero.Kecuali!

"Tunggu,sampai jilid berapa kau baca?"Tanya aku.

"Err,aku cuma beli satu jilid dan tidak terlihat menegangkan.Aku cuma baca kemesraan Arthur bertemu haremnya."Kata Zack dengan wajah tidak bersalah.Sudah menjadi kebiasaan sebuah cerita untuk tidak terlalu berat di awal.

Jilid lain akan ada pertarungan mematikan dan ramai terkorban.Tapi si bodoh ini merosak cerita hanya kerana menginginkan harem!!Aku boleh bunuh dia!

"Aduuh,kenapa kau bodoh sangat!"Aku ingin menangis.Disebabkan dia,ramai orang akan mati!Aku mengambil masa untuk menenangkan diri dari kebodohan Zack.

"Apapun,kau harus bertanggungjawab kerana sudah mengambil peran Arthur."Kata aku.

"Aku akan menjaga semua haremku dengan baik."Kata Zack dengan serius.Bajingan ini!Maksud aku tanggungjawab ialah menyelamatkan dunia!Bukan harem!

"Sebab kau tak baca semua jilid,kau kena dengar arahan aku.Teruslah berlatih dengan sut kesatria cahaya kerana kejadian di novel nanti akan semakin sukar."Kata aku.

"Oh,baiklah.Tapi bagaimana dengan harem aku?"Tanya Zack.Cih,dasar buaya.

"Ikut kaulah,asalkan kau sanggup lindungi dunia.Ah,dan satu lagi.Aku nak gunakan hadiah kemenangan aku."Kata aku dan Zack mendengarkan.

Keesokan harinya di kafeteria,

"Maafkan aku!"Kata Zack sambil membungkuk kepada Arthur yang sedang makan sarapannya.Reina dan Elizabeth terkejut melihat perilaku Zack yang berubah.

"Hm?Kenapa ni?Jangan ganggu aku makan."Kata Arthur.

"Hei,kenapa kau biadap sangat!"Kata Reina yang ingin memarahi Arthur tetapi dihalang oleh Zack.

"Kau mungkin tidak faham,tapi aku mengubah hidupmu yang seharusnya kau dapatkan.Aku sangat minta maaf dengan itu."Kata Zack dengan tulus.Reina dan Elizabeth cuba memujuk Zack,tetapi Zack tetap menunduk.

"Heh,kalau kau tulus.Bersujudlah."Kata Arthur.Zack terdiam,tetapi kemudian dia bersujud membuatkan semua orang terkejut.

"Saya harap kamu boleh maafkan saya!"Jerit Zack.Arthur yang tidak menyangka Zack akan melakukan itu juga ikut terkejut dan merasa serba salah.

"Hei!Dia sudah tulus meminta maaf,kenapa kau degil sangat!?"Kata Reina.Arthur menggaru kepalanya dan akhirnya memaafkan Zack.

"Baiklah,baiklah.Aku maafkan,dengan syarat jangan ganggu aku lagi dan minta Reina jangan terus meneriaki aku setiap kali kami bertembung."Kata Arthur dan menyuruh Zack dan "harem"nya pergi.

"Terima kasih banyak!!"Jerit Zack dan bangun lalu pergi.Dari jauh dia melihat aku sedang memerhatikan mereka.Aku hanya tersenyum dan mengangguk.Itulah permintaan aku.Meminta maaf kepada watak utama.Rasanya lega sedikit.

Tapi aku kena bersiap sedia.Kejadian nanti lebih besar dari pertandingan ini.Aku perlukan bantuan sut kesatria cahaya kerana teroris akan menyerang akademi dalam masa sebulan lagi.Aku perlu menyiapkan rancangan aku.

Just a Dumb VillainWhere stories live. Discover now