"Saya di sini.Apa kalian memanggil saya?"Tanya Julian yang baru tiba di tempat yang akan berlangsungnya perkahwinannya.Dia bertanya kepada pengurus acara yang katanya memanggilnya.
"Hm?Ah,ya.Anda datang tepat pada waktu,kami kesusahan untuk mengatur tempat tetamu.Apa anda boleh mengurus tetamu yang hadir selagi kami menyusun kerusi mereka?"Kata pengurus acara.Julian dengan senyumnya bersedia melakukan itu.
"Baiklah,saya akan melayan tetamu.Panggil saja saya ketika acara mahu dimulai."Kata Julian dan mula melayan tetamu yang datang.Sementara itu di atas bumbung istana ada tiga orang yang melihat Julian.
"Itu dia?"Tanya Silver.
"Ya,itulah sasaran kita."Kata Moon.
"Jadi dia dari kelompok itu?Lihat wajahnya saja sudah buat aku muak.Kenapa tak boleh terus bunuh dia?"Tanya Gray.
"Sabar,tuan kata yang pertunjukkan harus ada lelaki itu.Jom,kita pergi menyamar sebagai tetamu."Kata Moon dan mereka turun ke bawah.Dengan pakaian yang disediakan,mereka bertiga menyamar di antara tetamu.
.
.
.
Malam sudah tiba dan lampu dihidupkan,suasana mulai meriah kerana acara penting bagi kerajaan Xaiverion akan bermula.Setiap tetamu duduk di kerusi masing-masing.Terjadi beberapa kesalahan yang mengubah kedudukan kerusi,namun segera ditangani.
Alice berjalan dengan diiring oleh beberapa pengawal bersenjata.Wajahnya ditutupi kain putih dan hanya bayangan wajahnya yang terlihat.Tiba-tiba,pengawalnya berhenti dan apabila Alice melihat ke depan,ada James yang menghalang.
"Tuan James,apa yang anda lakukan?"Tanya pengawal di hadapan.
"Tentu saja untuk menyambut pengantin baharu dan meraikan kebahagian sepupu saya.Apa ada masalah?"Tanya James dengan senyuman sinis dan wajahnya bertukar serius sehingga membuatkan pengawal ketakutan.
"T-tidak....acara sudah ingin dimulai,jadi kami tidak ada banyak waktu."Kata pengawal itu dan menundukkan wajahnya.James yang serius terus berubah menjadi ceria.
"Haha,jangan kelihatan seperti itu.Ini ialah hari yang bahagia.Jangan risau,ini tidak akan lama."Kata James dan berjalan ke arah Alice.Dia membisikkan sesuatu kepada Alice dan membuat Alice terkejut.James sempat memberikan sesuatu kepada Alice sebelum pergi.
"Baiklah,saya akan menunggu di depan."Kata James dan pergi.Alice terus melihat ke arah James yang berjalan pergi.
"Tuan puteri?"Tanya pengawalnya dan itu membuat Alice terbangun dari lamunannya.
"Y-ya...ayuh pergi."Kata Alice.Dia melihat benda pemberian James yang dia sembunyikan di sebalik gaun putihnya.Itu ialah belati raja Xaiverion yang diturunkan dari generasi ke generasi.Apa yang dibisikan oleh James ialah 'Buat pilihan yang benar,itu yang dikatakan Yang Mulia'.Alice terus memikirkan apa yang baru dia dengar.Apa yang dimaksudkan oleh James?
Alice dibawa ke tempat acara dimana semua orang sudah menunggunya.Ketika dia tiba,semua orang berdiri dan bertepuk tangan menyambut kedatangan Alice.Kelopak bunga menghiasi karpet merah yang menjadi laluan Alice dan muzik dimainkan walaupun terdengar ada sedikit kejanggalan dalam lantunan muzik.
"Baiklah tuan dan puan yang dihormati!Kita di sini hari ini akan menyambut perkahwinan Tuan Puteri Alice yang bakal menjadi penerus raja Xaiverion.Bukan itu saja,kita juga menyambut perkahwinan Tuan puteri dengan Tuan Julian yang akan membimbing kerajaan di masa depan.Semuanya,berikan tepukan gemuruh!"Kata pengacara majlis dan tepukan mulai lebih kencang.
Alice terus berjalan ke atas pentas dimana di sana ada Julian yang sudah menunggu.Dia menghulurkan tangannya dan Alice menggapainya.Kemudian tepukan mulai perlahan dan muzik yang dimainkan ditukar ke muzik yang lebih rendah.Perkahwinan akan dimulai.
"Pengantin lelaki,apa kamu berjanji akan menjaga pengantin wanita setiap masa di waktu duka dan gembira,sehingga kematian memisahkan kalian?"Tanya lelaki yang berada di antara mereka.
"Ya.Saya berjanji."Kata Julian.
"Pengantin wanita,apa kamu berjanji akan setia kepada sang suami di setiap waktu?Duka atau gembira sehingga kematian memisahkan?"Tanyanya kepada Alice.
"Saya....."Seketika Alice mula teringat dengan Leon dan mulai ragu.Apa ini yang terbaik?Apa ini cukup bagus untuknya?Kemudian dia teringat dengan kata-kata James sebelumnya.
"Alice?"Julian bertanya kepada Alice yang melamun.Dia mula merasa ada yang janggal.Dia harus cepat memasukkan cincin yang memiliki sihir kutukan untuk mengawal minda Alice atau tidak rancangannya akan gagal.
"Saya....tidak boleh."Kata Alice dan membuat semua orang terkejut.Beberapa anggota kerajaan Xaiverion bangun dan mula memarahi Alice.
"Hei,apa kamu akan melanggar perintah Yang Mulia!?Jangan memalukan nama keluarga kerajaan!"
"Benar,seharusnya Yang Mulia tidak memihak kepada kamu!"Semua anggota keluarga kerajaan mula menjerit kepada Alice,namun Alice hanya diam.
Pap!Pap!Pap!
Bunyi tepuk tangan membuatkan semua orang melihat ke arah sumber suara itu.Mereka tidak melihat sesiapa,namun kemudian terlihat percikan api yang perlahan-lahan menunjukkan wujud seorang lelaki dengan penutup kepala.
"Siapa kamu!?Apa yang pengawal lakukan!Tangkap dia!"Arah Julian dan ketika pengawal mahu bergerak,mereka dihentikan oleh salah seorang tetamu.
"Itu isyaratnya,bukan?"Tanya Silver dan memukul mundur pengawal ke luar tempat itu.
"Ya,tugas kita ialah pastikan tuan tidak diganggu.Aku jaga bahagian timur,Gray kau jaga gerbang barat,Silver kau jaga bahagian selatan."Kata Moon.Suasana mulai kecoh dengan munculnya beberapa orang asing.Semua tetamu mulai berlari keluar untuk menyelamatkan diri,namun mereka bertiga hanya membiarkan mereka pergi.
"Siapa kalian!Apa tujuan kalian!?"Julian merasa kesal rancangannya diganggu oleh orang yang tidak dikenali.Lelaki tadi berhenti menepuk tangan dan membuka penutup kepalanya.
(Sekadar Contoh)
"Selamat malam,Tuan Julian,Puteri Alice.Izinkan saya memperkenalkan diri saya.Nama saya ialah Aamon dan kami ialah Alieno.Sayangnya harus saya katakan yang perkahwinan ini dibatalkan."Kata Aamon sambil menundukkan kepalanya tanda minta maaf.
"Cis!Nampaknya ada pengganggu."Suara Luceus muncul dan dia menampakkan diri dari balik bayangan.
"Ah,bukankah anda Tuan Luceus?Sungguh kebetulan kita bertemu."Kata Aamon,namun wajahnya tidak menunjukkan keterkejutan dengan munculnya Luceus.
"Tuan Luceus!?Maafkan saya kerana gagal!"Kata Julian dan membuat Alice bingung.Dia tidak mengenal Luceus selama ini dan mempertanyakan apa yang terjadi.
"Kau terlihat bingung,sepupuku."Kata James yang masih tidak melarikan diri.
"James!?Apa yang berlaku?"Tanya Alice.
"Senang cakap,semua ini terjadi kerana Julian.Surat wasiat itu juga dirancang olehnya.Dengan kata lain,Julian ingin mempergunakan dirimu untuk mendapatkan kuasa raja Xaiverion."Kata James dan Alice seakan tidak percaya.Dia melihat ke arah Julian yang terlihat marah.
"Tak guna!Jadi,ini semua ulah kamu!"Kata Julian dan mengeluarkan pistol dari bajunya.Dia terus menembak ke arah James,namun peluru itu meletup tepat sebelum sampai ke wajah James.
"Maafkan saya,namun.....pertunjukan masih belum berakhir."Kata Aamon dan mengeluarkan violin yang entah muncul dari mana.
YOU ARE READING
Just a Dumb Villain
Fantasy(!Hak Milik Gambar Depan sepenuhnya milik icayenne!Dan beberapa gambar di dalam novel ini hanya sekadar memudahkan imajinasi pembaca.Mohon dimaklum.Saya hanya pinjam gambar tersebut!) Berkisah tentang seorang pembaca novel yang mati dan masuk ke dal...