Bab 4:Siapa?

58 7 0
                                    

Semua pelajar berkumpul di dewan dengan pakaian akademi.Pakaian akademi berwarna putih dan tali leher merah.Pakaiannya masih ada aura bangsawan agar terlihat elegen.Pakaian itu sangat lembut seperti sutera.Seperti yang diharapkan oleh akademi kerajaan.

Aku berdiri di sudut ruangan sambil minum minuman yang disediakan.Upacara ini seperti majlis biasa dimana setiap pelajar menyapa satu sama lain.Ini penting untuk bangsawan muda menyebarkan pengaruhnya dan kuasa mereka.

Setiap bangsawan berlumba-lumba memperkuatkan hubungan dengan yang lain agar mempunyai latar belakang yang kuat.Tapi aku harus mempertahankan sikap tidak peduli Leon.

"Em,apa anda ialah Leon Moriet?"Seseorang menyapa aku dan ketika aku melihat ada dua orang lelaki yang menunggu sapaan aku kembali.

"Ya,kalian siapa?"Tanya aku dan mereka terlihat teruja.

"Saya Enard Woran!"

"Saya pula Willy Jariz!"

""Kami sangat mengagumi anda Tuan Leon!""Kata mereka serentak dan membuat semua orang berpaling ke arah kami.Aduh,padahal aku tidak ingin menarik perhatian!

"Hei,jika mahu menyapa,tidak perlu sekuat itu."Kataku.Bagaimana aku boleh melupakan mereka?Dua anak buah setia Leon sekali gus badut dalam cerita Knight Hero.Kesetiaan mereka sangatlah hebat sehingga sanggup mati untuk Leon.Pada akhirnya mereka mati ketika Leon menggunakan mereka untuk menjadi makanan raksasa.

"Jadi,kenapa kalian mengagumi aku?"Aku memulakan bicara.

"Tentu saja!Anda dari keluarga bangsawan yang dekat dengan raja!"Kata Willy.

"Tambahan lagi,keluarga anda menghasilkan baju kesatria yang hebat sepanjang sejarah!Ayah saya memiliki koleksi setiap baju kesatria keluaran keluarga anda!"Kata Enard pula.

"Haha,baiklah.Jika kamu bernasib baik,aku akan menjadikan kalian bangsawan di bawah aku."Kata aku dan mata keduanya bersinar terang.

""Mohon bimbingannya!""Mereka menundukkan kepala kepada aku.Bagus juga ada mereka,jika aku latih dengan baik,mereka boleh menjadi penjaga aku di akademi.

Kemudian kami mendengar kerumunan orang yang membicarakan sesuatu.Jadi,sudah saatnya dia keluar huh.Aku menelan air liur aku dan jantung aku tak henti-henti berdebar.

"Hm?Ah,itu rakyat jelata itu."Kata Enard.

"Yang menemukan kesatria cahaya itu?Padahal hanya rakyat jelata,bagaimana kesatria cahaya ditemukan i desa terpencil."Kata Willy pula.

Aku melirik ke arah kerumunan orang itu dan melihat wajah yang tidak asing.Itu ialah Reina,rakan masa kecil watak utama yang memiliki bakat dalam mengendalikan baju kesatria jenis magis.Kecantikan wajahnya membuat bangsawan perempuan cemburu.Rambut putih dan hiasan seperti salji di rambutnya membuat dia terlihat comel.

""Wah,cantiknya.""Kata kedua badut ini.Aku sendiri juga akan mengatakan hal yang sama jika aku tidak perlu berlakon sombong.Tapi di mana dia?

Watak utama dalam novel,lelaki licik dan watak utama novel ini.Dia seharusnya ada di samping Reina.Tapi yang aku lihat hanyalah lelaki dengan wajah sombong seperti dia seorang watak utama.

"Huh?"Ketika yang lain melihat ke arah kedua orang itu.Aku melihat wajah yang sangat aku kenal.Dia sedang mengambil makanan dan terlihat sedikit berisi.Tunggu,itu mustahil.Aku berjalan ke sana untuk mencari tahu siapa lelaki itu.

"Arthur?"Tanya aku dan lelaki berisi itu melihat ke arah aku.

"Y-ya?Anda siapa?"Tanyanya.Tidak,ini tidak mungkin!Bagaimana watak utama Knight Hero menjadi gemuk seperti ini!?Aku kembali ke Willy dan Enard untuk bertanya.

"Hei,siapa orang yang dipilih kesatria cahaya?"Tanya aku dengan serius.

"Err,kalau tak salah,lelaki yang berdiri di samping gadis itu."Enard menunjuk ke arah lelaki yang berjalan dengan sombong dan ketika diperhatikan lagi,dia memang memakai cincin kesatria cahaya iaitu alat untuk memakai baju kesatria cahaya.

"Si-siapa!!?"Jerit aku dan semua orang melihat ke arah aku.Tanpa sedar aku menjerit kerana perubahan cerita ini.Kemudian mata aku dan lelaki sombong itu saling bertemu dan aku segera keluar dari dewan diikuti Willy dan Enard.

"Kenapa dia begitu?Bukankah seharusnya dia datang dan menghina aku?"Kata lelaki sombong itu dan berbicara dengan orang ramai.

Sementara itu,aku berfikir apa baru saja berlaku.Ini sangat aneh.Arthur,watak utama dalam cerita Knight Hero menjadi seseorang yang gemuk dan tidak percaya diri.Siapa pula lelaki bersama Reina?

"Tuan Leon?Anda kenapa?"Tanya Willy yang melihat aku cemas.Di belakangnya ada Enard yang turut mengikuti.

"Dengar,aku ingin kalian mencari informasi mengenai orang tadi dan siapa saja yang berhubungan dengan dia.Pastikan kalian tidak terlalu menonjol kerana kita tak tahu apa yang rakyat jelata itu akan buat."Arah aku.

"Baik!Segera kami lakukan!"Kata Willy dan menarik Enard.

Argh!Kepala aku sakit!Kenapa Arthur yang aku kenal berubah?Lelaki itu juga sangat mencurigakan,aku sempat mendengar apa yang dia katakan sebelum keluar.Dia seperti sudah tahu akan dihina Leon Moriet.

"Tunggu,jangan-jangan bukan hanya aku yang masuk dalam novel ini!"Itu dia.Mustahil mengubah jalan cerita kecuali lelaki itu juga orang yang masuk ke dalam novel.Apa dia orang yang ingin menjadi terkenal sampai mengubah jalan cerita?

"Aku perlu melakukan penyelidikan segera."

Just a Dumb VillainWhere stories live. Discover now