Bab 36:Rahsia Moriet

13 4 0
                                    

Aku terdiam dan terus berfikir.Ini tidak benar,kenapa seorang Moriet boleh ada di kerajaan Sirgion?Apalagi dia pencipta kesatria cahaya?Aku tak tahu tentang ini!Cerita tersembunyi?Ini terlalu besar!Argh!Kepala aku sakit!

"Leon?"Panggil Xai yang menyedarkan aku dari lamunan.Aku cuba kembali bersikap seperti biasa.Aku kena cari tahu,siapa Kailan Moriet itu.

"Dah,tu masalah lain.Kita selesaikan dulu masalah di depan mata.Oracle,cepat bawa kami ke sana."Kata aku dan mendahului mereka.Ini masalah aku,tak perlu libatkan mereka.

"Baik...."Kata mereka.

Oracle membawa kami ke sebuah ruangan yang luas dan bulat.Di setiap penjuru ruangan ada tangan robot yang seperti melihat ke arah kami ketika masuk.Di sana ada platform yang nantinya akan dimasuki oleh Xai,lupakan,aku akan buang nama samaran kami.

[Baiklah,tuan.Silakan berdiri di sana]Kata Oracle.

"Pergi."Kata aku dan Zack mengangguk.Dia pergi dan berdiri di atas platform.Semua tangan robot mengimbas Zack dan aku dapat lihat ada imbasan merah yang aku tahu tujuannya.

"Tutup mata korang."Kata aku kepada Reina dan Elizabeth.Mereka terlihat bingung,tapi mereka akan tahu nanti.Imbasan merah itu mengimbas pakaian Zack dan dengan cepat membakar semua pakaiannya.

"AHH!"Reina dan Elizabeth menjerit melihat tubuh Zack yang saat ini bogel.Mereka menutup mata dan sedikit mengintip.Aku tak tahu sama ada itu malu atau tertarik.

"Hei!Oracle,kenapa tak cakap aku kena bogel!"Jerit Zack.

[Maafkan saya,semua pakaian itu akan mengganggu proses,jadi terpaksa disingkirkan]Kata Oracle dan dengan wajah merah,Zack menutup kemaluannya.Melihat dia seperti itu membuat aku tergelak.Tapi aku kena tahan.

"Pft."Ah,terkeluar sedikit.

"Hei!Kau menertawakan aku,kan!Leon!!"Kata Zack dan kemudian sebuah kaca silinder menutupi Zack.Haha,aku harap dia tak cuba balas dendam lepas menaik taraf sut kesatria.Untungnya silinder kaca itu legap,jadi tak nampak tubuh telanjang Zack.

"Kalian dah boleh buka mata."Kata aku dan mereka berdua membuka mata,tapi masih terlihat malu-malu.Baiklah,cukup bermainnya.

"Oracle,aku nak tahu siapa Kailan Moriet.Apa dia meninggalkan petunjuk?"Tanya aku.

[Positif,tapi sebelum itu.Boleh saya tahu identiti anda?]

"Nama aku Leon Moriet,aku nak tahu apa hubungan aku dengan Kailan Moriet."Kata aku.Seingat aku,tidak pernah tercatat nama Kailan dalam senarai keluarga.Antara sengaja dihilangkan ataupun dilupakan kerana sudah 500 tahun.

[Izinkan saya mengambil beberapa sampel DNA anda]Kata Oracle dan keluar tangan robot yang berbentuk jarum.Aku menghulurkan jari dan ia mengambil sedikit darah aku.

[Mula mengimbas,kesamaan DNA anda dengan Tuan Kailan mencapai 97%.Jadi anda benar-benar keturunan pemilik pertama saya.Saya juga telah menunggu anda.]Kata Oracle.Jadi Kailan sudah mengagak akan ada keturunan dia yang akan tiba ke sini?

Swoosh....

Sebuah pintu terbuka di samping kami.

[Di dalam anda akan mengetahui siapa Tuan Kailan dan kebenaran di balik nama Moriet.]Kata Oracle.

"Tunggu,sini.Kalau jadi apa-apa panggil aku."Kata aku kepada mereka berdua dan berjalan masuk ke dalam pintu itu.Ia gelap dan panjang.Hanya lampu malap yang memberi penerangan dan di hujung laluan ada pintu mekanikel.Aku menarik tuasnya dan ketika dibuka,aku melihat bilik biasa yang bersepah dan buku-buku berselerakan di mana-mana.

"Jadi,kau ialah keturunan aku?"Suatu suara muncul dan bayangan seseorang berambut merah muncul di hadapan aku.Wajah kami agak mirip kecuali dia memakai kacamata.

"Apa kau Kailan?"Tanya aku.

"Heh?Siapa lagi kalau bukan orang paling jenius di atas planet ini.Hanya satu,Kailan Moriet!"Katanya dan mengangkat satu tangan ke udara.Aku hanya termenung melihat pose memalukan itu,betul orang cakap,orang bijak pelik perangainya.

"Apapun,aku nak ucapkan tahniah.Aku cuma mengira hanya 27% kemungkinan keturunan aku akan tiba di sini.Kau hebat juga ya,walau tak sehebat aku."Kata Kailan.Aku boleh tahu ia hologram,tapi rasanya terlalu hidup.Apa dia roh Kailan?

"Kau mesti fikir aku mungkin roh.Hah!Bodoh betul kau ni ya?Hantu?Kau buat aku nak gelak!Hahaha!"Kailan menepuk meja.Ah,ingin sekali aku pukul dia ni.

"Aku bukan hantu.Aku hanyalah kecerdasan buatan yang diproses dari ingatan Kailan yang sebenar.Boleh kata aku ialah setiap kemungkinan tindakan yang akan dilakukan Kailan yang sebenar."Kata Kailan palsu.Jadi dia seperti kecerdasan buatan.

"Aku tahu apa kau nak tanya.Tapi kita kena cepat kerana sistem aku akan terus terpadam dalam masa 10 menit.Jadi aku akan jawab tiga pertanyaan kau."Kata Kailan.

"Hah?Kenapa cepat sangat?"Tanya aku.Banyak benda aku nak tanya,tapi apa itu semua akan terjawab dalam masa sesingkat itu?

"Untuk mengelakkan pihak luar mencuri kejeniusan aku.Baiklah,soalan pertama selesai,tinggal dua."Kata Kailan.Tak guna,itu dianggap sebagai soalan?Baiklah,aku kena tanya sesuatu yang penting.

"Kenapa nama kau tak pernah disenaraikan dalam senarai keluarga Moriet."Tanya aku.

"Huh,soalan yang membosankan.Baiklah,itu kerana aku mahu menyembunyikan identiti pencipta sut kesatria cahaya.Selepas perang tamat,aku mengira kemungkinan tercetusnya perebutan kuasa antara empat kerajaan.Pastinya kerajaan Sirgion akan menggunakan kesatria cahaya untuk mengambil hak lebih.Aku tak nak jadi mainan kerajaan,jadi lebih baik hilangkan identiti aku dan memulakan hidup baru di kerajaan lain sebagai rakyat jelata.Soalan seterusnya."Kata Kailan.

Baiklah,aku faham.Dia tak mahu kerajaan Sirgion mempergunakan kewujudan kesatria cahaya untuk memerintah benua ini.Jadi dia sembunyikan identiti dan pergi ke kerajaan Kronum untuk memulakan hidup baru.Sekarang ia menjadi jelas.Baiklah,soalan seterusnya.

"Apa yang terjadi di dunia ini?"Tanya aku.Aku perlu tahu,banyak perkara yang tidak sesuai novel bermunculan dan aku yakin ia tidak berlaku secara kebetulan.Mungkin Kailan ada jawapannya.Dia terlihat diam dan kemudian tersenyum.

"Ini soalan yang aku harapkan dari keturunan aku.Baiklah,gunakan otak dan terimalah apa yang akan aku katakan ini."Kata Kailan dan jawapannya membuat aku sangat terkejut.


Just a Dumb VillainWhere stories live. Discover now