Bab 26:Anggota Lain

16 4 0
                                    

Ezra membaca catatan mengenai ketua Dark Divine.Dia membaca dengan teliti sehingga aku fikir akan ada laser yang keluar dari matanya sebab fokus dia sangat tinggi.

"Baiklah,jika maklumat ini betul.Saya sudah tahu strategi yang boleh kalahkan musuh."Kata Ezra.Memang hebat,dia boleh buat strategi dengan mudah tanpa memerlukan masa yang panjang.

"Jadi,kita serang?"Tanya aku.

"Ah,tak boleh lagi.Masih ada beberapa anggota yang belum sampai."Kata Frejya di samping aku.Padahal aku rasa kami sudah cukup untuk membunuh semua kumpulan Dark Divine sendirian,tapi bantuan tambahan boleh juga.

Kami menunggu untuk beberapa waktu dan aku sedang memeriksa sut aku dari dalam.Semua sistem masih berfungsi dan tiada tanda-tanda kerosakkan.Dengan ini aku boleh bertarung dengan sempurna.

"Apa tak panas,buka jelah sut kesatria kau tu."Kata Frejya yang duduk di atas batu.Aku mendongak untuk melihatnya.Dia bertugas sebagai pemerhati jikalau Dark Divine datang menyerang.

"Kau cuba lecehkan aku?"Kata aku dan menutup sebahagian tubuh dengan tangan.Aku hanya bergurau.

"Apa!?Tak ingin aku!Orang cakap baik-baik ke situ pula jadinya."Kata Frejya dengan marah.Seronok jugak kacau dia.Haha.Tapi aku masih ingin tahu bagaimana dia selamat.

"Hei,aku ingat semua elf dah pupus.Macam mana kau bertahan hidup?"Tanya aku dan Frejya terdiam seketika dan merenung matahari yang terbenam.

"Aku tak tahu apa jadi kat elf yang lain,tapi yang aku tahu mereka semua dah mati.Kau tahu,alasan elf memiliki umur yang panjang adalah kerana pohon suci yang kami jaga.Ia memiliki kekuatan sihir murni,jadi phon itu ibarat dewa bagi kami.Tapi kerana Great War,pohon suci hancur dan keabadian para elf hilang."Jelas Frejya dengan wajah sedih.Aku hanya diam tak membalas.

"Jadi,umur kau sekarang ni berapa?"Tanya aku.Serius,kalau bab umur elf,aku memang pening nak faham.Macam mana dia bertahan tanpa pohon suci?

"Kau tahu,merosakkan suasana dengan menanyakan umur wanita.Kau betul-betul tak sopan."Kata Frejya dan merenung aku.Lah,aku salah apa?Umur je kot.Women.Aku tak faham betul.

"Ah,mereka dah sampai!"Kata Frejya dan turun dari batu.Dari jauh,aku melihat tiga sosok tubuh manusia yang berjalan ke arah kami.Dari bentuk tubuh mereka,aku tahu itu semua gadis.Jadi memang semua anggota Bravely Dead ialah wanita?

"Ohh,Frejya!Lama tak jumpa!"Kata salah seorang dari mereka.Dia mengenakan topeng arnab dan cara dia berjalan seperti melompat-lompat seperti arnab.Aku rasa dia sesuai untuk serangan yang fleksibel dan mempermainkan musuh.Dia melompat ke atas Frejya dan bermain-main di atas dia.

"Hai,Frejya.Jadi kau ditugaskan di kerajaan Kronum.Nampaknya kau dah ada teman lelaki."Kata seorang wanita dengan rambut ungu.Dia terlihat sedikit dewasa dan aku lihat di pinggangnya ada beberapa pisau yang diikat.Pasti itu senjata dia.

"Apa yang kau cakap ni,walaupun seribu tahun,tak nak aku dengan dia ni."Kata Frejya dan merenung aku.Kau tahu walaupun lelaki dikenal kuat,kami memiliki hati yang rapuh.Itu sakit Frejya.

"Selamat malam,Frejya.Di mana ketua?"Tanya seorang wanita yang seluruh tubuhnya ditutupi baju besi.Aku rasa dia salah zaman,ada lagi ke gunakan baju besi yang berat seperti itu?

"Ada kat dalam,kau pergilah."Kata Frejya dan wanita baju besi itu masuk ke khemah.

"Jadi,boleh kenalkan kepada aku siapa mereka ni?"Tanya aku dan Frejya segera menjawab.

"Ah,yang arnab ni,nama dia Lily.Dia suka sangat dengan arnab.Dia ahli termuda."Kata Frejya.

"Ya!Lily suka arnab,hehe."Kata Lily dan melompat ke atas aku pula.Dia sangat ringan sehingga aku tak rasa aku kehilangan keseimbangan.Dia sesuai dijadikan pengintai kerana kelincahannya.

"Aku pula Xilia.Senang berjumpa kau,Jacom.Terima kasih sebab selamatkan elf cantik kami ni."Kata Xilia dan mencubit pipi Frejya.

"Dah la,saya bukan budak kecil lagi!"Kata Frejya dan menampar tangan Xilia.Nampaknya hubungan setiap ahli sangat rapat seperti keluarga.Pasti mereka sudah melalui banyak perkara.

"Yang memakai baju besi itu pula,Rosaline.Dia sangat kuat.Aku pernah lihat dia mengalahkan sepuluh orang dengan sut kesatria."Kata Xilia.Itu mengejutkan,sut kesatria direka untuk menggantikan baju besi yang berat dan mudah berkarat.Tapi dia boleh kalahkan sepuluh orang memakai sut kesatria.Aku kena kaji kekuatan dia untuk buat sut yang lebih kuat.

"Jadi,hanya ini?"Tanya aku.Walaupun masing-masing terlihat kuat,tapi kami akan melawan Dark Divine dalam jumlah ramai.Jadi,aku tak berapa yakin jika hanya menyerang dengan enam orang dengan tambahan tiga bantuan.

"Jangan risau,saya akan bunuh 1000 anggota Dark Divine dengan pisau ini."Kata Xilia dan menghayukan pisaunya.

"Macam dead flag je."Kata aku dan Frejya memukul aku dari belakang.Aku gurau je.Mustahil itu akan berlaku.

Selepas itu,Ezra keluar dengan Rosaline.

"Baiklah,saya akan katakan rancangan untuk menyerang hendap Dark Divine,dengar baik-baik kerana saya akan katakan sekali saja."Kata Ezra dengan tegas.Masanya untuk perang.



Just a Dumb VillainWhere stories live. Discover now