Bab 47:Wasiat

13 4 0
                                    

Alice segera dibawa ke bilik raja dan di sana dia melihat semua anggota kerajaan berkumpul di sana.Mereka melihat kedatangan Alice dan James.Seperti biasa,hampir semua anggota kerajaan melihatnya dengan pandangan benci.

"Ohh...Alice?"Raja memanggil Alice dan dia segera berjalan ke arah raja.Mata raja terlihat putih dan kulitnya rapuh.Umur Jarezz sudah mencapai 90 tahun lebih.

"Atuk...ini Alice."Kata Alice dan memegang tangan atuknya.Saat ini hanya atuknya yang menyayanginya dan menganggap Alice sebagai anggota kerajaan ketika yang lain hanya menekan Alice.

"Maaf puteri Alice,disebabkan penyakit yang mulia,dia tidak mampu berbicara dengan lancar.Namun dia menulis surat sebagai gantinya.Kata penasihat Jareez yang bernama Julian.Surat itu ditulis oleh Jareez sesaat sebelum penyakitnya kambuh.

"Izinkan saya membacanya."Kata Julian dan membuka surat itu.

-Kepada Alice,cucuku yang tercinta.Maafkan atuk kerana tidak boleh berbicara dengan benar kerana penyakit atuk yang mulai kambuh.Namun atuk tidak terkejut kerana umur atuk juga sudah hampir satu abad.

Di sini atuk mengharapkan kebahagianmu.Atuk tahu,kamu seorang yang gigih dan cerdas.Atuk juga menghalang anggota kerajaan yang lain dari membuang kamu dari keluarga.Namun seiring waktu,atuk akan mulai dilupakan dan sudah tiba waktunya mewariskan tanggungjawab atuk kepada generasi seterusnya.Atuk mewariskan kuasa raja Xaiverion dan ingin menikahkan kamu dengan Julian.-

Belum sempat surat habis dibaca,seluruh anggota keluarga Xaiverion dikejutkan dengan pernyataan itu.

"Apa maksudnya ini!?Kuasa diturunkan kepada Alice?Saya tak terima!"

"Benar!Seharusnya dia membuktikannya dengan bertanding secara adil dengan penerus takhta yang lain!Dia tidak boleh terus mengambil kuasa seperti itu!"

Ketika semua orang dikecohkan dengan kuasa Jareez yang diturunkan kepada Alice.Alice lebih terkejut dengan perkahwinan yang langsung dia tidak tahu.

"Sabar!Ini juga masalahku kerana saya sendiri tidak tahu menahu mengenai hal ini!"Kata Julian.Dia terlihat menolak perkahwinan yang dirancang oleh Jareez itu.

"Suratnya!Teruskan suratnya!"Kata salah seorang di sana dan Julian menyambung.

-Ini mungkin tiba-tiba,namun atuk mempercayai Julian dan dia akan membimbing kamu untuk menjaga kerajaan ini.Percayalah pada Julian,ini perintah dan permintaan terakhir dari raja Xaiverion.

Di bawah surat itu ada tanda rasmi kerajaan Xaiverion dan itu menunjukkan perintah mutlak seorang raja.Semua yang di sana terkejut,namun tidak boleh berbuat apa-apa kerana tanda itu.

"Alice,jika kamu mahu.Kamu boleh memutuskan perkahwinan ini."Kata Julian yang melihat Alice tidak terkata-kata.

"Oi,apa kau mahu bertanggungjawab kerana melanggar perintah rasmi seorang raja!"Kata salah seorang di sana.Namun Julian dengan beraninya mengatakan.

"Tidak,saya sudah bersama Yang Mulia selama lima tahun dan takkan pernah melanggar perintahnya!Namun saya tidak terima jika harus dikahwinkan dengan gadis yang belum tentu menyukai saya!Alice,bukankah anda berfikir seperti itu?Putuskan saja hubungan ini,saya akan bertanggungjawab sepenuhnya!"Kata Julian kepada Alice yang terperangkap.Dia tidak tahu harus melakukan apa.

"Atuk...apa ini yang terbaik untukku?"Tanya Alice dan menggenggam tangan Jareez.Dengan perlahan,Jareez menganggukkan kepalanya.Hal itu membuat Alice hanya tertunduk diam.Baru kali ini dia merasa lemas dengan semua tekanan ini,lebih buruk lagi semua pelayannya entah ke mana.Siapa yang bertanggungjawab atas semua ini?

"Tidak....jika atuk,tidak.Jika Yang Mulia berfikir itu yang terbaik,maka saya bersedia."Kata Alice dan semua orang terkejut.

"Puteri,kamu tak perlu paksakan diri!"Kata Julian yang merisaukan Alice.Walaupun hubungan mereka tidak dekat.Julian tahu yang Jareez sangat menyayangi Alice dari lubuk hatinya yang terdalam dan dia tak mahu mengecewakan sang raja.

"Tidak...saya telah ambil keputusan.Kita akan menikah kerana itulah perintah raja."Kata Alice dan membuat semua orang terdiam.Matanya menunjukkan dia sudah membuat keputusan.Julian mengepalkan tangannya dan tidak menerima semua ini.

Ketika semua orang menunjukkan wajah masam.Hanya James yang berdiri di pojokan pintu sambil tersenyum.Dia melihat ke arah Alice dan mengatakan.

"Menarik....."

Just a Dumb VillainWhere stories live. Discover now