"Hm,apa yang berlaku?"
"Kenapa tadi terasa seperti siang?"
"Kabusnya juga menghilang."
Semua orang kembali sedar dan melihat langit kembali gelap.Namun beberapa orang mati akibat darahnya dihisap oleh kabus.Beberapa penduduk menangis melihat mayat keluarga mereka mati.
Tiada yang tahu apa yang berlaku di dalam istana kerana kebanyakkan tetamu sudah berlari keluar dari sana.Apa yang mereka lihat hanyalah dua orang yang ada di atas langit sesaat sebelum langit berubah menjadi siang.
Di dalam istana,
Alice melihat ke langit dan ada sosok Aamon yang masih terbang.Aamon yang menyedarinya melihat ke arah Alice dan Alice merasakan tatapan menusuk ke arahnya.Mata merah Aamon seperti darah yang menyala dengan rambut hitam berombak.
Aamon tersenyum dan menghilangkan diri menggunakan percikan api dan tubuhnya menghilang.Alice merasakan sosok Aamon yang misteri dan tidak mengetahui asal-usulnya.Mustahil orang sekuat Aamon tidak diketahui oleh dunia ini walaupun organisasi seperti Alieno itu organisasi rahsia.
"Dia orang yang aneh."Kata James.
"James?Apa kamu kenal Alieno?"Tanya Alice kepada James.
"Tidak,saya tidak mengetahui anggota lain,namun Aamon ialah orang di sebalik semua ini.Dia mendatangiku dan mengatakan rahsia Julian.Aku tidak tahu tujuannya,namun dia hanya mengatakan itu sebahagian dari pertunjukkannya.Entah itu muzik violinnya atau yang lain."Jelas James dan pergi mengurus masalah yang sudah terjadi.
Di dalam hutan,
"Di mana dia?"Tanya Loki yang sedang menunggu bersama yang lain.Semua anggota Alieno berjanji untuk berkumpul di sana apabila Luceus dikalahkan,namun hanya Aamon yang belum muncul.
Kadabum!
Bunyi jatuh membuatkan mereka terkejut dan Silver langsung berlari ke arah suara itu dan melihat tubuh Aamon jatuh ke tanah.
"Ah,tuan!"Silver yang panik langsung mengangkat Aamon dan seketika rambut dan mata Aamon berubah dan menunjukkan wajah Leon.
"Oh,nampaknya kesan sampingan dah bermula."Kata Red.
"Ahh...sakit betul....rasa macam semua tulang aku retak."Kata Leon yang dipapah oleh Silver.Wajahnya pucat akibat penggunaan sihir Red yang terlalu besar.Untung saja dia terus berpindah ke sini,jika tidak dia akan jatuh dan mati.
POV Leon
Aku dibawa oleh Silver atau lebih tepatnya,Lulu.Itulah namanya ketika aku bertemu mereka kembali,ketiga budak yang aku selamatkan di insiden Porato.Siapa sangka modifikasi yang Porato lakukan ke atas mereka membuat mereka memiliki kekuatan seperti manusia separuh haiwan.
Pertumbuhan tubuh mereka juga berkembang pesat seperti manusia separuh haiwan dan kekuatan yang berada di atas manusia biasa.Silver mempunyai ketangkasan seperti kucing dan kelenturan tubuh yang hebat,dia ialah gadis yang pertama kali menyedari aku.
"Haha!Tuan,kau terlihat hebat tadi!Muzik yang kamu mainkan sangat indah!"Gray memukul bahuku dan itu sangat sakit!Nama sebenar si besar ini ialah Luca,dia memiliki kekuatan yang lebih besar dan cakar yang boleh menghancurkan pokok.Mungkin Porato memasukkan gen beruang kepada dia.
"Hei!Jangan buat macam tu kepada tuan!Dia kesakitan tu!"Moon memarahi Luca dan memukulnya.Nama sebenar lelaki ini ialah Luvi,apa yang boleh aku katakan ialah dia memiliki mata yang tajam seperti helang.Berkat dia,aku jadi boleh tahu di mana lokasi Alice dan memastikan keselamatan dia.
"Kau lambat betul,Aamon."Kata Loki dan otak di semua ini.80% operasi ini ialah ideanya.Siapa sangka Oscar boleh membayangkan isi istana hanya dengan melihat reka bentuk luarnya.Dia juga orang pertama yang menyedari bahawa Julian menggunakan klon untuk menggantikan dirinya yang asli.
"Haha!Terima kasih,budak seram."Aku meletakkan tangan aku ke atas kepalanya dan dia dengan tak ragu menghalakan pisau ke arah aku.
"Jangan layan aku macam budak."Katanya dengan wajah serius.Bukan ke kau masih budak?
"Hei!Macam mana dengan aku!?Aku juga berusaha dalam misi ini!"Jerit Red yang duduk di bahu Oscar.
"Ya,ya.Kalau kau tak beritahu bagaimana membuat lingkaran sihir,semua markas Dark Divine pasti sukar untuk dihancurkan.Aku terkejut bila tahu yang Dark Divine sudah membuat begitu banyak markas di sini."Kata aku.
"Jadi?Boleh lepaskan aku?"Suatu suara dari balik bayang muncul dan itu ialah Ezra,tidak.Dari nada bicaranya,itu ialah Joker,ataupun Fai.
"Tak."Kata Oscar dan merenung Fai dan Fai segera menghindar daripada matanya bertemu Oscar.
"Jadi,bagaimana dengan Ezra?"Tanya aku.
"Aku dah bunuh semua pengawal di tempat itu.Jangan risau,aku dah pastikan semua pengawal itu mempunyai tato di badan mereka.Tentang wanita itu,dia dipukul sampai pengsan oleh para bajingan itu,aku dah lepaskan rantai,jadi ketika tersedar,dia boleh lepaskan diri sendiri.Kau tak nak dia menyelidiki kita,bukan?"Jelas Fai.
"Ya,terlalu bahaya jika Bravely Dead cuba menjejaki kita.Oleh itu kita harus menyembunyikan identiti anggota kita dan biarkan semua menjadi misteri."Kata aku.
Aku membuat organisasi rahsia bernama Alieno yang bermaksud asing.Aku perlukan kekuatan dari orang lain untuk mengawal kemungkinan dari kejanggalan jalan cerita novel.Aku yakin dunia yang terus berulang ini jauh berbeza dari novel yang aku tahu.
"Apapun,misi pertama Alieno,berjalan lancar."
""""Yeah!!!""""Semua orang menyorak atas keberhasilan misi.
"Yeh...."Kecuali Oscar yang merasa bosan.Seronok sedikit lah!Dasar budak seram!
YOU ARE READING
Just a Dumb Villain
Fantastik(!Hak Milik Gambar Depan sepenuhnya milik icayenne!Dan beberapa gambar di dalam novel ini hanya sekadar memudahkan imajinasi pembaca.Mohon dimaklum.Saya hanya pinjam gambar tersebut!) Berkisah tentang seorang pembaca novel yang mati dan masuk ke dal...