Aku menghabiskan hariku dengan meminum teh.Kepala aku pening kerana urusan Zack yang ternyata orang dari dunia nyata sama sepertiku.Tapi kerananya,cerita utama akan tunggang terbalik.Aku takut ia akan menjadi kesan rama-rama di masa depan.
"Yo!Leon!"Kata Zack yang menerobos masuk tanpa mengetuk.Untuk beberapa alasan,dia suka menghabiskan masa di bilik aku kerana kami sesama berbagi nasib terperangkap dalam novel,jadi dia fikir dapat mengurangkan stres dengan berbicara denganku.Aku tak kisah tapi dua orang tu yang buat aku tak selesa.
"Apa?Tak puas kami di sini?"Kata Reina dengan pandangan tajam.
"Kenapa kau ingin mengunjungi penipu ini?"Kata Elizabeth.Mereka berdua duduk di samping Zack.Aku terpaksa menyeduhkan teh untuk mereka.Haih,masa bersendirianku jadi berkurang kerana mereka.
"Selamat pagi,bos!Eh,kenapa pintunya terbuka?"Tanya Willy.
"Ah,kau rakyat jelata!"Kata Enard.
"Apa kata kau?"Elizabeth merenung keduanya dan mereka terlihat ketakutan dan bersembunyi di belakangku.Haaa,aku kena latih mental mereka lain kali.Aku menyuruh mereka mengambil kerusi mereka sendiri.Meja menjadi sempit kerana tambahan dua orang.
"Kenapa bising sangat ni?"Itu Arthur.Dia selalu datang ke sini untuk menghabiskan bekalan manisan dan tehku.Jika aku bukan bangsawan,aku pasti sudah menjadi miskin kerana nafsu makannya yang besar.
"Cih,kenapa kau ke sini."Kata Reina.Tetapi Arthur mengabaikannya dan duduk.Tanpa segan dia mengambil biskut dan langsung memakannya.
Kami berbual-bual santai sebelum masuk ke kelas.Tapi aku tak boleh santai sangat,kejadian novel seterusnya akan berlaku dalam masa sebulan.Aku perlu menunggu sut kesatria baruku siap untuk menghadapi serangan teroris.
Dalam novel Knight Hero,ada kelompok yang dipanggil Dark Divine.Kelompok itu memiliki kepercayaan aneh yang mengatakan teknologi harus dimusnahkan dan dunia harus kembali ke asalnya.Dengan kata lain,mereka akan menghapuskan semua teknologi dan kembali ke zaman menggunakan pedang dan sihir.
Kelompok mereka kerap kali mengganggu perjalanan Arthur dan cuba merampas kesatria cahaya untuk dijadikan senjata oleh mereka.Apabila mendengar kesatria cahaya ada di akademi,mereka akan menyusun rancangan untuk menyerang akademi.
Tapi watak utama palsu,Zack.Tidak tahu tentang itu kerana hanya membaca jilid pertama Knight Hero.Yang dia fikir ialah gadis comel untuk dijadikan harem.Aku membiarkan itu asalkan dia berguna untuk aku.
"Oh,ya.Apa kalian mahu ke kota?"Zack mencadangkan untuk pergi ke kota dan semua orang terdiam untuk sedetik.
"Wah,boleh juga itu.Sudah lama juga kita belajar tanpa hiburan."Kata Reina dengan menepuk kedua tangannya.
"Benar juga itu,saya juga mahu membeli pakaian baru.Nanti boleh kamu memberi penilaian,Zack?"Kata Elizabeth.
"Oh,baiklah.Aku tidak sabar menunggunya!"Kata Zack dan membuat Elizabeth malu.Reina yang cemburu mencuit baju Zack.Baiklah,baiklah.Abaikan kami di hadapan kalian,dasar trio bodoh tak kenal waktu bermesraan.
Akademi berada di kota bernama Zarwais.Ia antara tiga kota terpenting di kerajaan dan menjadi Kota Pelajaran kerana akademi didirikan di sini.Kota di sini tidak jauh berbeza dengan dunia nyata dan lebih terlihat moden.
"Kau nak pergi?"Tanya Arthur.
"Tak,aku sendiri dah takde masa untuk diri sendiri,kalau aku pergi dengan mereka,lagi la aku malas."Kata aku dan menghirup tehku.
"Aku nak pergi,aku nak pergi ke restoran terkenal kat sana,kau berdua nak ikut?"Tanya Arthur kepada dua badut ni.
"Oh,baiklah.Kau belanja."Kata Willy.
"Haha,terbaik!"Kata Enard.
Tunggu,sejak bila Arthur dan dua badut ni rapat?Lepas mereka buat pertaruhan tu,mereka sepertinya menjalin persahabatan dan mereka bercakap biasa,tak seperti biasa.Aku cuba memastikannya.
"Oi,kalian bedua."Panggil aku dan mereka terus bereaksi.
"Ya,Tuan Leon!?"
"Ada apa-apa yang boleh kami tolong?"
Haa,mereka masih badut.Tapi bagus juga,biarlah mereka bermain untuk saat ini.Masa ketika teroris menyerang juga masih lama,jadi tidak perlu terburu-buru.
"Pergilah,kalian pasti stres."Kata aku dan mereka terlihat gembira.Aku juga ingin menggunakan waktu ketika mereka pergi untuk menghabiskan masa sendirian.
Hujung minggu,
Akhirnya hari ini tiba.Tiada bunyi orang mengetuk pintu dan aku boleh tidur sehingga puas.Aku juga tidak perlu berpura-pura seperti Leon setiap waktu.Ini benar-benar nikmat.
"Aku bebas!!!"Aku menjerit sekuat hati.Akademi sangat sunyi kerana kebanyakkan pelajar akan menghabiskan masa mereka ke kota dan aku sendirian tanpa orang menyusahkan di akademi.
"Ah,aku ada idea."Kataku dan segera ke lapangan.Hari ini juga lapangan kosong tanpa orang.Aku memakai sut kesatria dan terjun ke lapangan.Bila lagi rasanya mahu menggunakan sut tanpa dilihat orang lain.
"Aku tak pernah bermain dengan sut ni,jadi ayuh cuba gunakan sepenuhnya."Aku berlari dengan kencang dan jalur di sutku berubah warna menjadi merah.Dalam novel tidak dijelaskan secara rinci kekuatan sut milik Leon dan hanya ditulis ia sut yang paling moden tetapi lemah melawan kesatria cahaya.
Jadi aku ingin tahu seberapa kuat sebenarnya sut kesatria ini.Jalur cahaya itu semakin terang dan aku dapat rasakan tangan aku panas.Aku berhenti dan melihat kedua tangan aku bercahaya merah dan semakin panas.
"Apa lagi ni!!"Jerit aku.Cahaya itu sangat terang dan panas.Aku secara refleks menyatukan kedua tangan dan sebuah tenaga terpancar keluar dari tangan dan aku tidak dapat mengawalnya.Pelindung di sekitar lapangan terlihat mahu runtuh,tapi untungnya ia berhenti ketika benar-benar akan menghancurkan pelindung parabola.
"Fiuh!Apa benda tadi tu?"Tanya aku.Seingat aku sut ini tidak ada kekuatan besar seperti itu.Apa ia tersembunyi dalam cerita.Benar juga,mungkin ia terjadi sendiri kerana mustahil untuk menjelaskan secara rinci sut dalam novel ringan.
"Mungkin alasan Leon kalah,ialah kerana sut ini perlu dicas.Tapi Arthur terus menyerang Leon sampai tak boleh mengecas kekuatan sut.
Aku yang merasa ngeri dengan sut itu langsung kembali ke bilik dan menelfon ayahku,Marcus.Aku bertanya mengenai kekuatan itu dan dia menjawab.
"Itu tenaga plasma."Kata Marcus.
"Hah!?Kekuatan itu sangat mengerikan!Hampir saja,aku harus membayar kerosakan pelindung lapangan!"Marah aku.
"Ah,maaf,maaf.Hehe,ayah sengaja letak tenaga itu dalam sut,tapi harus dicas dahulu.Maaflah kalau panas,ya."Kata Marcus.Aku hanya mengeluh berat dan menyambung.
"Jadi,sut tu dah siap?"Tanya aku.
"Sudah,hanya memerlukan sedikit masa lagi dan kamu sudah boleh pakai."Kata Marcus.
"Baiklah dan tolong rahsiakan sut tu dari sesiapa saja."Kata aku dan ayahku hanya mengiyakan saja.Aku menutup panggilan dan berbaring.Aku sudah menyusun rancangan untuk mencegah serangan teroris dan kuncinya ada pada sut itu.Tinggal menunggu waktu saja.
YOU ARE READING
Just a Dumb Villain
Fantasy(!Hak Milik Gambar Depan sepenuhnya milik icayenne!Dan beberapa gambar di dalam novel ini hanya sekadar memudahkan imajinasi pembaca.Mohon dimaklum.Saya hanya pinjam gambar tersebut!) Berkisah tentang seorang pembaca novel yang mati dan masuk ke dal...