Terima kasih kepada Elizabeth,kami terpaksa berhenti dahulu untuk merawat kakinya.Ini membuang masa,aku sudah rancang mahu santai dahulu untuk cuti,tapi terpaksa selesaikan masalah orang lain.
"Cepat tidur,esok terus gerak."Kata aku.Kami membuat api unggun dan aku duduk bertentangan dengan mereka.Zack dan Reina sibuk merawat luka Elizabeth.
"Sabar la.Tak nampak ke Elizabeth sakit?"Kata Reina dan merenung aku.Aku buat tak endah saja.Aku hanya bawa bekalan seadanya.Kalau ini tak terjadi,mungkin akan selesai dalam tiga hari je.
"Aku okey,lepas sembuh sikit,kita gerak."Kata Elizabeth tetapi Zack dan Reina tidak membiarkannya.
"Takpe,kita ada banyak masa.Jangan paksa diri."Kata Zack.
"Ya,jangan paksa diri kau,Eliza."Kata Reina.Eliza?Panggilan comel ke tu?Alahai trio ni.Terus buat aku menyampah.
"Apapun,aku nak tidur."Kata aku dan membalikkan badan aku.Tapi aku tak terbiasa tidur kat atas tanah,jadi aku tak boleh tidur.Zack dan Reina pula nampak terbiasa.Orang desa memang kuat.
Sudah berjam tetapi aku tak boleh tidur.Kemudian aku bangun kerana fikir tu sia-sia.Tetapi aku menyedari Elizabeth masih terbangun dan mata kami saling menatap.
"Tak boleh tidur?"Tanya aku.
"Aku tak terbiasa tidur kat luar.Kaki aku pun sakit.Kau fikir aku boleh tidur?"Kata Elizabeth.Orang tanya je,tu pun nak marah.Aku mengabaikannya dan mengubah posisi tidur aku.Tapi tetap saja aku tak boleh tidur.
"Oh ya,kenapa kau ikut?Orang rumah kau tak suruh pulang ke?"Tanya aku.Saja nak hilangkan rasa bosan.
"Panggil,tapi aku tetap nak tolong Zack.Dia terlihat dalam kesusahan."Kata Elizabeth.Apa tu?Rasa kasihan pasangan?Aku tak faham.Kenapa nak susahkan diri untuk tolong orang lain?Apa kerana rasa cinta?Jadi betul la cinta tu racun tak terlihat.
"Kejap,macam mana kau boleh jumpa Zack?"Tanya aku.Aku tidak tahu bagaimana Zack mendapatkan perhatian Elizabeth.Jika dia mengikuti jalan cerita utama,Zack pasti membantu Elizabeth ketika Elizabeth terjatuh.
"Aku orang yang sukar berkomunikasi.Selama ni,aku hanya menggunakan topeng untuk berbicara dengan orang lain.Tapi ketika Zack mengajak aku bicara,aku rasa lagi yakin dan aku mula nak tahu kenapa dia berbeza."Kata Elizabeth.Hm,jadi Zack dari awal tak ikut jalan cerita.Elizabeth menyambung.
"Selepas tahu yang Reina sentiasa bersama Zack,aku fikir aku dah tiada peluang.Tapi mereka menerima aku dengan tangan terbuka.Jadi aku fikir aku nak membantu dia dengan kemampuan aku sendiri.Aku nak jadi gadis yang dia akan minta tolong.Aku ingin hidup dengan Zack....."Kata Elizabet dan menunggu balasan dari aku.Tapi aku tidak menjawab.
"Cih,tidur rupanya."Kata Elizabeth dan menutup matanya dan tidur di samping Zack.Aku tidak tidur,aku hanya tak tahu nak kata apa.Cinta,apa itu cinta?Bagi aku yang tiada pengalaman dalam bercinta,aku tak faham bagaimana seseorang begitu yakin dengan orang lain hanya kerana cinta.Memangnya itu masuk akal?
Ahh,biarlah.Orang macam aku mungkin akan membujang sampai ke tua.Aku membalikkan badan dan cuba untuk tidur.Tak,itu tak berguna,aku tak boleh tidur.Tolong cintakan aku rasa mengantuk!
Keesokkan harinya,
Aku tak cukup tidur.Dah berapa kali aku tak cukup tidur.Selepas ni semua,aku terus balik rumah dan bermalas-malasan seharian penuh.Semua kerana mereka.Aku akan pukul kepala sorang-sorang kalau dia balas arahan aku lagi.
Kami meneruskan perjalanan kami untuk ke kerajaan Sirgion.Lubang itu bersambung ke kerajaan Sirgion dan aku tak tahu nanti akan keluar ke mana,jadi lebih baik bersedia.
"Kau okey tak,Eliza?"Tanya Reina.Saat ini,Elizabeth diangkat oleh Zack di belakang badannya.
"Okey,je.Jangan risaukan aku Rei."Kata Elizabeth.Hah,cukup satu Eliza,satu Rein.Geli betul dengan nama panggilan comel tu.
Kami terus berjalan dan selepas beberapa jam,kami akhirnya tiba.Aku menyuruh mereka untuk menunggu dahulu untuk aku periksa.Laluan keluar ditutupi batu dan aku memecahkannya.Laluan keluar ialah gua.
"Okey,selamat."Kata aku dan memanjat.Zack menghulurkan Elizabeth dahulu,kemudian Reina ikut membantu.Ini kerajaan Sirgion,jadi kami perlu berhati-hati.
"Dengar,kita tak boleh guna nama sebenar kita.Jadi,aku akan bagi nama palsu kepada kalian dan pura-pura sebagai pengembara."Kata aku dan mereka semua mengangguk.
"Aku ialah Waron,Zack pula tukar nama kepada Xai.Reina,nama kau sekarang Lina dan Elizabeth Dian.Setuju?Tiada masa untuk bergurau.Sekali tertangkap,kita akan berhadapan dengan kerajaan Sirgion,ingat!Mula-mula,kita cari desa terdekat untuk dapatkan bantuan."Kata aku dengan serius.Mereka hanya diam dan mengangguk.
Kami memakai cincin penyamaran dan keluar dari gua.Tempat itu terlihat seperti hutan tapi tak terlalu tebal dan tempat yang sesuai untuk orang tinggal.Aku rasa tak jauh dari sini ada desa terdekat.
Kami tak boleh teruskan perjalanan dengan keadaan kaki Elizabeth yang terluka.Jadi kami akan cari beberapa ubat dan teruskan mencari kuil cahaya.Kami meredah hutan itu tetapi agak lama kami berjalan,tiada tanda-tanda kehidupan manusia.
"Haa...jauh lagi ke?"Tanya Lina.Kami sudah kekurangan air bersih.Apa ada sungai berdekatan sini?
"Sabar,Leo-Ah,maksud saya Waron.Apa kita boleh berhenti sekejap."Kata Xai.Aku setuju,kita perlu berehat dan mengisi tenaga untuk teruskan perjalanan.Jadi kami memilih untuk berehat.
"Tunggu sini,aku cuba cari sumber air."Kata aku dan meninggalkan mereka.Aku masuk ke dalam hutan untuk mencari air atau makanan untuk mengisi tenaga.Tidak lama kemudian aku menemukan sungai yang kelihatannya sesuai untuk diminum.
"Baiklah,untung bawa botol air."Aku mengambil sedikit air dan ketika mahu kembali.Aku menyedari ada seorang kanak-kanak di seberang sungai.Sungai itu tidak besar,jadi dia tidak terlalu jauh.
"Hei,adik."Aku memanggil dia tetapi dia kemudian lari masuk ke hutan.
"Ah,tunggu!"Jerit aku tetapi dia tidak berhenti dan aku kehilangan jejak dia.Tapi itu bermaksud yang ada desa di dekat sini.Aku kembali ke rakan-rakan aku dan mengatakan apa yang aku lihat.Tanpa berlengah,kami pergi ke arah budak itu melarikan diri dan kami akhirnya menemukan desa.
"Desa ke ni?Kenapa sunyi sangat?"Tanya Zack.Aku juga merasa begitu.Ketika aku ingin melangkah masuk,tiba-tiba mata aku merasa sakit dan entah kenapa aku boleh lihat orang beberapa orang sedang bersembunyi dan akan menyerang bila-bila masa.
"Tunggu!"Kata aku dan menghentikan langkah yang lain.Mata aku kemudian kembali normal.Apa itu tadi?Kenapa tiba-tiba jadi begitu?Aku tak boleh hilang fokus,aku kena uruskan masalah di depan mata dahulu.
YOU ARE READING
Just a Dumb Villain
Fantasi(!Hak Milik Gambar Depan sepenuhnya milik icayenne!Dan beberapa gambar di dalam novel ini hanya sekadar memudahkan imajinasi pembaca.Mohon dimaklum.Saya hanya pinjam gambar tersebut!) Berkisah tentang seorang pembaca novel yang mati dan masuk ke dal...