Beberapa hari berlalu sejak kejadian itu dan semua orang sibuk mengurus kerosakkan yang berlaku di ibukota kerajaan.Semua yang terkorban dimakamkan.Jumlah korban hampir mencapai jumlah ribuan.
Kabus merah yang menyelimuti kota membuat ramai orang yang mati akibat kehilangan darah.Itu ialah kejadian yang pasti mengejutkan kerajaan lain.Kerajaan Xaiverion akan mengambil masa untuk pulih dari kejadian sedih itu.
Alice berada di bilik Jareez dan menemani atuknya yang terlihat lebih sihat selepas terlepas dari kutukan Luceus.Di belakangnya ada Ezra yang sudah kembali,namun tangannya patah dan wajahnya terluka kerana diseksa oleh pengikut Dark Divine.
"Alice..."Panggil Jareez dan Alice segera berpaling ke arah Jareez dan menunggu apa yang mahu dikatakannya.
"Maafkan atuk..."Kata Jareez.
"Tidak,ini semua kerana Julian yang mengkhianati kerajaan.Namun jejaknya lenyap dan menghilang."Kata Alice.
"Bukan,maafkan atuk kerana tidak boleh lindungi kamu ketika ditekan oleh yang lain.Kamu pasti merasa sendirian."Kata Jareez dengan wajah sedih.Alice hanya melihat tangannya tanpa membalas.Entah apa yang dia rasakan saat ini.Tapi dia tak mahu menyalahkan atuknya.
Kemudian Jareez memegang tangan cucunya itu dan menitiskan air mata.Alice yang melihat itu hanya menahan tangisnya dan memeluk atuknya.
"Saya takut....tiada yang boleh saya bergantung....saya sangat takut,atuk......"Kata Alice dan menangis di pangkuan atuknya.Jareez menepuk belakang Alice layaknya anak kecil.Dia mula teringat ketika Alice pertama kali ke istana,begitu juga Alice ketika dia ditekan anggota keluarga kerajaan,dia datang kepada Jareez dan menangis.
"Takpe...atuk yakin,saat ini ayah dan ibumu sentiasa bersama kamu dan menjaga kamu.Luahkan semuanya,cucuku..."Jareez terus menepuk belakang Alice dengan perlahan seperti menenangkan seorang anak kecil yang menangis.Ezra menutup matanya dengan topi tenteranya agar tidak mengganggu waktu keluarga mereka.
Setelah melepaskan rasa sedih yang selama ini dia pendam,Alice mengesat matanya dan melepaskan pelukan dari Jareez.Semua bebannya terasa berkurang selepas semua yang dia luahkan.
"Alice,apa yang kamu mahu?"Tanya Jareez.
"Apa yang saya mahu?"Alice yang mendengar itu langsung merasa bingung.
"Atuk akan mengabulkan semua permintaan kamu,selagi itu ada di bawah kuasa raja,atuk akan pastikan ia ditunaikan."Kata Jareez dan membuat Alice terkejut.Dia melihat ke bawah dan memikirkan apa yang dia mahu.Selepas lama berfikir,Alice mengangkat wajah dan mengatakan,
"Saya mahu....."
Di rumah Moriet,
"Ahhh....."Aku terus berbaring di atas katil dan tidak boleh bergerak.Semua tubuh aku terasa sangat sensitif sehingga aku merasa sentuhan kecil saja boleh buat aku mati.
"Itu sebabnya kau gila sangat.Ada ke patut kau fikir untuk memampatkan sihir sampai membuat letupan sebesar itu,waktu aku jadi naga pun aku tak pernah fikir nak buat benda tu."Kata Red yang duduk di samping aku.Berkat tubuh robot yang aku buat,dia boleh terus berada di sini dengan merasuk tubuh itu.
"Mana aku tahu,itu rupanya yang buat badan aku rasa macam mayat ni hah."Kata aku dengan penuh menyesal.Kekuatan sihir Red yang aku pinjam membuatkan aku boleh menggunakan sihir mengikut imajinasi.Aku akan gunakan sihir ketika menggunakan identiti sebagai Aamon.
Tok!Tok!
"Yo,siapa tu?"Tanya Red.Jangan jawab tanpa izin aku woi.Pintu dibuka dan Loran masuk.Apa yang dia nak pula ni.
"Leon,ada orang nak lawat kamu."Kata Loran dan buat aku tertanya siapa itu.Apa itu Willy dan Enard,aku dapat surat dari mereka yang katanya mereka menjelajah sekitar kerajaan untuk mempelajari rempah bersama Arthur.Siapa mereka?Master chef?
"Siapa yang datang?"Tanya aku yang masih berbaring.Namun aku terus terkejut ketika mendengar suara itu.Kenapa dia di sini?Bukankah dia harus ada di sana untuk mengawal situasi?
"Hai,Leon."Kepala Alice muncul dan kali ini dia tidak menggunakan penyamaran sehingga wajah aslinya terlihat.Di belakangnya ada Ezra yang berpakaian biasa.Kenapa pulak mereka ni.
"Oh!Puteri perang,aku ingat kau masih di kerajaan,Hum!Hum!Hum!"Aku menutup mulut Red yang hampir saja mengungkap rahsia Alieno.Akibatnya seluruh tubuh aku merasa sakit kembali.
"Saya dengar awak jatuh dari tangga,apa semua tulang awak patah?"Tanya Alice dan masuk.Dia duduk di samping katil aku dan Loran meninggalkan kami.
"Kenapa kau balik sini dan siapa dia?"Tanya aku dan pura-pura tidak mengenal Ezra.
"Mohon maafkan saya,nama saya Ezra,pengawal pute-,maksud saya Cik Diana."Ezra memperkenalkan dirinya.
"Takpe,dia tahu identiti saya yang sebenarnya.Lagipun saya dah bukan bukan tuan puteri."Kata Alice dan membuat aku bingung.Aku fikir dia akan diangkat jadi raja selepas semua itu.Apa yang terjadi.
"Hak waris takhta saya dicabut dan saya diasingkan sepanjang cuti ini,jadi saya fikir untuk datang ke sini."Kata Alice.Tunggu,sepanjang cuti?di sini?Apa maksudnya!?
"Kenapa?Tak suka?Lagipun awak sakit,jadi saya akan rawat awak untuk tebus waktu masa awak bawa saya jalan-jalan."Kata Alice dan menjentik tubuh aku dan aku merasa sakit di sekujur tubuh.
"Ahh!Jangan sentuh aku!Sakit tahu tak!"Jerit aku,namun Alice hanya tersenyum melihat aku terseksa.Iblis ni budak!Dasar orang gila!
"Haa...apapun,maksudnya aku tak payah pegang buku tu.Red,pergi ambil kat meja aku."Arah aku kepada Red.
"Eh?Robot apa tu?"Tanya Alice.Apa aku nak terangkan ya?
"Robot dengan kecerdasan.Aku dapat idea dan merekanya."Itulah alasan yang munasabah aku fikirkan dan Alice hanya mengangguk.Red terbang dan mengambil buku catatan Leonardo.
"Ambil balik,dari awal buku ni bukan milik aku."Kata aku dan Red memberikan buku itu kepada Alice.Dia terdiam dan melihat buku itu untuk beberapa detik dan tersenyum.
"Mulai saat ini,buku ini milik kita."Kata Alice dan tersenyum kepada aku.Hah?Apa maksud gadis iblis ni?Hilang akal ke?Skru mana yang tercabut kat kepala dia ni?
"Apa yang kau cakap ni?Bodoh ke?"Kata aku dan aku melihat senyuman Alice yang jelas berbeza.Dia kemudian memeras tangan aku dengan sangat kuat.
"Adududuh!Sakit!Sakit!Hentikannya!Aku akan mati,aku benar-benar akan mati!!"Aku menjerit sekuat tenaga,namun Alice menguatkan genggaman tangannya.
"Hoho,apa itu sangat sakit?Jangan risau,saya akan merawat awak,dengan penuh 'kasih sayang' sampai awak sembuh."Kata Alice dan aku melihat aura hitam di belakangnya.Ezra yang melihat itu hanya memalingkan wajahnya.Woi,tenangkan tuan kau ni!
"Err,ada apa-apa,aku ada kat bilik Oscar...."Kata Red dan terbang keluar.Dasar pengkhianat!Tolong aku dasar cicak terbang!
Dengan itu,aku akan melewati cuti panjang ini dengan penuh "kasih sayang" dari Alice.Apa aku akan hidup?Ah,aku melihat cahaya.Sangat terang.....
YOU ARE READING
Just a Dumb Villain
Fantezie(!Hak Milik Gambar Depan sepenuhnya milik icayenne!Dan beberapa gambar di dalam novel ini hanya sekadar memudahkan imajinasi pembaca.Mohon dimaklum.Saya hanya pinjam gambar tersebut!) Berkisah tentang seorang pembaca novel yang mati dan masuk ke dal...