"Siapa?Leon?"Tanya aku,tak mungkin dia mampu mengetahui penyamaran aku yang telah disempurnakan dengan sihri Red.
"Jangan risau,kalau kau tak nak identiti kau terbongkar kepada Willy dan Enard,aku akan jaga rahsia kau."Kata Arthur yang dengan tenang mengasah tombak kayunya.Nampaknya dia sudah tahu.
Aku kemudian bangun dan menghilangkan penyamaran aku.Arthur terlihat tidak terkejut,entah kenapa sikapnya berubah,tapi dari awal inilah sikapnya yang sepatutnya.Dia ialah watak utama di dunia ini,Arthur.
"Sejak bila kau tahu?"Tanya aku.
"Sejak kau panggil nama aku dan lakonan kau itu.Kau boleh tipu orang lain,tapi bukan aku.Itu sama seperti pertama kali kita bertemu."Kata Arthur dan membuat aku sedikit malu.Wajahnya yang tenang dan sifatnya yang bersahaja.Dia memang banyak berubah.
Brrrr.....
"Urgh,makan sup memang tak cukup.Kita kena cari jalan keluar dari sini secepat mungkin."Kata Arthur,manusia memang tak boleh berubah macam tu je.Makan je kerja dia.
"Jadi,boleh aku tahu lebih rinci tentang elf yang kalian pernah hadapi?Sampai bersembunyi dalam hutan ini."Kata aku dan Arthur terdiam sebentar dan mula berbicara.
"Aku dengar elf ialah bangsa yang mewah dan elit,tapi bila bertemu dengan mereka,semua itu hilang,mereka sangat liar dan membenci manusia.Cara memanjat pokok mereka seperti monyet dan mereka hebat ketika dalam keadaan gelap.Alasan kitorang dapat terlepas ialah kerana mereka mahu mempermainkan kita."Kata Arthur dan membuat aku kurang selesa.
Elf memang diceritakan sebagai bangsa yang elit,tapi itu ketika mereka memiliki pohon suci yang membekalkan tenaga hidup kepada bangsa Elf.Tapi setelah pohon suci hancur,mereka mencari cara untuk bertahan hidup.
"Aku harap yang lain selamat."Kata aku.
"Kau datang dengan siapa?"Tanya Arthur.
"Kawan,nanti bila jumpa aku kenalkan,salah satunya Elf.Bukan seperti yang kau jumpa,dia agak cantik aku rasa."Kata aku dan Arthur terlihat tidak terlalu peduli dan nampak sangat lapar.Kau tahu,memiliki wajah yang tampan tidak memastikan kau lelaki terhebat.
Setalah itu,aku menggunakan penyamaran aku sebagai Jacom lagi.Arthur berjanji untuk merahsiakannya dan tidak akan bertanya kenapa aku menggunakan identiti palsu.Dia hanya tertarik dengan makanan.Itu keutamaan dia.
Kami mula merancang untuk memeriksa desa elf dan mencari keberadaan Frejya dan yang lain.Akan bagus jika Fai ada bersama agar dapat menyamar,tapi aku rasa dia juga ditangkap.Arthur melukis pelan desa elf dari apa yang dia ingat ketika melarikan diri.Dia menggunakan ranting untuk menunjuk.
"Baiklah,ini rumah ketua desa dan tepat di sebelahnya ada gua yang terhubung ke bawah tanah.Itu tempat kami pernah dikurung.Ia dijaga ketat oleh dua orang elf,tapi aku sedar ada satu kekurangan.Pasukan memburu mereka sangat sedikit,jadi apabila terjadi kekecohan,semua pemburu akan berkumpul dan meninggalkan tugas mereka sebentar."Kata Arthur.
"Jadi,kita akan menarik perhatian?"Tanya aku dan Arthur mengangguk.Aku boleh membuat beberapa bola api untuk membakar hutan.Dengan itu,bukan saja pemburu,tapi warga juga akan berkumpul untuk memadamkan api di hutan.
"Tapi.Yang menjadi masalah terbesarnya ialah,ketua Elf.Satu-satunya elf yang boleh menggunakan sihir."Kata Arthur.Itu aneh,seharusnya elf kehilangan kekuatan sihir mereka setelah kehancuran pohon suci.Dari mana dia mendapatkan kekuatan sihir?
"Kami terlepas kerana ketua elf yang membiarkan.Dia mengatakan sesuatu tentang persembahan atau apalah itu."Kata Enard.Mendengar itu membuat aku tidak sedap hati.
"Jangan lakukan sesuatu yang menonjol,semuanya akan sia-sia jika rakan kamu tidak ada di sana,Jacom."Kata Arthur.Aku mengangguk,aku tidak perlu bakar hutan,tinggal menarik raksasa ke desa sudah cukup.
"Baiklah,kita bergerak,tapi dengan senyap,Elf sangat peka dengan suara,jadi bergerak dengan perlahan-lahan."Kata Arthur dan kami semua mengangguk.
Kami kemudian berjalan secara berhati-hati ke arah desa elf.Arthur memimpin dan jaraknya sangat jauh,ia ambil masa sekitar satu setengah hari untuk sampai.Arthur mengatakan para elf pandai bersembunyi,jadi kami harus peka setiap saat.
Keesokkan harinya,kami tiba dan berhenti di atas gunung dengan batu besar lalu berbaring dan perlahan-lahan menonjolkan kepala.Aku jadi tahu bagaimana bentuk desa elf.Ia sangat sederhana sehingga membuat aku terfikirkan zaman prasejarah.
Rumah dari kulit binatang dengan jahitan kemas,Elf memang terbiasa hidup mewah,jadi aku rasa mereka masih mempertahankan sifat sombong mereka.Tapi yang menarik perhatian aku ialah kulit merak yang berwarna biru muda.
"Dark Elf?"
"Aku juga terfikir begitu ketika pertama kali."Kata Arthur menanggapi kata-kata aku.Dark elf ialah bangsa elf yang terbuang,akibat tidak mendapatkan berkah dari pohon suci,mereka akan berubah menjadi Dark Elf dan kehilangan kekuatan sihir.Tapi sebagai gantinya,mereka sangat lincah dan hebat dalam pertempuran jarak dekat dan jauh.
"Tapi kau kata ketua Elf memiliki sihir,bagaimana?"Tanya aku dan Arthur menutup mulut dan menunjuk ke arah desa.Aku melihat seorang Elf yang menutup kepalanya dan berjalan di sekitar desa.Semua Elf terlihat menyanjung tinggi Elf itu.Secara samar,aku mendengar dia berbicara dan dengan menggunakan kekuatan sihir,aku mendengar dengan jelas.
"Kaumku!Saya telah menemukan cara untuk mendapat kembali kekuatan kita yang telah dirampas oleh manusia derhaka!Lihatlah!Sang pengkhianat!"Kata ketua Elf dan dua orang Elf di belakangnya membuka kain yang menutupi seseorang dan itu ialah Frejya yang terikat dan tidak sedarkan diri.
"Dia mempunyai kekuatan sihir yang disembunyikan!Ternyata di atas sana!Masih ada bangsa Elf yang sombong kerana melupakan kita!Dialah pengkhianat itu!"Jerit Ketua Elf dan semua elf bersorak.
"Bunuh dia!"
"Berani dia menyimpan kecantikan itu seorang diri!Dia meninggalkan kita!"
"Bakar dia hidup-hidup!"
"Sabar....saya,Belion,sebagai ketua kalian telah meminta pendapat raja kita,Arazel,dengan mengadakan upacara persembahan dan meminum darah pengkhianat ini!Kita akan mendapatkan kekuatan kita semula!"Kata Ketua Elf,Belion dan para elf bersorak gembira.
"Selepas itu,dengan kekuatan yang baru,kita akan memusnahkan seluruh umat manusia yang mengambil hak kita!Para Elf!!"Jerit Belion dan semua elf bersorak riang.Ini bukanlah desa elf yang aku harapkan.Mereka semua gila!
YOU ARE READING
Just a Dumb Villain
Fantasía(!Hak Milik Gambar Depan sepenuhnya milik icayenne!Dan beberapa gambar di dalam novel ini hanya sekadar memudahkan imajinasi pembaca.Mohon dimaklum.Saya hanya pinjam gambar tersebut!) Berkisah tentang seorang pembaca novel yang mati dan masuk ke dal...