Bab 8:Licik

46 6 0
                                    

Sut kesatria cahaya dipasang bersamaan cahaya dari langit.Angin yang kencang membuat semua orang melihat ke arah sana.Walaupun berapa kali aku lihat,reka bentuknya tetap membuat aku takjub.

Walaupun berapa kali aku lihat,reka bentuknya tetap membuat aku takjub

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

(Sekadar contoh)

"Wah!Itu Sut Kesatria cahaya!Baru kali ini aku lihat dengan mata aku sendiri!"

"Sut yang hanya ada dalam lagenda.Aku tertanya bagaimana orang zaman dahulu mampu membuat sut secanggih itu."

"Tak sabar untuk lihat pertarungan ini!"

Haa,semua orang sibuk melihat penyamar itu.Zack melambai-lambai ke penonton dan langsung tidak serius.Itu bagus,akan bahaya jika dia serius kerana sut itu mempunyai sistem automatik yang dapat mengendalikan pilotnya.

"Oi,kau nak lawan ke jadi artis?"Tanya aku dan terjun ke lapangan.

"Haha,siap sedia je kau."Kata Zack dan turut terjun.

Sebuah robot terapung muncul dengan corak seperti pengadil.Ia dikendalikan oleh pengadil di pusat lapangan yang berbentuk kotak di hujung lapangan.Biasanya benda ini hanya untuk pertandingan rasmi,entah siapa yang mengupah pengadil ini.

[Kedua pihak bersedia?]

Kami berdua mengangguk.Kemudian robot itu memaparkan hologram angka yang bermula dengan 3.Semua penonton ikut mengira kerana tidak sabar untuk menyaksikan pertarungan kami.

"""3...2...1!"""

"HoaaH!!!"Serangan pertama aku bukanlah Zack,tetapi tanah sehingga debu tanah berterbangan memenuhi lapangan.

"Cuba menghalang pandangan aku?Takkan berkesan!"Zack mengeluarkan pisau cahaya dan membelah lapangan.Angin yang kuat membuat debu di lapangan menghilang dan aku masih di tempat aku sambil menyilangkan tangan.

"Cih,aku ingat sempat nak serang."Kata aku.Rancangannya masih tetap berjalan sesuai perkiraan aku.

"Hanya itu,jika begitu,aku pula yang akan menyerang!!"Zack berlari ke arah aku dan aku masih tidak bergerak.Aku hanya menunggu saat yang tepat untuk menyerang kembali.Aku memetik jari dan Zack berhenti bergerak.

"Hiah!"Aku melompat dan menendang Zack sehingga dia terlempar ke hujung lapangan.Semua orang bersorak untuk aku.

"Apa?"Zack bangun dengan kebingungan.Tapi aku tidak memberi dia peluang untuk berdiri dan memukul perutnya dengan kuat sehingga dia terlempar ke atas sehingga terkena pelindung parabola.

""Zack!""Reina dan Elizabeth terlihat merisaukan Zack.Tapi aku ialah penjahat.

"Oi,Oi.Bukan ke kau nak sangat jadi watak utama?Aku jadi penjahat,takkan kalah kot."Kata aku sambil berjalan santai menuju ke Zack.Dia terlihat pening dan aku ambil kesempatan itu untuk betulkan otak dia.

"Hah!"Aku menendang kepalanya sehingga terhantuk tanah berkali-kali.Sorakan mulai menjadi sepi,rasanya mereka mulai merasa ngeri melihat aku terus memukul Zack.

"Cih,kalau pertarungan jarak dekat tak boleh,aku akan serang dari jauh!!"Zack kembali sedar dan melompat menjauh dari aku.Dia menyatukan tangannya dan sebuah bebola cahaya keluar dari tangannya.

"Rasakan ni!!"Dia melemparkan bola cahaya ke arahku bertubi-tubi.Aku menghindar semuanya.Tak sia-sia semua latihan aku sebulan lepas.

Aku mengambil sesuatu di belakang aku dan beberapa batang besi aku tarik dan cantum menjadi senapang.Aku halakan senapang dan ketika ia menyasarkan Zack,sebuah peluru bercahaya merah ditembak dan menghala ke Zack.

"Lambat!!"Zack cuba menghindar,tetapi ketika aku memetik jari,langkahnya berhenti.

Boom!

Peluru itu kena tepat ke arah Zack dan letupan berwarna merah menutup pandangan tempat Zack.Semua orang cuba mencari keberadaan Zack dan apabila asap hilang,terlihat Zack terkapar di tanah.Robot pengadil datang memeriksa Zack dan dia saat ini sudah pingsan.

[Kemenangan milik Leon!!]

"Wuoh!!Tuan Leon menang!Rakyat jelata itu memang sombong kebelakangan ini,memang patut dia kena!"

"Sorak untuk Leon!Sorak untuk Leon!"

"Seperti yang diharapkan oleh bangsawan tingkat menengah!Bravo!"

Sebahagian ramai orang menyorakiku.Tetapi selebihnya diam.Pelajar dan guru yang menyoraki aku ialah golongan bangsawan yang memang tidak suka rakyat jelata.Aku sendiri juga tidak mahu begini,tapi apa boleh buat.

[Hm?Dimohon semuanya menunggu.Saya menerima aduan yang pelajar Leon melakukan kecurangan.Imbasan lapangan akan dilakukan]

Aku melihat ke kotak pengadil dan di sana ada Elizabeth dan Reina.Pasti mereka melihat keanehan dan memaklumkannya.Aku sudah mengagak ia akan berlaku.Aku menyembunyikan tangan aku memetik jariku dua kali.

Sebuah pengesan merah melewati seluruh lapangan dan tidak menunjukkan sebarang reaksi.Dari jauh aku dapat lihat Elizabeth terkejut.Hehe,maaflah,tapi aku lebih licik dari kau.Aku takkan gunakan "benda" tu kalau aku tahu lapangan ini mempunyai pengimbas.

Aku melihat Zack diangkut robot penyelamat.Sut kesatria cahaya hilang dengan sendirinya dan Zack penuh luka di seluruh badannya dan masih tidak sedarkan diri.Entah kenapa aku merasa kasihan.Tapi dia sendiri nak jadi watak utama,aku hanya menjadi penjahat sama seperti cerita asal.Jangan salahkan aku.

Aku mematikan sut aku dan kembali ke ruang menunggu untuk menukar pakaian.

Just a Dumb VillainWhere stories live. Discover now