Selepas acara tahunan tamat,cuti panjang akan bermula.Dalam seminggu acarat tahunan berlangsung,seminggu tu jugak la aku terus diganggu Alice.Dia sentiasa menjahili aku dengan menumpahkan air ke atas seluar aku,memasukkan serbuk lada dalam makanan aku dan mengubah gambar tandas perempuan kepada gambar tandas lelaki yang membuatkan aku salah masuk tandas di di balik berbagai benda oleh perempuan di dalam tandas.
Untungnya selepas acara tahunan,mereka balik ke kerajaan Xaiverion dan aku terbebas dari cengkaman gadis iblis.Aku menghembus nafas lega.
"Dasar gadis mengerikan,dia hanya mempermainkan aku."Kata aku yang sedang mengemas pakaian aku.Aku mengatakan kepada Marcus yang aku akan pulang di minggu kedua.Jadi aku akan ambil peluang itu untuk memeriksa keadaan sut naga aku.
Tok!Tok!Tok!
Seseorang mengetuk pintu aku.Aku ingat Willy dan Enard sudah pulang dahulu.Siapa pula yang ketuk bilik aku?Aku berjalan dan membuka pintu dan wajah pertama yang aku lihat ialah Zack yang terlihat cemas.Di belakangnya seperti biasa,dua orang tu.Malas nak sebut nama mereka.
"Apa kau nak?"Tanya aku dan menyilang tangan.
"Tolong aku!Orang kerajaan Sirgion terus paksa aku serahkan sut kesatria cahaya!Apa aku nak buat!"Jerit Zack dan menggoyangkan tubuh aku.Oh,aku hampir lupa tentang itu.Kerajaan Sirgion ingin mengambil hak atas sut kesatria cahaya.
"Lepas cuti boleh?Aku malas lah."Kata aku dan Zack terlihat mahu menangis.
"Hei!Sut kesatria cahaya dalam bahaya dan kau kata tahun depan baru nak tolong!"Zack semakin menggoyangkan tubuh aku dengan kuat.Berhenti,aku nak muntah!
"Haaa,ya,ya.Aku tolong.Berhenti goncang aku."Kata aku dan menolak Zack.Aku membetulkan pakaian aku dan menjemput mereka masuk.
"Jadi,ceritakan apa yang berlaku."Kata aku sambil membuatkan teh untuk mereka.
Zack mula bercerita tentang bagaimana selepas dia memenangi pertandingan yang diadakan acara tahunan,itu aku baru tahu.Hebat juga budak ni.Tidak lama kemudian,ada tiga orang mendatangi Zack dan mengaku sebagai utusan kerajaan Sirgion.
Sekadar info,ada empat kerajaan di benua ini iaitu kerajaan Kronum,Xaiverion,Sirgion dan Haluna.Kerajaan Kronum ialah kerajaan yang mempunyai sumber bumi yang banyak,Xaiverion pula memiliki kekuatan tempur yang kuat manakala Haluna ialah kerajaan yang tertutup dan lebih memilih untuk neutral.
Kerajaan Sirgion ialah kerajaan paling menonjol di antara kerajaan yang lain kerana di sanalah tempat asal kesatria cahaya dan tugu kesatria cahaya dibangunkan untuk mengingati perjuangan pahlawan yang mengalahkan Dark Lord.
Ketiga orang itu datang kepada Zack untuk memberitahu yang kerajaan Sirgion memiliki hak untuk mengambil kembali sut kesatria cahaya.Ini kejadian yang sama dengan novel.Akhirnya cerita bersambung.
"Mereka kata yang biar aku fikirkan dulu dan pergi begitu saja.Apa aku nak buat?"Tanya Zack.
"Berikan saja,secara tak langsung,sut itu memang bukan milik kau."Kata aku dan menghirup teh yang baru aku siapkan.Dari awal dia memang tak layak guna sut kesatria cahaya.Tapi aku maafkan dia kerana nampaknya hidup Arthur menjadi semakin baik.
"Hei,seriuslah sedikit!"Kata Reina.
"Kami juga akan membantu,jadi tolong usahakan."Kata pula Elizabeth.Aku mengeluh berat.Nampaknya mereka akan menyalahkan aku jika aku tak tolong.Aku juga malas layan kalau mereka terus menyalahkan aku.
"Baiklah,tapi sebab kau ganggu cuti aku,dari sekarang dan seterusnya kalian harus dengar cakap aku dan tiada bantahan.Korang berdua diam."Kata aku dan keduanya Reina dan Elizabeth yang terdiam tapi aku boleh lihat ketidakpuasan hati mereka.
"Baik,setuju.Jadi,apa yang kita kena buat?"Tanya Zack.
"Haha,kita pecah masuk kerajaan Sirgion."Kata aku dan ketiganya terkejut.Aku tak bergurau,kita akan melanggar undang-undang antara kerajaan.Haa,selamat tinggal cuti panjangku.
Keesokkan harinya,
Kami berada dalam hutan dan sedang menuju ke perbatasan kerajaan Kronum dan kerajaan Sirgion.Aku memberi mereka cincin penyamaran agar identiti kami tidak terungkap.Aku dan Elizabeth seorang bangsawan,jadi akan jadi masalah kalau ditangkap.
"Betul ke ni?Kenapa tak masuk dengan lesen?"Tanya Elizabeth.
"Bukan ke aku kata jangan bantah aku?"Kata aku dan Elizabeth terlihat tak puas hati tapi tetap diam selepas itu.Alasan kami kena pecah masuk ialah kerana mereka mungkin boleh mengesan pemilik kesatria cahaya iaitu Zack.
"Apa tujuan kita pecah masuk kerajaan Sirgion?"Tanya Zack.
"Haa,tujuannya ialah pergi ke tempat asal sut kesatria cahaya.Kuil cahaya."Kata aku.Dalam cerita Knight Hero,Arthur mendapatkan bentuk sempurna selepas menjumpai kuil cahaya dan di sana dia membangkitkan kekuatan penuh kesatria cahaya dan kerajaan Sirgion percaya yang sut kesatria cahaya memang ditakdirkan untuk Arthur.
Aku tak tahu apa yang akan terjadi kalau itu Zack,tapi sebab dia pemilik sut itu,aku rasa semuanya akan sama.
Kami melalui kawasan hutan dan bertemu sungai yang memisahkan kerajaan Sirgion dan kerajaan Kronum.Aku memeriksa kawasan sekitar dan tiada penjaga.Bagus.
"Jadi,bagaimana mahu menyeberang?Berenang?"Tanya Reina.Aku menendang batu kecil dan ia jatuh ke dalam sungai.Kemudian dari dalam air keluar seekor ikan bergigi tajam yang besar.Ia ialah penghuni sungai ini.
"Nak berenang lagi?"Tanya aku dan Reina menggelengkan kepalanya.
"Cari lubang besar kat sekitar sini."Arah aku dan kami semua mula mencari.Dalam cerita Knight Hero,ada lubang di setiap penjuru sungai yang dahulu digunakan sebagai jalan melarikan diri ketika perang melawan Dark Lord.Tapi ditinggalkan dan dilupakan.
"Memangnya ada lubang di sini?Huh?AHH!"Elizabeth menjerit dan kami segera menuju ke tempat suara Elizabeth dan menemukan Elizabeth terjatuh ke dalam lubang besar.
"Tunggu,aku turun!"Zack segera terjun diikuti Reina.Aku hanya melihat dan memeriksa lubang itu.Ia terlihat seperti buatan manusia,jadi itu lubang yang tepat.Aku pun melompat ke dalam.
"Baiklah,jom teruskan perjalanan."Kata aku tetapi Zack menghentikan aku.
"Tunggu,Elizabet.Kaki dia terluka!"Kata Zack dan aku melihat wajah Elizabeth yang kesakitan dan kaki kirinya memiliki lebam dan membengkak.Kau serius la....
YOU ARE READING
Just a Dumb Villain
Fantasía(!Hak Milik Gambar Depan sepenuhnya milik icayenne!Dan beberapa gambar di dalam novel ini hanya sekadar memudahkan imajinasi pembaca.Mohon dimaklum.Saya hanya pinjam gambar tersebut!) Berkisah tentang seorang pembaca novel yang mati dan masuk ke dal...