Zack melihat sutnya dan dia dapat merasakan perubahan dalam tubuhnya.Bukan sut saja yang dinaik taraf,tubuh pengguna sut kesatria cahaya juga dinaik taraf dengan menyuntikkan nano teknologi dalam badan Zack,dia kini boleh dikatakan superhuman.
[Sut kesatria petir,berjaya dipasang.]Kata Oracle di dalam sut.Zack boleh melihat semua status sut dan wajah Oracle berada di depannya.
"Oracle?Siapa mereka ni?"Tanya Zack.
[Penceroboh.Mereka pecah masuk ke Temple of Light dan cuba menyerang Cik Reina dan Cik Elizabeth.Untungnya Tuan Leon datang,namun penceroboh yang datang tiba-tiba membuat Tuan Leon tidak bersiap dan terkepung]Jelas Oracle.
"Erghh!Kenapa susah sangat nak bunuh mereka ni!Serang!"Arah Qorus dan semua anak buah Qorus termasuk sut Oman menyerang.Zack yang terkejut tidak sempat berbuat apa-apa.Dia menutup matanya dan cuba elak secara refleks.
[Mod Speedster:Diaktifkan]
Ketika membuka mata,Zack melihat semuanya menjadi perlahan.Kecepatan sut Oman yang mengalahkan gelombang bunyi terlihat seperti tidak bergerak.Itu juga berlaku kepada yang lain.
"Apa yang berlaku?"Tanya Zack.
[Mod Speedster membuatkan aliran elektrik dalam sut bertindak dengan pantas.Asalkan anda berada dalam sut ini,setiap benda di luar akan terasa bergerak perlahan.Ini saatnya memindahkan Tuan Leon dan yang lain!]Jelas Oracle.
"Y-ya.Kau betul."Kata Zack dan berlari.Tapi selangkah saja sudah membuat jarak yang ditempuhnya seperti 10 meter.Kekuatan sut yang melawan hukum waktu,itulah kesatria petir.
Zack mengangkat tubuh Leon,Reina dan Elizabeth dan anehnya berat badan mereka terasa sangat ringan seperti mengangkat kerikil kecil.Dia berlari keluar dan meletakkan Leon dan yang lain di luar.
[Mod Speedster:Dimatikan]
Semua kembali seperti semula.Leon dan yang lain terlihat bingung kerana tiba-tiba berada di luar kuil.Kemudian dia melihat Zack dalam sut kesatria petir.
POV Leon
"Haha,lambat betul kau ni."Kata aku dan memukul sut baru Zack.Nampaknya dia telah bercantum sepenuhnya dengan kesatria cahaya.Bentuknya terlihat sedikit berbeza dari yang aku tahu,tapi siapa kisah?
"Zack,terima kasih sebab selamatkan kami!"Kata Reina dan mereka berdua memeluk Zack.
"Hah,korang rehat je.Biar aku uruskan mereka semua."Kata Zack dan mahu pergi turun semula.Tapi sebelum itu,aku memberitahunya sesuatu.
"Zack,lelaki botak bertato mata tu anggota Dark Divine.Aku tak tahu yang lain tu bawahannya ataupun di bawah pengendalian fikiran dia.Kau bunuh dulu lelaki tu."Kata aku dan membuat Zack terkejut.Pastinya,dia tak pernah ada pengalaman membunuh,jadi aku yakin dia ragu.
[Saya juga berfikir begitu.Terlalu bahaya membiarkan orang yang boleh mengendalikan fikiran.Jika memiliki kesempatan,pasti dia akan cuba mengawal tuan.]Kata Oracle.Jadi kami sependapat.
"Aku....akan cuba melumpuhkan dia."Kata Zack dan terbang kembali ke bawah.Cih,jangan terlalu naif.Salah sedikit saja,kita semua akan mati di sini.
Zack turun ke bawah dan apabila mendarat,percikan elektrik memenuhi kawasan.Oracle mengimbas semua orang di depannya dan dari detak jantung mereka.Semuanya sudah dikendalikan Qorus.
[Tuan,saya mengesan ada gelombang yang mengawal mereka semua yang berasal dari tato misteri itu.Saya boleh cuba menghancurkan gelombang itu untuk anda dengan mengeluarkan gelombang pada frekuensi tertentu.]Kata Oracle.
"Baiklah,buat itu Oracle."Kata Zack.Oracle melepaskan gelombang yang menghancurkan sihir Qorus.Semua orang kecuali mereka tumbang.
"Apa!Kau menghancurkan sihir aku!?"Kata Qorus yang terkejut.Namun pegerakan Zack yang sangat pantas membuatkan Qorus tidak dapat bereaksi.Tiba-tiba saja Zack berada di belakang dan menundukkan dia.
"Cepat serahkan diri kau!"Jerit Zack.
"Bodoh!Bunuh dia sebelum terlambat!"Jerit aku.Namun Zack masih tetap tak mahu membunuh.Seriuslah!Jangan bagi dia peluang guna kekuatan penuh dia!
"Kehehe!Hebat,seperti yang diharapkan dari lagenda petir.Tapi!Jangan fikir aku dah kalah!"Kata Qorus dan tato di kepalanya mula membesar dan memenuhi seluruh tubuhnya.Kekuatan Qorus meningkat dengan tiba-tiba dan melempar Zack hingga ke dinding.
""Zack!""Jerit Reina dan Elizabeth.
"Dah,aku malas!Aku suruh bunuh dia,dia tak nak!Biar,biar dia je uruskan.Biar dia fikir sendiri."Kata aku dan melepaskan sut merah.Aku berbaring di pokok berhampiran.Aku nak Zack fikir sendiri masalah dia.
"Kehehe!Kau ingat kau laju,kau boleh kalahkan aku?Kau fikir aku cuma boleh guna satu sihir?Saksikanlah sihir mata aku!Kahaha!"Tubuh Qorus mula membengkak dan seluruh mata tumbuh di badannya.
"Aktifkan mod speedster!"
[Mod Speedster:Diaktifkan!]
Zack bergerak dengan pantas dan cuba untuk memukul Qorus,tapi ketika mahu memukulnya.Semua mata itu merenung Zack walaupun Zack dalam kecepatan super.
"Kehehe,jangan fikir aku selambat itu.Rasakan ini!"Reflek Qorus menjadi semakin cepat dan menyangi kecepatan Zack.Dia menarik tangan Zack dan memukul rusuk Zack.
[Tuan,kerosakan berlaku di tulang rusuk.Jika terus begini,anda akan kalah]
"Apa tiada cara lain selain membunuh dia?"Tanya Zack.Dia sangat tidak mahu membunuh.Ingatan masa lalu sebelum terbangun di novel muncul.Darah di tangan membuat dirinya trauma.
"Hah...ha...Baiklah.Bagaimana cara untuk bunuh dia?"Tanya Zack.
[Setiap kali matanya bergerak.Ia mengeluarkan gelombang tenaga yang kuat.Saya perlu mengenal pasti prekuensi yang dipancarkan dan membatalkannya.Untuk kita,kita harus mendekat.]Kata Oracle.
"Baiklah,kita akan mengitari dia.Jadi pastikan untuk mengimbas dengan baik."Kata Zack dan cuba melengahkan waktu.
"Haha,sini kau!"Qorus cuba menyerang.Tapi Zack hanya berpura-pura untuk menyerang dan menarik serangan dia ketika Qorus ingin menangkap.Dia terus melakukan itu sehingga Oracle mengimbas frekuensi gelombang yang dikeluarkan Qorus.
[Imbasan selesai.Gelombang pembatal bersedia]Kata Oracle.Zack menarik nafasnya.
"Baiklah,lupakan masa lalu....ego...semua itu...aku akan serius kali ni."Kata Zack.Tiba-tiba sutnya mula mengeluarkan petir dan awan di sana mulai gelap.
"Huh?Memangnya teknologi boleh mengawal cuaca?"Tanya Qorus yang melihat langit gelap.
Zack melangkah satu kakinya ke belakang seperti atlet lumba mahu mula berlari.Dia hanya fokus kepada Qorus.Jantungnya dari tadi tak berhenti berdegup.
"Oracle!"Jerit Zack dan mula berlari.
[Baik!]
"Hahaha,tak puas lagi?Rasakan ini!Eh!!?"Qorus terlihat terkejut sihirnya tidak berguna dan Zack melaju dan tangannya mengeluarkan petir yang berbentuk seperti pedang.Ia menembus badan Qorus dan langit yang gelap terus menyambarkan petir dan membakar tubuh Qorus.
"Mus..ta...hil....."Kata Qorus dan tumbang dengan lubang di dada.Kini dia menjadi donut.
YOU ARE READING
Just a Dumb Villain
خيال (فانتازيا)(!Hak Milik Gambar Depan sepenuhnya milik icayenne!Dan beberapa gambar di dalam novel ini hanya sekadar memudahkan imajinasi pembaca.Mohon dimaklum.Saya hanya pinjam gambar tersebut!) Berkisah tentang seorang pembaca novel yang mati dan masuk ke dal...